6 August 2015

Koleksi Novel

Assalamualaikum.

Hey guys. Banyak benda nak update. Dah siap buat senarai. Hihi. Tapi malas betul nak menaip. Tak tahu lah kenapa. Cuti semester ni jiwa nak tengok movie je. Lepas tu gaming, lepas tu baca novel.

Cuti berbaki lagi sebulan sebelum melangkah ke tahun kedua sebagai seorang pelajar ijazah. Sekejap je masa berlalu rasa macam baru semalam jejak kaki ke universiti. Hehe.

Entri kali ni aku nak kongsi koleksi novel yang aku beli. Sebenarnya aku ni bukan jenis yang suka baca buku. Tak pernah2 aku beli novel. Mula tahun 2013 aku ber-jinak2 beli buku ala2 puisi. Tapi bila dah baca rasa enjoy tapi jiwa tak ke arah tu. Hahaha.

Pada tahun 2014, aku mula beli novel english. Niat pada mulanya aku nak tingkatkan kemahiran bahasa Inggeris. Lepas tu terus rasa enjoy membaca ni. Alhamdulillah juga aku dah ada keyakinan nak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.




Sepanjang 2 tahun ni. Tak banyak sangat pun. Tak sempat nak baca. Yang ada pun tak habis baca lagi. Ada yang dah di review. Ada yang belum. Sekarang ni tengah baca At First Sight by Nicholas Spark. Best sangat. Hihi. Lagi sikit nak habis.

Sampai sini dulu lah yer. Rasa skema gila menaip hari ni. Hahaha.

Sekian.




31 July 2015

Kad Raya daripada Nana Liena

Assalamualaikum.

Guess what ? I just received kad raya from Nana Liena guys !

Terima kasih Kak Nana kerana masih lagi ingat daku di sini. Dah 2 tahun ber-turut2 dapat kad raya. Rasa bersalah pula sebab aku sekali pun tak pernah hantar kad raya. Ini semua kerana busy. Hehehe. Salahkan busy.



Tadaa ! Cantik sangat kad raya ni. Ucapannya rahsia lah. Hehe. Rasanya sempat lagi tak nak balas kad raya Kak Nana ni ? Ada lagi ke kad raya kat kedai ? :( 

Rasa nak balas balik ni, kalau takda aku buat kad sendiri je. Settle.

Esok update lagi. Sekian.



28 July 2015

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama meninggalkan dunia blogging (5 months), akhirnya daku kembali bersua. Eceh. Tetiba rasa awkward sendiri sebab dah lama sangat tak menaip. 5 bulan menyepi buat apa ? Yeah, I'm a student, banyak kerja nak kena buat. Busy. Hahaha. Sebenarnya tak adalah busy sangat tapi busy juga. Yang pasti memang tak sempat la nak cari idea nak update blog. Hew hew.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua kenalan yang tak henti2 support diri ini. Walaupun dah lama menyepi tapi masih ada yang mintak address nak hantar kad raya. Serious terharu gila dan terima kasih banyak2.

Tak sempat nak hatar kad raya sorang2 ke rumah. Ecard je yang mampu.




The simple one sebab tangan pun dah kaku. Sticker line ihsan dari google. Sekali lagi, minta ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri ini. Jemput beraya kat rumah, raya sebulan oii. Biskut raya pun tak habis lagi.

Peace ^_^
Sekian.