21 July 2014

Menang GA #2 Mellya and Iola Giveaway Bonanza Supported By Buttons & Cuteness

Assalamualaikum and Hi !

Hey guys. Iz ada berita gembira. Iz menang giveaway lagi. Yay heyy. Alhamdulillah. Ni dah kali keberapa menang giveaway. Sebelum ni dah pernah menang topup, kupon, handkerchief dan kali ni Iz menang keychain Instagram dan voucher diskaun dari Buttons & Cuteness.


Saje je kasi tunjuk envelope. Haha. Dah terkena air hujan. Sobs sobs. Tapi kat dalam masih oke.



Tadaa ! Ni dia hadiah saguhati, keychain instagram dan voucher diskaun. Iz join GA guna blog lagi satu. Blog khas untuk GA sahaja. Memang banyak jugak lah GA yang Iz join. Lagi pun bosan tak tahu nak buat apa.

Iz sangat berterima kasih kepada blogger Iola Caviar dan Mellya. Jangan lupa singgah blog mereka tau dan jutaan terima kasih kepada Buttons and Cuteness. Kalau korang nak tahu, Buttons and Cuteness ada menjual pelbagai barangan seperti dress, handbag, button brooch, baju melayu, accessories, handicrafts dan lain2 lagi. Elok sangat lah untuk korang yang belum shopping untuk Hari Raya, boleh jenguk2 page Buttons and Cuteness. 


Sampai sini saja. Jumpa lagi. :D


20 July 2014

Ulang Tahun ke-58

Assalamualaikum and Hi !

Hari ni 20 July 2014. Selamat ulang tahun ke-58 buat ibu tercinta. Iz takda hadiah special pun nak bagi kat ibu. Cuti 4 bulan ni Iz makan tidur je. Hahaa. Takde duit. So, Iz buat kad ucapan je.


Front

Tadaa. Ni dia kad ucapan birthday ibu. Simple je tapi ambil masa jugak nak siapkan. First, nak buat heart kat tengah tu. Iz guna majalah lama je. Koyak2 carik2 kan paper majalah. Hehe. Lepas tu guna paint marker warna pink. Lama gila nak keluar dia punya ink sebab lama sangat tak guna. Penat shake2.

Kepada ibu tersayang, semoga Allah berikan kesihatan untuk terus beribadat kepada-Nya, izinkan Iz membalas jasa ibu dan jaga ibu.


Yang ni bahagian belakang kad, ucapan ringkas untuk ibu. Oke. Sampai sini dulu. Iz nak sambung tengok tv. My love from the star. Hee.

Sekian.


16 July 2014

Onde Onde Special

Assalamualaikum and Hi !

Hey guys. Bertemu kembali kita pada hari ini dalam segmen sembang merapu. Hehehe. Just joking. Kita dah pun masuk fasa pertengahan bulan Ramadan. So berbalik kepada mission aku yang kononnya nak belajar masak dalam bulan puasa ni, apa je yang aku masak. HA HA HA.



#ShareRamadan

Tadaa ! Aku belajar masak onde onde or ondeh ondeh or buah melaka. Since my mum suka sangat makan makanan yang manis2 and lebih kepada traditional food, tak salah rasanya aku belajar masak kuih ni. Nanti kalau Ibu nak makan, adik boleh buatkan. Yeah. Adik. Anak bongsu la katakan.

So here aku nak share resepi cara nak masak kuih onde onde ni. Resepi ni daripada Ibu tercinta.

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung beras pulut
  • 2 sudu tepung gandum
  • Sedikit pewarna (Hijau)
  • Sedikit garam
  • Sedikit air kapur masakan
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit air
  • Gula melaka
  • Kelapa parut
Cara nak masak, first daun pandan tu blend bersama air sebab nak dapatkan warna hijau. Kalau taknak boleh guna pewarna je. Then semua bahan2 kat atas kecuali kelapa parut dan gula melaka, gaulkan bersama sehingga campuran tu jadi doh. Bila dah sebati bersama, boleh la mula bentukkan mereka jadi bulat2 kecil. Then jangan lupa masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil. Masukkan ke dalam bulat2 tadi.

Sementara tu, didihkan air dalam periuk. Bila dah mendidih tu boleh la masukkan bulat2 tadi. Dan tunggu sehingga masak. Lepas dah masak, gaulkan bulat2 bersama kelapa parut. Jangan lupa letak sedikit garam dalam kelapa parut. Then jadilah kuih onde onde special. 

Dah siap pun. Aku rasa macam buat rancangan memasak pulak. Hahaha. Tak tau la orang faham ke tak. Ada ke yang nak intai resepi aku ?

Oke. Sehingga berjumpa lagi. :)

#PrayForPalestine