29 October 2015

Cara Nak Pastikan Madu Original

Assalamualaikum.

Hey guys. Weekend tiba lagi. So, dah boleh update blog. Yeehuu. *walaupun assignment banyak tak siap lagi sobs*



Aku nak kongsi sedikit tips iaitu cara kita nak pastikan madu original atau pun tidak. Yes. Madu yang diminum itu (atau makan). Tips ni aku dapat dari seorang ustaz. Ustaz ni lecturer Bahasa Arab dan seorang yang sangat mementingkan pemakanan yang halal dan baik. So, banyak juga tips-tips yang aku dapat.

Untuk hari ni, aku kongsi tips cara nak pastikan madu yang dibeli original ataupun tidak. Caranya terbahagi kepada empat langkah mudah.

  1. Ambil satu pinggan berwarna putih. (Putih susu) bukan transparent.
  2. Kemudian, titiskan madu ke atas pinggan tersebut.
  3. Seterusnya titiskan beberapa titis air.
  4. Bentuk heksagon akan kelihatan jika madu itu original atau asli.

Bentuk heksagon ni macam kita tengok sarang lebah tu lah. Subhana Allah kuasa Allah S.W.T. Mengikut kata ustaz, bentuk itu akan muncul untuk seketika waktu.

Macam tu lah caranya. Moga bermanfaat.

Sekian.

3 comments:

  1. tq sharing tips..baru tahu ni..hee :)

    ReplyDelete

  2. wahh.. nt akk nak try laa.. \(^^)/

    ReplyDelete
  3. Subhanallah.. Hebatnya kuasa Allah swt..

    ReplyDelete

Drop your comments :)