31 March 2013

Ehh Facebook Lah

..Assalamualaikum..

Hai hai abang kacak dan si cantik manis.. Auwmm :p Dah kenapa lah tajuk entri aku semenjak dua menjak ni, asyik2 ehh2 je.. Kih2.. Facebook ? Berubah wajah lagi.. Tapi aku rasa kali ni lagi comel lah even ada orang cakap tak cantik lah, semak lah, janggal lah.. Hoi  !! Banyak komen pulak.. Kalau dah tak da fesbuk tu, tak da lah cinta muka buku kau.. Tak gitu ? Hek2..




Cantik kan cantik kan ? Aku lagi suka yang ni dari yang sebelum ni, kiri kanan kiri kanan, pening aku nak baca.. Huk2.. Tapi kalau ada satu column special untuk describe pasal kita lagi comel kan facebook ni ? Macam dulu2, masa first time aku sign in facebook ni, comel je.. :p

Tak kisah la kan.. Aku lagi suka online Twitter kot tapi nak buat macam mana, wahai pujangga hati suka online facebook.. So, aku kena lah on jugak fesbuk tu.. :p

Tak da kerja hapdate pasal facebook :p

..SEKIAN..




30 March 2013

Ehh Voucher Lah :p

..Assalamualaikum..

Hai hai awak awak dan awak.. Ehh kita dapat voucher lah.. Sukanya sukanya.. Ermm tapi kan kita tak suka la shopping online ni.. Kita tak de duit.. Leceh la nak kena pergi bank in la.. Macam2.. Okey dah.. Macam gedixs tak ayat aku.. Kah2..

Aku hapdate ni saja je nak bagi tau yang aku dapat voucher diskaun 10% dari satu blog ni.. Sebenarnya aku follow blog tu and nasib aku baik, dapat lah follower yang ke 555.. So, aku nak guna ke ? Err, maybe tak kott.. Thanks la NA Collection bagi voucher tu.. Eh korang jom la like page ni, mane tahu kot2 nak shopping :p



Nak bagi sape ye voucher ni ? Boleh ke bagi orang lain ? Entah lahh.. Btw, aku dah lupa blog yang aku jadi follower 555 tu tapi aku tahu blog yang satu lagi je.. Nak follow boleh lah, mane tahu kot2 jadi follower bertuah and dapat voucher jugak kan.. FOLLOW

Hei, aku lapar.. Tak makan lagi.. Bye..

..SEKIAN..



28 March 2013

Bloglist :)

..Assalamualaikum..


Hai dear ! Hari ni update blog, buat entri khas, bukan nak promote apa2.. Just nak kasi tau yang aku tengah cari blog, nak masukkan dalam bloglist aku.. Mana2 blogger yang nak aku letak blog dia dalam list aku, sila komen dan bagi link blog anda.. 

Syarat mudah : Korang kena letak jugak link blog aku kat bloglist korang.. Deal dan adil kan ? 

Apa yang kita2 dapat : Dapat beramah mesra dan mengeratkan hubungan sesama blogger.. Kah2..

Istimewa : Blog yang dimasukkan dalam bloglist aku adalah untuk selamanya..

Untuk pengetahuan : Aku akan singgah dan komen blog korang setiap kali ada post baru.. Suka tak suka tak ? :p

Untuk blogger yang menggunakan blogskin, aku masukkan link dekat LINKIES, sebab bila masukkan kat bloglist, recent post korang tak boleh nak baca. :)

So, berminat tak ? Sila komen seramai yang mungkin.. Kalau malas pun, bagi tau je kat cbox.. Easy.. :)

..SEKIAN..






27 March 2013

Eh kawan lah ^_^

..Assalamualaikum..

Hai hai awak awak dan awak.. Rindu saya tak ? :p Hei hari ni aku happy sangat dapat jumpa kawan sekolah rendah.. Actually hari tu dah buat Reunion.. Ni kira yang second time la.. Best ahh, semuanya kawan aku sponsor.. Baik gittew kau kawan ^_^ Tak nak la cakap banyak.. Aku ni bukan rajin sangat nak taip2 ni.. Hihi..  So, kita layan gambar keyh..




Seekor kumbang di antara bunga2 yang cantik lagi lawa.. Cun gitu.. Termasuk aku.. Haha.. Dari kiri, Aishah, Jannah, Faiz and Saya !


Shera and Faiz..


Geng2 yang menggila :p Ikhwan, Syahmi and Luqman..


