Malam esok aku dah nak balik kolej. Tak ready lagi nak tempuh final year. Tapi tak sabar jugak nak habis. Heheh. InshaAllah tahun depan tamat lah degree, doakan yer semoga semuanya berjalan lancar.
So aku nak share daily make up aku yang sangat simple. Biasanya wajib ada three basic things macam dalam gambar bawah ni. Ta daa...
I used glowing spray cool, more like facemist. Memang facemist pun. Hehe. Glowing spray cool ni produk FJ Glow. Serious best pakai facemist ni, rasa sejuk dan sangat nyaman. Price RM 45 per bottle. Selain boleh bagi muka nampak segar, boleh kecutkan jerawat dan boleh hilangkan mengantuk sekali tau. Lepas dah spray kat muka, aku apply pula magic BB white by Silkygirl. This is my favorite foundation powder. Aku tak pernah tukar, dari dulu memang suka dengan Silkygirl ni. Harga dia kalau tak silap RM 19.90. I choose number 2, nude color. Lastly, aku akan pakai matte fever by Silkygirl color maroon macam tu kot, supaya my lips tak naampak pucat. Price lebih kurang RM 16.90. Ini semua beli di Watsons kecuali facemist tu, beli online. Macam ni je lah hari-hari my so-lazy-makeup. Hahaa.
Next, kalau pergi camping or pulau or tengah kawad, apa-apa aktiviti yang melibatkan cahaya matahari, aku akan apply gel aloe vera macam dalam gambar kat atas, RM 7 something kot. It works on my face, so nanti tak ada lah muka hangus sangat. Selain tu, aku juga pakai serum FJ Glow sebelum tidur, tapi jarang-jarang je sebab ianya mahal and I do not have enough money to buy it. Lol.
Ini pula yang jarang digunakan. BB cream yang color biru tu best sangat pakai sebab tekstur dia yang tak melekit, tapi sebab aku malas, dah tak pakai sangat. Lip ice pula sebelum aku bertukar ke matte fever, oke je cuma bila dah minum air, my lips back to normal. So macam leceh la nak kena selalu pakai. Yang ada sticker tester tu my sister yang bagi, L'occitane hand cream + brown mascara by YSL. Both original and so pricey la and I could not afford. Itu pun nasib baik orang kasi, tester pun tester la.
Dah make up lawa-lawa tak lengkap tanpa perfume kan. So here my favorite perfumes all the time. Yang paling favorite DKNY Be Delicious intense (gambar bawah). I tried so hard nak capture gambar perfume ni sebab botol dia macam cermin, boleh nampak muka seketul dalam tu. Tapi perfume ni dah nak habis, disebabkan aku takdak duit nak beli yang original, aku beli yang Dexandra punya. Hari tu member ada promote, so aku beli lah RM 10 sebotol (gambar atas). Bau dia lebih kurang je, tapi ada la beza sikit. Alang-alang dah beli, aku beli Chloe sekali. Chloe ni bau dia tak sama langsung dengan yang ori. Slightly dissapointed. Sence tu pula, aku jadikan bodymist. Hahaa. Sebab EDT kan, bau dia tak kekal lama tapi beli jugak sebab wangi.
See my hand and phone inside the perfume. Perfume yang original semua my sister bagi. Kalau beli sendiri memang aku tak beli la. Hahaa. Untung jadi anak bongsu, ada kakak sayang. Hehe.
Dalam membeli segala macam alat make up, mesti ada yang aku menyesal beli. Selalu sangat jadi macam ni, haha. Bukan main nak beli tapi end up tak sesuai. Matte Me lip cream tu I thought best la pakai benda ni sebab tengok ramai orang duk jual kan, try la beli satu tapi bila pakai rasa macam pakai gam kat bibir. Dia punya melekit tu ya ampunnn. Nivea foundation pun tak best, tekstur dia kasar dan rasa tak selesa bila pakai. Yang color biru tu gel mascara. Macam transparent la bila pakai, takdak color tapi bulu mata lentik. Aku suka pakai ni dulu, tapi sekarang I don't know why, I'm allergic to this type of mascara. Rasa pedih mata bila pakai.
Panjang pula cerita barang make up sendiri. Lol. Sepatutnya ada lah blusher ke eye shadow ke kannn. Tapi itulah, aku tak pandai nak pakai semua-semua tu. Pernah pakai, tapi dah buang dah sebab dah lama sangat beli. Hahaa.
Kesimpulannya, aku ni sejenis yang sangat berkira nak beli alat-alat make up and so on. Kalau boleh nak beli yang paling murah. Bukan apa, belum kerja kan, I need to save a lot.
Nak letak gambar sendiri, tapi semua gambar dalam external, malas nak masukkan. Haha. Next time.
Sekian.