27 April 2014

Siapa ALLAH di hatimu ?

Assalamualaikum.

Hai guys. Aku ada baca satu buku ni tajuk dia "Siapa ALLAH di hatimu ?" So, saje je lah nak kongsi2. Bak kata orang masa kini, sharing is caring.


Ni dia rupanya. Cantik cover. I like it. Ngehh2. Buku ni sangat best dan meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hati. Buat aku asyik fikir panjang. Tak tahu la kenapa. Hahaha. 

DIA... 
Kita berbicara tentang DIA, 
Kau berdiri di bumi, tuhanmu tetap DIA, 
Kau terbang di awanan, tuhanmu tetap DIA, 
Kau berlari ke utara, kau merenung ke selatan, tuhanmu tetap sama, DIA, 
Kau mentadbir siang dan memenuhi malam, kedua-duanya bersama tuhan itu juga, DIA, 
Nendamu pada zaman silam, warismu pada masa hadapan, semuanya hamba tuhan yang sama, DIA, 
Dunia pun DIA lah tuhan, akhirat nanti DIA tetap tuhan, 
Dikau bertakwa pun DIA tetap tuhan, 
Dikau derhaka pun DIA masih tuhan, 
DIA tidak bergantung kepadamu, namun dikaulah yang sangat memerlukan DIA, 
Lantas, siapa DIA di hatimu?

"Andai dikau bertanya... Firman ALLAH SWT di dalam al-Quran, “Dan apabila hamba-hamba-KU bertanya kepadamu tentang-KU, maka AKU ini amat dekat...” (Al-Baqarah, 186) Dirimu adalah hamba ALLAH SWT. Sesungguhnnya dalam kegersangan hidup yang dikau alami tika ini, adalah kerana dikau tertinggal satu permata dalam hati untuk dikau kerdipkan ia bersama dendangan kehidupan ini. Apabila permata itu dikau persia, hidupmu akan jadi sia-sia. Dikau akan sering tercari-cari dalam realiti dunia yang terang, dikau akan sering termimpi-mimpi dalam fantasi malam yang suram. Hari demi hari hidupmu, setapak demi setapak dunia datang menghasut, lalu selangkah demi selangkah permata itu kian jauh daripada dirimu. Metafora kehidupan tidaklah sesukar ini andai dikau kenal permata itu. Andai dikau tahu dan sedar bahawa dirimu ini adalah hamba, dikau takkan tercari-cari lagi dalam realiti. Dikau takkan termimipi-mimpi lagi di dalam fantasi. Andai dikau mahu dan peduli untuk bertanya tentang-NYA, hidup dan hati yang dikau isi dengan rasa pengabdian untuk-NYA, akan terasa manis apabila dikau tahu nikmatnya hidup di samping tuhan." Sumber : mustread

So, kepada sesapa yang berminat novel karya Ibnu Rijal ni, bolehlah dapatkan segera. RM16.50 sahaja.

Sekian.


6 comments:

  1. yup.... buku2 mcm ni akan selalu buat kita fikir panjang... contengan jalanan contohnya.. setengah tahun baru habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contengan Jalanan izz tak baca lagi. Nanti nak baca ! :D

      Delete
  2. Aiiii adikk. Cuma nak habaq mai, kakak ada buku niii. Hehe, hadiah dari someone huehue :)

    ReplyDelete

Drop your comments :)