Ada sebab kawan aku ni kenyit mata.. Nak cover something.. Haha.. Hei, dia kawan baik saya lah.. Dari kecik sampai la sekarang.. Tetibe teringat selalu jalan kaki bersama pergi tadika.. Nice memory.. Kawan selamanya.. Adie..


Faiz and aku.. Sweet tak sweet tak..? Haha.. Aku upload pic ni kat facebook.. Faiz yang suruh oke sebab nak kasi jelez dia punya crush.. Haha.. Mesti ada yang ingat aku couple ngan dia nanti.. Kah2.. Kami hanya kawan okeee..


Adie and Madi Aqil :)


Cantik kan view kat belakang tu.. :) Aishah, Jannah and Ina


Hebat kan persahabatan kami.. Dari sekolah rendah.. Darjah satu sampai darjah 6 satu kelas.. Lepas UPSR, masing2 bawak haluan.. Belajar sekolah lain2 and then kami jumpa balik lepas SPM.. Berkat ada group kat Facebook.. Terima kasih la Facebook :p


Sukanya dia !


Candid :)


Abang Wan yang kacak.. ;p


Kami lagi kami lagi..


Kawan baik..


Bukan gay okee.. Lama tak jumpa cam tu la jadinya.. Kenyit mata :p

Banyak lagi gambar.. Dah malas la nak upload.. Cukup lah sekadar kenangan di blog aku.. Nanti suatu hari bila aku dah tak da, dapat korang lepas rindu kat sini.. Haha.. ^_^


Dan ini aku @ saya.. Si empunya blog.. Hihi :p

"Friendship isn't about whom you have known the longest.. It's about who came and never left your side.."

..SEKIAN..



25 March 2013

Tanpa 'dia' itu biasa, Friends Forever

..Assalamualaikum..


Hai awak ! Cantik kan bunga kat atas ni. Pic dari tumblr. Aku suka. Romantik gittew.. Oke, apsal tajuk entri aku berbelit ? Faham tak ? Sebenarnya aku nak bagi tau yang tanpa 'dia' tu, aku oke, aku masih boleh hidup, tak de lah sampai gila bagai.. Aku masih ada kawan2 yang selalu support and bagi semangat kat aku.. Yes ! Aku kena kuat.. Aku tak lemah la kalau setakat cinta2 ni.. Alah biasa la kan ? *hati kata sakit wehhh.. T_T 

Pagi tadi awal2 lagi aku bangun bersiap, janji dengan kawan nak pergi sekolah.. Nak pergi ambik sijil berhenti sekolah.. Kih2.. Then sampai sekolah, dengar kaunselor bercakap panjang lebar pasal sambung belajar.. Jujur, aku tak faham pun, tak dengar pun.. Sibuk duk borak dengan kawan.. Apa lah aku ni.. Teruk.. =.="

Pas tu terus ke pejabat.. Lama jugak tunggu kerani tu cari sijil kitaorang.. So, kami pun borak2 la dengan cikgu2 yang ada kat situ.. Tetiba cikgu mai habaq kat aku.. She said, tak payah la nak ber-boyfie2 lagi.. Aku sengeh je.. Haha.. Kenapa ? Muka aku ni muka kuat bercintan cintun ke ? Rasanya tak.. Aku kuat belajar ape.. Hiks

Then, keluar dari sekolah.. Pergi makan.. Amirah belanja.. Hihi.. Suka2.. Thanks awak :D Lepas makan kami pergi lepak kat tepi pantai.. Bestnya.. Angin sepoi2.. Rasa macam tak nak balik.. Lepas snap2 pic sikit, borak2, tengok jam dah nak Zuhur.. Kami pun balik lah.. ^_^ 


Berempat je hari ni.. =D



Aku dan Najihah.. Sayang kau tetat2 tau.. *gedixs



Kawan sekolah, luar sekolah, sampai bila2 lah.. Tetap kawan :D

Friendship... is not something you learn in school.. But if you haven't learn the meaning of friendship, you really haven't learned anything..-Muhammad Ali

The only thing left to do is forgive and forget. I want to forgive you and I want to forget you.. -Lauren Conrad
..SEKIAN.. 



24 March 2013

Aku yang tersakiti :')




Pernah ke awak rasa ? Jarak antara kita
Kini semakin merasa setelah awak kenal dia..

Saya tak percaya, sanggup awak putuskan
indahnya cinta kita..

