3 September 2015

Memori Sekolah Rendah

Assalamualaikum.

Hey guys. Pejam celik pejam celik aku dah nak habis cuti. Sobs. Tak ready lagi nak hadapi semester 3. Tapi apa pun kehidupan mesti diteruskan. :)

Semalam sempat kemas bilik sikit. Tengah duk kemas laci tu tetiba aku jumpa barang2 lama. Antaranya anak patung kecik, keychain yang bersepah, pen-pen yang kehabisan dakwat etc. Bukan main lagi, banyak sangat barang-barang yang dah tak digunakan. Dan ada terselit 2 buah medal kat bawah kertas. (betul ke medal guna 'buah') *confused.


Bronze medal. Hehe. Yang ni aku dapat masa sekolah rendah pada tahun 2007. Aku darjah 6 masa tu, nak ambil UPSR. Heheh. Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka. Sekolah ni dekat je dengan rumah aku. Dulu selalu pergi sekolah naik basikal. 15 minit biasanya. Pukul 7 dah bertolak dari rumah. Kadang-kadang kat tengah jalan tu jumpa kawan sekelas. Lepas tu kayuh basikal sama-sama. Rindunya.


Kalau tak silap, ada acara olahraga kat sekolah. So, aku join la lari berganti dengan lompat jauh. Lompat jauh aku kalah rasanya. Hahaha. Aku dulu masa sekolah rendah pendek kecik je. Macam mana lah boleh terpilih lompat jauh. Hahaha. Yang ni dulu peringkat rumah sukan sekolah je. Rumah sukan biru. Aku still ingat. Tetibe rindu kawan-kawan lama. Medal ni plastik je lol. Hahaha. Tapi rasa bermakna gila. Memori kot. Mana boleh dicari ganti. Selepas tu aku dah tak aktif dah. Sekolah rendah la pertama dan terakhir. Hehe.

Sampai sini dulu memori zaman silam.

Sekian.



5 comments:

  1. Simpan, boleh tunjuk kat anak cucu =)

    ReplyDelete
  2. memori bersukan bestnya, saya zaman sekolah tak aktif sport dah tua tua ni lak aktif sport

    JEMPUT JOIN SEGMEN :BLOGLIST KEKAL THEYANAONLY

    note : 2 org bertuah dapat hadiah special

    ReplyDelete
  3. x pernah dapat medal acara sekolah sbb selalu x join., hahaha

    ReplyDelete
  4. woww...terimbas kenangan lama ehhhhhh.....hehehhe....zaman sekolah laa yg plg best....heheheh

    ReplyDelete
  5. nostalgia sgt..saya pon selalu simpan brg brg lama...even surat surat lama pon sy simpan...saya org besut jugakkk!hahahhahahaa..org Tembila!LOL!

    ReplyDelete

Drop your comments :)