19 October 2014

Aim Your Vision Camp

Assalamualaikum.

Hey guys. Minggu ni blog sedikit terabai disebabkan busy dengan quiz, test and camp. So, petang tadi baru je habis satu kem yang diberi nama "Aim Your Vision." Sampai kolej je terus tidur. Hahaha. Nampak tak betapa penatnya diri ini.

Program ni diadakan di Kem Sri Gading, dalam hutan oke. Selama 2 hari satu malam. Perjalanan dari UiTM Pahang ke Kem Sri Gading dalam 15 minit, jalan kaki. 30 minit kalau ikut laluan lain dan boleh jadi 3 jam kalau tersesat dalam tu. Heheh.

Part yang paling best bila pukul 2.30 pagi kitaorang buat night walk. Mengantuk tu tak payah cakap la. Aku sempat tidur kejap sementara tunggu turn kumpulan aku gerak. So, total dah 4 kali aku masuk hutan. Penat memang penat. Aku pun bengang jugak pagi2 dalam hutan tapi bila program dah habis, bila throwback balik, memang best. Pengalaman hidup yang tak semua orang pernah rasa.


Ramai2 tidur dalam ni. Terbuka je tempatnya. Memang seram mula2 tengok. Teruk benor. Hahaa. Tidur tanpa tilam. Badan semua dah sakit2. Sobs sobs.



Gambar pagi tadi. Kitaorang tak mandi pun. Baju pun tak tukar. Memang tak sempat dan baik tak payah mandi lah. Gosok gigi cukup. Gambar atas ni semua roomates dan lagi sorang roomate tak masuk gambar sebab muka dia tak bermaya gila. Sleepy~ Dan yang baju merah itu saya. Hiks.


Paling suka gambar ni. Hehe. Sebab ada abang senior yang kelakar gila2. Senior yang belah kiri tu. Kanan tu sebaya aku je. Hahaa.


My roomates yang comel. Masa ni tengah tunggu nak buat senaman. Lambat sangat. So, kitaorang selfie sana selfie sini. Hee.


Kat sini segala aktiviti diadakan. Solat, LDK, tidur. Budak laki tidur kat sini. Terbaik. Tidur macam tu je kat tempat terbuka.


Last picture. Kalau ikutkan hati, nak je share semua gambar. Tapi takpe lah. Macam melampau sangat pulak Hehe. Senang2 follow lah insta @nrhzm. Hee. Sempat lagi promote.

So, sampai sini dulu. Jumpa lagi.





6 comments:

  1. ala.. nak join kem yg macam ni.. dpt merasa time sekolah dulu je.. huhu.. best x nightwalk?

    ReplyDelete
  2. patot lama x nampak. masuk hutan rupanya. hehe.
    best kan night walk. sapa la yg baju merah tu. hiks. nak follow ig eiz :)

    ReplyDelete
  3. untung ada insta..ehem....

    kita dah rasa penat amat,tgk tempat tidur tu pun dah tak nampak seram ke apa..ya la fikir nak baring dan get a restttttt...!!!
    apa pun boleh,kena gigit nyamuk ka..peduli apa..

    kita pernah join satu kem ni.., sedih tak dapat nak tangkap gambor2 semua sbb phone n kamera 'orang2' tu simpan..kurang asam,menyesal pula ikut ckp,ni dalam kepala otak ja ingat kenangan masa kem tu..pfttttttttttttttt...........
    dan tempat tidur kita mcm reban ayam..sila bayangkan mcm mana reban ayam, manusia tidur dlm tu. pasrah ja la..

    sorry kita meluahkan perasaan pula ahad2 ni..ehehehe

    kita tak suka night walk sangat, tp if dlm camp tu ada buat mcm tu kita akan buka spek.. T___T
    org2 mengantuk2 sibuk nk suruh jalan memalam..,anak dara mana boleh keluar malam..

    ReplyDelete
  4. wow bestnyaa.. akak paling suka camp dalam hutan.. ekceli bru 2x masok hutan.. walaupon penat tetap enjoy ;)

    ReplyDelete
  5. wahhh dah lama x join camp2 cenggini.. rindu zmn pengakap dedulu =P

    ReplyDelete

Drop your comments :)