Saya tak nak akhiri tapi awak pergi tinggalkan saya
Tak pernah ke awak sedar ? Sayalah yang tersakiti..

Awak pergi dengan janji yang dimungkiri
Ya Allah tolonglah aku..
Hapuskan rasa cinta ini, aku ingin bahagia..

Walau tak bersama awak, memang tak mudah bagi saya
melupakan segalanya..
Saya pergi untuk dia..

Aku sedih gila2.. Gila2 sedih.. Aku tak sure adanya 'dia'.. Tapi, saya betul2 kecewa dengan awak T_T

You know my blog but you never ever read it.

22 March 2013

Alhamdulillah SPM aku

..Assalamualaikum..



Hei hei awak semua.. Macam mane result SPM korang yang batch95 terr ? Semalam lagi result keluar, tapi hari ni baru nak update sebab tak da kelapangan masa.. Di tambah pula dengan broadband yang buat hal.. ^_^

Aku nak umumkan result SPM aku.. Hihi.. Aku tak dapat strekkkkk A.. Maaflah.. Aku dah buat sehabis boleh.. Musnah harapan aku, bajet kononnya dapat semua A.. Tapi tak pe lah.. Aku tetap bersyukur.. Aku dapat 3A+ 2A 2A- 2B+.. Alhamdulillah.. 7A 2B.. Tapi aku sedih la jugak sebab terbabas dua subjek.. Subjek feveret aku time sekolah dulu2.. Fizik and addmath.. Hadoii.. Aku dah agak dah addmath tu sebab masa exam aku tak sempat jawab semua soalan.. Rasa nak nangis jugak la.. Fizik tu seriously aku cakap, aku jawab exam berdasarkan apa yang dah ada dalam kepala hotak aku ni.. Sebab malam sebelum exam tu, penyakit aku datang.. Sakit kepala yang amat sangat.. Aku paksa jugak belajar tapi satu pun tak masuk, last2 aku tidur krohhh krohhhh sampai pagi.. :')

Semalam bila cikgu umum nama aku, rasa bangga la jugak tapi aku dah tahu result aku, cek guna SMS.. Kih2.. Aku dah menangis bagai dah masa tu.. Aku bangga la dengan bestfriend aku.. Dia satu satunya pelajar sekolah aku yang dapat semua A.. Boy.. Ahmad Fadlan.. Ada aku pernah buat entri pasal dia.. Klik sini.. Dia dapat 9A.. Whoaaaa.. Pihak sekolah bagi SATU RIBU RINGGIT MALAYSIA depan mata dia.. Aku pun tumpang gembira jugak la masa tu sebab sekolah aku dah bertahun tak da yang dapat semua A.. Now, dia dah buktikan yang sekolah kitaorang ni tak da la seteruk yang orang luar sangkakan.. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri.. Kalau kita nak, InsyaAllah dapat ditambah pula dengan usaha, doa dan tawakal..

Berbalik pada result aku, aku malu sangat jumpa cikgu Fizik.. Aku malu.. Aku dah hampakan dia.. Aku dapat B+ je.. Tapi cikgu aku tak sekali pun tunjuk rasa sedih.. Sebaliknya dia terus bagi aku semangat and suruh aku jadi doktor.. Keh2.. Besor bebenor harapan seorang cikgu.. Cikgu addmath lagi lah, lepas aku salam, dia terus cakap "tak pe lah.. Tak leh nak ubah dah".. Sedih gilerrrr aku rasa.. Tapi tu la aku, aku memang pening addmath2 ni tapi aku minat math.. Sila malu dengan diri anda sebab anda dapat A+ subjek math.. Kah2.. Dan dan dan satu lagi, nak habaq sikit, aku dapat A+ BI.. Hehehe.. Terkejut gila wehh.. Teacher aku pun tak sangka aku dapat A+.. Terus dia belanja aku dan geng2 aku minum.. Hihi.. Thanks teacher..

#Slip SPM aku =D

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan tahniah buat kawan2 aku yang dapat result cemerlang.. Dan awak.. Tahniah jugak.. Tak lawan awak,, awak dapat 9A 2B.. Oke la tu awak.. Walaupun awak tak puas hati BI dapat B.. Maybe ada kesilapan.. Tak pun itu memang yang terbaik untuk awak.. Thanks jugak buat mama ayah cikgu2 yang selalu support aku.. Aku bersyukur dengan result aku walaupun aku sedih sebenarnya..


