17 May 2013

Alhamdulilah

Assalamualaikum..



Alhamdulillah saya dapat masuk u. Asasi sains uitm. Gembira sangat2. Hari ni busy giler. Tak sempat nak blogwalking blog kakak2 tersayang dan kawan2. Apa2 pun, doakan yabg terbaik untuk saya. Hee.

Entry pendek.
Always love,
Sekian..

Published with Blogger-droid v2.0.10

16 May 2013

Happy Teacher's Day

Assalamualaikum..

Entri ni ditaip pagi tadi. Gaduh nak keluar. Tak ingat nak publish. Haha


Gambar ni je ada dalam lappy. Lain2 dalam henpon. Gambar last year. 2 dari kiri itu aku. Hee :p

16 May 2013. Hari guru kembali lagi. Rindu cikgu2. :'( Tahun ni aku dah tak bergelar pelajar sekolah. So, tak dapat celebrate hari guru kat sekolah ramai2 macam tahun2 sebelum ni. Sebak. Tapi pagi2 lagi dah sent text kat semua cikgu, wish "Selamat Hari Guru". Sayang cikgu !

Yang terharunya cikgu reply text, cakap "sayang awak juga". Cikgu addmath yang garang lagi seram tu pun cakap sayang aku, whoaa, terharu oke. Yela kan, sebenarnya takut gila nak send text tu, maklum lah, aku lah pelajar yang tak dapat A subjek addmath masa SPM. Haha. Malu >_<

Kan best kalau aku sekolah ni, mesti geng2 kitaorang kutip duit, beli hadiah super awesome kat cikgu. Tapi tak pe. Hari ni, aku nak pergi sekolah. Nak menyemak sikit. Hehe. Nak pergi kejap je sebelum keluar enjoy dengan kawan2 buat terakhir kalinya. Mereka2 semua dah nak sambung belajar. Ada yang dah masuk form 6. Ada yang dah nak daftar UniKL dan Matrikulasi. Aku ? Masih ter-pinga2 kat rumah. Tak boleh nak decide lagi nak sambung mana. So sad.

Teringat masa aku 5 tahun, aku pernah mendeklamasikan sajak. Cehh. Sempena hari guru. Dulu time bebudak, aku mana tahu malu. Haha. Dah besar ni, malu tak bertempat pula yer. Sekolah rendah, lupa pula. Sekolah menengah, aku dengan dunia aku je. Haha.

Nak try ingat balik sajak dulu2 ni. Oke start.

Guru,
Kau masih di situ
Masih memandu kereta lama
Masih menuju sekolah yang sama
Tidak kedengaran dari suaramu
Penat lelah yang kau curahkan

Macam pelik je part yang curahkan tu. Aishh, dah lupa. Oke continue.

Guru,
Ada anak2 muridmu
Kini sudah menjadi menteri
Tidak kurang pula
Yang memegang jawatan tinggi

Main ikut sedap je aku ni. Haha. Tapi lebih kurang macam tu la. See, aku still ingat walaupun dah ber-tahun2. Dari 5 tahun sampai sekarang 18 tahun. Agak2 berapa lama ? :p

Always love,
Sekian.

11 Things About Me

Assalamualaikum..




Hoi, tak abis lagi game ni. Haha. Letih den nak jawab. Tapi dah orang tag. Kena lah jawab jugak. Kali ni Alisya yang tag. Usaha jugak nak jawab ni. Tanpa mengikut rules. Boleh kan ? Hehe.

1. Apa hobi korang ?

  • Hobi saya baca buku, melukis dan semestinya blogging. Jahit masak tu semua I tak minat oke. Hehe

2. Pernah tak bercinta ?
  • Of course la pernah. Haha. Tipu la kalau tak pernah. Tapi bercinta biarlah berpada pada k. :p

3. Pernah tak sakitkan hati kawan korang ?
  • Pernah. Kawan baik. Sampai menangis nangis saya tau. Haha. Mintak maaf balik. Tapi kalau bukan kawan baik, sorry lah. Saya ego. Tak hingen nak mintak maaf. Nampak tak kejahatan saya ? :p

4. Pernah bergaduh kat sekolah tak ?
  • Err, tak pernah. Saya budak baik. Hehe

5. Pernah buat sesuatu benda yang memalukan diri korang sendiri ?
  • Pernah. Tapi tak nak cakap kat sini. Boleh kan ? :p

6. Pernah tak buat hati mak awak terluka ?
  • Pernah. Maklum lah saya ni mulut tak boleh diam. Asyik nak marah je kan. Bila mak tegur, saya menjawab. Haha. Tapi tu dulu2 la. Sekarang dah cuba kawal perasaan. :)

7. Awk ni seorang yang berjimat-cermat ke  ?
  • Of course tak. Haha. Saya ni boros. Kalau ada duit banyak terus masuk bank. Kalau tak, faham2 aje lah.

8. Suka bergaya atau tidak ?
  • Suka sangat tapi saya ni kecik kurus je. Tak cantik meletop kebabom macam orang lain. So, susah sikit nak bergaya sebab nak cari baju ikut saiz susah. Senang bergaya pakai baju kurung je saya ni. Ayu tak ? Hee

9. Awak suka tengok cerita apa ?
  • Semua tengok selagi berkenan di hati. Tapi lebih kepada cerita english. Drama romantik dan yang ala2 FBI gitu. :)

10. Benda apa yang korang paling suka ?
  • Saya suka boyfie saya. Dia kacak. Haha. Merapu k. Semestinya saya suka Domo. Rawr!

11. Perkara apa yang sampai sekarang korang tak boleh lupakan ?
  • Masuk hutan pukul 2 pagi. Jalan sorang2. Sumpah tak nak join camping lagi. Seram oii. 

Oke. Done. Cepat komen ! Letih den taip. Hehe :p Sape yang creat game ni memang mencapai objektif la. Ramai yang enjoy. :)

Always love,
Sekian..