12 May 2014

Kumpul Setem

Assalamualaikum.

Hey guys. Bertemu lagi kita pada hari ini bersama saya penulis blog comel dan semestinya saya comel juga. Hahaha.

Oke. Jangan nak kelaut sangat. Actually nak kongsi pasal hobi collecting stamp atau dalam bahasa Melayu, kumpul setem. Cerita dia, aku kan tengah cuti. So, tetiba mood rajin nak kemas buku-buku lama. Then, aku jumpa satu buku bersaiz A5. Buku tu dah lama. Masa form 1 or 2.

Masa buka buku tu, aku tengok ada setem dalam tu. Nak kata banyak tak jugak. Tapi ada lah sikit-sikit. Bila ingat-ingat balik, zaman kanak-kanak dulu aku pernah kumpul setem. Ada kelass gitu hobi aku. Hahaha.



Koleksi setem RM1 dan 60sen.



Yang ni semua setem 50sen.



Setem 30sen yang paling banyak.



Yang ni setem 10sen dan 20sen. 

Setem2 ni semua setem Malaysia je. Sekarang dah 19, adakah aku akan sambung balik hobi ni ? Ecehh. Dulu dengan sekarang tak sama. Dulu surat kebanyakan guna setem. Tu aku ambil dari surat2 yang sampai kat rumah la tu. Sekarang ni dah tak ada surat yang ada setem2 macam ni sampai rumah. 

Forever love.
Sekian.

10 May 2014

Liebster Award by Eikin

Assalamualaikum.




Hey guys. Kali ni kena tag oleh Eikin. Yeahh. Introduce sikit. Eikin ni satu universiti dengan Eizz. Satu lecture hall masa sem 1. Oke. Jangan lupa follow Eikin. 

Aku tak tahu game apa ni. Tapi soal jawab biasa macam pernah join masa muda2 dulu. Hahaha. Masanya untuk jawab soalan Eikin.

1. How long you have been blogging ?
Since 2009.

2. In your purse rn, how much money that you got ?
37 Ringgit Malaysia

3. Your crush name started with what alphabet ?
Oh my crush Capital I !

4. List 2 songs that you doesn't know what the song means by.
Piece of Castle, Anklebiters.

5. Doraemon or Shin Chan ?
Mon mon Do-ra-e-mon !

6. Your dream house ?




7. Being a teacher or police officer ?
Teacher yeahh !

8. Name of your favourite singer / band ?
Paramore, CN Blue

9. What's your talent but it's weird in people eyes ?
Dance. Hahaha

10. How was your feeling when you have to answer all of this questions ?
Tambah lagi 10 soalan baru tahu rasa dia cemana. Hihihi :p

Oke. Done. Taknak tag orang lain takpa kan ? Hee

Forever love.
Sekian.



9 May 2014

Result Semester 2

Assalamualaikum..



Hey guys. Final result aku dah keluar. Nampaknya dah boleh gelar diri sebagai ex student Foundation In Science, UiTM Puncak Alam. Yeahh. Seawal jam 12 semalam, kitaorang dah boleh cek result. Of course la aku tunggu. Tak lena kau nak tidur.

Tunggu punya tunggu depan laptop hadap emel. Refresh dan refresh. Takda pun emel. Hahaa. Aku pun decide sambung tengok movie. Layan movie sat sampai pukul 1.15 am. Takda jugak emel. Last2 aku tidur. Nak dipendekkan cerita, lepas subuh terus cek. Buka and then spechless. Alhamdulillah. Tidak mengecewakan. Tak sia2 lah belajar sampai keluar air mata sebelum ni. Hahaha.

I'm so happy. Thank you kepada mak ayah yang bagi sokongan. Thank you kepada lecturer yang dah bagi tujuk ajar. Thank you untuk kawan2 yang paling banyak membantu. Thank you kepada semua yang mendoakan diri ini.

Tak sempat nak printscreen. Hahaa. Yang pasti Math dengan Physics aku dapat A. Happy sangat ! Biology dengan Chemistry sekadar B. Hahaha.  So, anggar2 sendiri lah pointer aku berapa. :p

Happy sangat sebab aku dari SPM tak suka Physics. Tak pernah dapat A. SPM tak dapat A pun. Memang tak suka la Physics ni. Kali ni Physics aku dapat A. Sapa cakap aku tak boleh. Hahaha.

Dan yang paling penting, aku tak tahu nak sambung apa. Seriously tak tahu. Macam orang takda hala tuju hidup. Suggestion ?

Forever love.
Sekian.