#Curi pic dari page sekolah aku.. Kih2

Ni lah antara wajah2 cemerlang sekolah aku.. SMK KUALA BESUT.. Yang mane satu aku ? Yang depan, dua dari kanan.. Purple ^_^ Kalau tak nampak buat2 nampak sebab kami semua kecik2 je.. Hihi

Oke lah.. Setakat tu je entri aku kali ini.. Have fun :D Kepada yang dapat result tak seberapa tu, jangan sedih2.. Masih ada banyak peluang.. Terima kasih Ya ALLAH.. Berikan aku pinjaman kecemerlangan ini.. :D

Najwa Latif dapat 4A wehh.. Oke la tu.. Tak de la kosong kosong kosong.. Kih2

..Sekian.. 

18 March 2013

Solat itu Indah

..Assalamualaikum..


Hai awak semua.. Tetiba entri hari ni berunsur Islamik.. Tak salah kan kongsi sesuatu yang baik.. Sebagai hamba Allah SWT di dunia pinjaman ini, kita wajib laksanakan solat.. ^_^ Here, beberapa Firman Allah yang menegaskan tentang solat.. Hope kita sama2 dapat memperbaiki diri..


Sabda Rasulullah SAW: "Suruhlah anak kamu bersolat pada usia tujuh tahun dan pukullah dia (kalau tinggalkan solat) ketika berusia sepuluh tahun." -Riwayat Abu Daud

"Sesungguhnya solat itu diperlukan atas orang-orang Mukmin pada waktunya."( Surah An-Nisa': 103 )

"Dan dirikanlah solat untuk mengingatiku."( Surah Taha: 14 )

"Sesungguhnya berjaya lah orang-orang mukmin yang khusyuk dalam solatnya"( Surah Al-Mukminun: 1-2 )


Begitu banyak Firman yang menegaskan tentang solat.. Janganlah kita terlalu lalai dengan keseronokan dunia.. Melalui pembacaan, kita dapat ilmu.. Then, kita kongsi.. Harap dapat keredhaan dari-Nya.. Solat itu tiang agama.. Kalau tak solat, bermakna runtuhlah agama.. Andai ada salah dan silap, mohon ditegur.. ^_^ Doakan saya dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.. Akhir kata, "Hayya a'lassolah"..

..SEKIAN..


17 March 2013

Segmen Jom Pilih Hadiah !

..Assalamualaikum..

Dah lama tak join segmen.. Tetiba je hari ni rasa nak join.. Tak pernah menang sebab tu lah malas nak join.. Hihi.. Hope kali ni menang besar :p ..Meh la join sekali ,klik banner kat bawah... Auwmmm :p



Hadiah yang dipilih :

Handphone cases dan Topup RM10

Semua syarat dah dilaksanakan :D

..SEKIAN..





16 March 2013

Cinta dan Kasih Sayang

..Assalamualaikum..



Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh cinta, benihkanlah cintaku kepada seseorang
yang melabuhkan cintanya kepada-Mu agar bertambah kekuatanku
untuk mencintai-Mu...

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku kepadanya agar tidak
melebihi cintaku kepada-Mu...

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya bertaut kepada-Mu agar aku tidak terjatuh
dalam jurang cinta semu...

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku kepadanya agar
tidak berpaling selain kepada hati-Mu...

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku rindu, jagalah rinduku kepadanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu...

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan
itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di
sepertiga malam terakhir-Mu...

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh hati kepada kekasih-Mu, jangan biarkan aku
tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru
manusia kepada-Mu...

Wahai Maha Penyayang,
Halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui
batas sehingga melupakan aku kepada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu...

"Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah, andai diri tidak semulia Rasulullah SAW.. Tidak perlu isteri secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman.. Mengapa mengharap suami setampan Yusuf, seandai kasih tak setulus Zulaikha.. Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim, andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah"




15 March 2013

Quotes Photography 2

..Assalamualaikum..

Hey hey awak yang cantik dan kacak.. Today I wanna share something yang aku create sendiri.. Hope korang enjoy k ^_^.. Sesapa yang nak boleh je amik.. Boleh letak kat tumblr, boleh update status facebook dan macam2 lah..

Semua quotes photography ni direka sendiri oleh aku dan quotes tu google search la.. hiks.. Kali ni background tu Langkawi views.. Aku snap time pergi bercuti bulan Jan hari tu.. *Best naik cable car.. Hee 













Menaip entri pendek sebegini mengambil masa hampir sejam.. Lama gila upload pic.. Apsal la b-e-r-u-k-b-e-n aku ni.. Haishh.. :p

Effect melengkung hanya di blog ini sahaja. Pic asal petak + rectangle ^_^

Please rate me.. OK or KO

..SEKIAN.. 



