6 May 2014

Korean Drama : Hotel King

Assalamualaikum.

Hey guys. Sekarang tengah cuti. Mood gua mood tengok korean drama. Hahaha. Actually, aku tak minat pun korean2. Tak pernah tengok. Aku mula tengok drama korea ni last year, masa tu tengok The Inheritors dekat channel One. Aku pun rasa eh macam best. Lepas tu terus tengok online beb. Dan lepas tu aku sambung tengok drama korea lain. Semua aku tengok lah. Sampaikan housemate pun tegur. Dulu kan kononnya tak minat. Hehe.

Oke. Hari ni nak review drama Hotel King. Drama baru. Segar fresh lagi. Ecehh. Tapi aku tak start tengok lagi. Nak habiskan A Gentleman's Dignity dulu. Best laa drama ni. Gelak ter-bahak2 kau.



Hotel King

Description:
A love story between an heiress who tries to save her father’s legacy, the one and only seven-star hotel in the nation and the hotel manager who becomes an enemy to his own father who abandoned him in order to help the heiress.
Category: Korean Drama
Status: Ongoing
Released: 2014
Rating: Rating Star Full Rating Star Full Rating Star Full Rating Star Full Rating Star Full Rating Star Full Rating Star Full Rating Star Full Rating Star Full Rating Star Full 9.63 (646 Votes) Rate it!
Genres: drama, Romance

Source : Good Drama

Drama lakonan Lee Dong Wook dan Lee Da Hae. Jangan lupa tonton online.

Forever love.
Sekian.

5 May 2014

Blog Berubah Wajah

Assalamualaikum.

Hey guys. Yeahh. Akhirnya berjaya jugak aku edit blog. Fuhh. Penat. Rasanya dah masuk kali ke 7 aku tukar template blog. Hahaha. Well. Dah 6 tahun kot aku blogging. Tenggelam timbul. Dari form 2 kot. Dulu dah pernah delete blog lepas tu muncul dengan blog ni sampai sekarang.





Template lama. Cantiknya. Huahua. Puji diri sendiri. -,- Aku tukar template bersebab. Adalah sebabnya. Bertukar kepada simple template. Ya, aku sukakannya dan akan diupgrade dari masa ke semasa. Ecehh.

Dan. Aku ada blog lagi satu. Khas untuk join GA, segment, contest dll. Aku sayang blog tu, sebab dulu aku suka edit blog guna denim template. Sekarang ni aku dah malas nak edit blog. Dah pening nak main dengan code. Huahua.


Macam ni la rupa blog aku. Ni gambar lama. Masa first2 siap. Nak visit klik gambar. Hee. Kalau nak invite aku join giveaway contest boleh laa. Suka sangat join tapi yang syarat dia simple2 je. Yang follow2 facebook tu oke la. Kalau follow instagram twitter aku susah sikit nak join.  Heheh.

Oke. That's all.
Forever love.
Sekian.


3 May 2014

Novel Cintaku Tertinggal di Korea

Assalamualaikum..

Hai guys. To be honest, mood nak blogging aku sekarang ni dah tak macam dulu. Sebab, akak2, abang2, kawan sebaya yang baik2 dengan aku semua dah jarang update. Semestinya aku rindu dorang. Hahaha.

Oke. Hari ni nak review novel Cintaku Tertinggal di Korea. Dah lama aku beli, sebulan yang lalu. Actually aku tak suka baca novel. Novel ni aku beli khas untuk bestie aku. Today aku nak bagi dia. Sama2 celebrate belated birthday aku dengan dia hari ni. Sweet tak ? Bff birthday bulan sama. Weehuu.



"Kenapa? Awak malu jalan dengan saya yang comot?" - SON MIN HYUK

"Bukan macam tu, lah. Saya tak pernah kisah pun awak tu macam mana, comot ke apa ke, saya terima aje." - AIMIN HAZWANI

Opsss... Adakah itu bermakna Aimin telah menyerahkan hatinya kepada Son Min Hyuk, si mamat Korea mata sepet itu? Pertemuan yang tidak disengajakan itu, akhirnya membenihkan rasa yang indah berbunga-bunga pink. Bak kata orang, dalam hati ada taman.

Namun, Aimin terpaksa akur kerana perbezaan agama dan haluan hidup, mereka tidak boleh bersama. Antara dia dan Son Min Hyuk bagaikan pipit dan geroda. Tambahan pula jodoh Min Hyuk setia menanti.

“Saya minta maaf. Kita tidak sehaluan. Cinta saya pada awak terlalu lemah jika dibandingkan dengan kasih sayang dan cinta saya pada Allah, Nabi Muhammad dan juga ibu dan ayah saya. Hubungan kita dah berakhir dan tak mungkin akan bersatu kembali. - AIMIN HAZWANI
“Tapi… saya sebenarnya dah…” - SON MIN HYUK
“Cukup, Min Hyuk. Kita memang tak boleh bersama. Sampai bila-bila pun.” - AIMIN HAZWANI
Kesengsaraan hidup Aimin makin parah apabila muncul Fariz yang membawa dendam kesumat akhirnya menyebabkan Aimin cedera parah dan koma.
Kehadiran Adam Yusuf yang setia menemani Aimin pada saat dia berperang dengan nyawanya mengubah segala-galanya. Adam Yusuf persis seseorang yang pernah membuatkan hatinya berbunga-bunga.
“Ayah harap adik dapat terima Adam Yusuf.” – AYAH AIMIN.
“Anggaplah Son Min Hyuk dah tiada dan pergi daripada hidup awak.” – ADAM YUSUF
Siapakah Adam Yusuf?

RM26.00

Sekian.