14 March 2013

Birthday Auwmmmm :p

..Assalamualaikum..

#Pic ni tak de kena mengena dengan entri aku kali ni :p


Hey hey awak awak kat sana, kat situ and kat mana2 je lah.. Tajuk entri tak leh blah.. Today aku nak buat satu entri khas untuk anak buah-buahan aku yang comel lagi hensem gettew.. Erww.. Apsal gedik semacam je.. Kih2.. :p

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat hari lahir yang pertama buat Nur Farisya Adira binti Fairuz Aizam.. Dira dah besar la.. Rindunya nak jumpa peluk cium Dira.. 



Auwmm auwmm auwmm, cantik tak Dira ? Yang gegirl tu la.. Yang depan tu abang Dira.. Rayyan namanya.. Hensem kan.. Happy Birthday jugak Rayyan.. Bulan Januari hari tu.. Tak buat special entry sebab busy kerja.. Sekarang dah tak kerja.. Hehe ^_^

Hadiah dah beli dah kat Langkawi hari tu.. Perghhh ! Special gettew.. Tak sabar nak tunggu anak2 buah aku ni balik kampung.. :D

Walaupun anak saudara aku tak tahu baca lagi, tak faham pun aku tulis apa and maybe tak tahu pun mak sue dia yang comel ni ada blog but aku pasti satu hari nanti Adira and Rayyan akan baca jugak bila dorang dah besar.. Pasti dorang bangga ada mak saudara cam aku.. Kah2.. *Perasan jap :p

Jyeahh ! Mane la tahu kan, satu hari nanti bila aku dah tak de kat atas muka bumi ni, maybe blog ni lah akan jadi kenangan untuk orang2 yang aku sayang mahu pun yang membenciku.. :p Tetibe sadis.. :'(

Pesanan buat Dira and Rayyan :
~ Semoga jadi anak yang soleh dan solehah.~ Semoga panjang umur.~Semoga tak nakal2.~Semoga sayang kat asuuuu yang comel ni k.. Kah2

error : Nak upload pic banyak2 tapi berukben ni buat hal pulak.. Hadoiii.. Sampai di sini dahulu.. 

..Sekian..





13 March 2013

Selamanya Tetap Kawan

..Assalamualaikum..

Hey hey sweety and hensemy..
Semalam aku pergi dating ngan kekawan.. Best ahh ! Lama tak jumpa.. Rindu gila ^_^ ..Tak nak cakap banyak.. Layan gambor je lah :p


#My friend, sunyi sepi hidup kalau tak da dia.. Sayang kau ketat2 Mimi ^_^


#Segala rahsia, suka dan duka.. Dia lah yang sudi mendengar.. Kah2.. Najihah, thanks belanja kita makan KFC yawww.. ( Kau kerja tak pe banyak duit.. Ehehe :p )


#Makan je kerja kau.. Love you cutie :D


#Both of them are my bestie.. Bestie Love Forever :D ..Hidup aku tak ceria kalau tak de korang berdua..

Thanks sudi jadi kawan aku.. Semoga keputusan SPM kita gempak gah giler ! Dah macam tagline komik G3.. Kih2.. :p

Jap2.. Pic aku tak de ke ? Hehe.. Dah aku yang snap gambar, tak de lah.. Wehehee.. Ada sebenarnya, tapi aku duk sebelah tingkap.. Muka aku pun tak nampak.. Nampak cahaya jerk.. Tak caya tengok bawah.. Hehe


#See... Blur2 gitu.. :p

My best time have gone,
From laughter to memories,
My bestfriends have gone,
From friend to family.

..Sekian..




11 March 2013

Quotes Photography

..Assalamualaikum..

Quotes Photography ^_^



Quotes photography ni aku sendiri yang buat.. Picture tu aku snap sendiri kat Pantai Bukit Keluang, Besut Terengganu.. Picture tu jugak aku edit sendiri.. Quotes by cherrybam ^_^



Yang ni pun sama.. Picture sendiri, edit sendiri.. Quotes by Winnie The Pooh ^_^

Amacam ? Oke tak ? ^_^ 

Mood : Rindu nak photoshoot dengan kawan2..

First time guna font cenggini.. Harap boleh dibaca.. Wehehee ^_^ 


"Best friends listen to what you dont say.. Trust me :p"

Quotes Photography ke Photography Quotes ? Errr O.o


^_^



9 March 2013

Happy Birthday To Me ^_^

..Assalamualaikum..

#Google


Hey hey sweetie and hensemy :p
Today is my day.. ehh,, Today is Saturday.. Hoho.. 9 March 2013.. Tepat jam 9 pagi tadi aku dah cukup 18 tahun.. Yelah kan, dah mak aku beranakkan aku pukul 9 pagi.. Kena lah dengan date tu.. Sembilan.. Hari ni bersamaan jugak dengan 26 Rabiulakhir 1434..

Actually aku sedih.. Sob sob.. Sebab tak boleh celebrate birthday.. Apakan daya semua orang busy.. Tak pe lah.. Aku tak kesah.. Dah ada orang wish tu pun dah kira bersyukur sangat.. Ada jugak yang ingat kat aku ni.. ^_^ Semalam aku tidur awal.. Pukul 10 dah kerohh kerohhh.. Dia yang suruh aku tidur awal sebab aku demam.. Hehh, buat pertama kalinya aku rasa dihargai.. :p Dia pun wish birthday aku awal sebab dia busy kerja.. Thanks awak.. Kita akan kawin tak lama lagi.. Ptuihh.. *Sorry meludah.

Tengah best tidur siap bermimpi bagai, tetiba henfon vibrate.. Aku terjaga and tengok Najihah text aku.. Wish HB.. Tapi masa tu dah pukul 1 lebih.. And ada 2 text lagi.. Aqilah and Fadlan wish birthday aku.. Mereka lah bestfriend aku.. Love u till die.. 3 orang je wish birthday aku.. Sobb, sedih gila kot.. Then, aku tidur balik.. 

Subuh- Aku bangun solat pas tu cek fon.. Ada 5 mesej.. Semuanya mesej birthday.. Ohh, ada juga yang ingat aku.. Terharu.. Ada satu text tu dari kawan aku.. Tak perlu rasanya mention his name here.. Tetiba buat aku rasa sayu..

"Pada jalan berliku moga ALLAH luruskan langkahmu, tika langit dunia runtuh moga ALLAH teguhkan aqidahmu, tika kesusahan datang, moga ALLAH kuatkan hatimu, tika hati dilanda gelisah, moga Allah curahkan ketenangan dalam dirimu, moga kasihNya sentiasa bersamamu.. Moga ALLAH mudahkan dan berkati urusan kehidupanmu, teman yang kuingati selalu.. :-D Selamat Hari Lahir yang ke-18.."

Macam tu la text dia.. Thanks la sebab doakan aku.. Aku tahu aku masih jauh dan hanyut dalam dunia yang penuh dengan keseronokan ni.. Tapi aku ingat pesan kawan aku, kalau kita nak berubah, boleh je.. Asalkan kita nak.. Ya Allah, bersyukurnya aku dapat kawan yang baik yang selalu sokong dan bimbing aku..

Thanks juga buat akak and mama.. Thanks for da cake and coklat..


Walaupun aku tak suka sangat makan bluberi cis kek but I love that chocolate.. Hehe.. Kek tak habis lagi.. Tak da yang nak makan.. Akak aku dah blah p Alor Star.. Dia yang suka makan tu bukan aku.. Patutnya beli la kek yang aku suka.. Hampehh :p tapi tetap bersyukur aku boleh rasa kek.. Entah orang kat negara lain boleh merasa ke tak kek ni.. Mahupun negara sendiri :p *Kalau tak faham, buat2 faham..

**************

Aku cakap ngan mak aku..

Aku : Ma, dop sambut ke birthday adik.. (adik tu aku lah.. kan anak bongsu.. Hehe )
Ma : Gi la terjun bangunan , 
Aku : Bakpe pulok ?
Ma : Terjun la, pah ma sambut..
Aku : Oke.. (Tak lucu ma)

Kesian kat aku.. Tak tahu la awak2 faham ke tak.. Tu loghat kampung aku.. Wehehee~


Thanks jugak buat kawan2 facebook and twitter yang wish birthday.. Kalau nak mention semua, memang tak habis entri aku ni.. :p

Kalau dapat spec Ray Ban ni oke gak.. Ptuihh :p



Aku nak gift,hadiah,present.. Faham tak ? Awak ! Janji nak bagi.. Saya tunggu =.="

..Sekian..