11 August 2015

Photobooth Idea

Assalamualaikum.

Zaman sekarang ni kalau nak buat event apa2 je mesti akan ada photobooth. Orang kata wajib ada, kalau tak, tak lengkap lah majlis. Contohnya wedding, dinner, birthday party - semua nak ada photobooth.

December tahun lepas, aku and the geng ditugaskan untuk handle dinner persatuan. So, aku ditugaskan untuk buat photobooth. Mula2 tu kering idea juga sebab ni event besar. Tapi berkat kerjasama, masing2 bagi idea. Maka terhasil lah satu photobooth yang awesome gila. Hihi.



Zoom in. Macam ni lah rupa photobooth kami. Kami hanya menggunakan kertas warna dan benang. Bebas nak buat corak apa pun. Idea asal nak buat ala2 polkadot. Tapi last2 macam2 rupa keluar.

 
Zoom out. Sebenarnya benang ni susah nak handle. Kalau ada tali lagi elok mungkin. Touch up sikit, letak belon dan lampu kecil2 kat bawah tu, aku lupa nama benda tu. Hehe.


Bila dah ada photobooth, tak lengkap tanpa photoprops. Photoprops semua kami buat sendiri. Mudah je. Google gambar dan print atas kertas yang tebal. Lepas tu potong dan lekatkan pada stik.


The other side. Simple dan menarik sesuai dengan tema dinner kami iaitu Fairytale. Tak beli pun semua ni. Semua ada orang sponsor dan kasi pinjam. Yang beli mungkin kertas dan belon sahaja.


You may try out our idea !


Belanja satu gambar. Ni semua ex-palamian. Geng2 asasi dulu. Now kami semua kat Jengka. Spot me !


Past Illusions
Masquerade masks
Pale white faces hidden underneath
Silken fans breeze by
Time fades away
What's left behind
Old memories.

Sekian.


10 August 2015

Kolej Kediaman UiTM Pahang

Assalamualaikum.

Hey guys. Entri kali ni aku nak kongsi serba sedikit mengenai kolej kediaman UiTM Jengka, Pahang. Memandangkan keputusan UPU akan diumumkan pada 11 Ogos 2015, (Kalau tak silap) so mesti ada yang akan cari maklumat tentang universiti masing2.

Di UiTM Pahang, pelajar ijazah ada satu kolej je. Kolej Mat Kilau. Terdiri dari 3 blok. 2 blok perempuan dan satu blok lelaki. Blok 4 tingkat sahaja. Satu bilik 6 orang.

Pengalaman aku masa mula2 dapat masuk sini, sedih. Hahaha. Sebab semua orang tahu Jengka tu kelapa sawit. Tapi lama2 dapat juga biasakan diri. Nak belajar ni hati kena ikhlas. Betul tak ? Kemudahan cukup lengkap, jangan risau. Nak keluar masuk pergi bandar Jengka ada van. Bayar RM1 je. Kalau nak up sikit boleh pergi Star Mall atau East Coast Mall. Yang tu pandai2 sendiri la nak sewa kereta ke nak naik kereta sendiri ke. Terpulang.

Kat sini aku share beberapa gambar bilik yang sempat diambil sebelum habis final hari tu.


Satu bilik 6 orang. Katil double decker. Abaikan je lah muka roomate aku tu. Sebab hari tu lepas habis last paper terus balik. Tu yang semua busy kemas barang.


Meja study kat hujung tu untuk mereka yang dapat katil nombor 6.


Meja belajar satu setiap orang. Tak kecik tak besar. Sederhana.


Locker. Agak kecil. Kadang2 aku nak kemas baju pun tak muat. Hahaha.


Tak dinafikan, bilik agak sempit. Tapi oke lah untuk 6 orang. Aku berharap blok baru cepat siap dan boleh pindah duduk sana. Hihihi.

Dinasihatkan juga bawa kelengkapan secukupnya. Iron, iron board, heater semua tu silalah bawa. Dan yang paling penting bawa kipas. Hahaha. Sebab dalam bilik ni panas. Aku pun tak tahu kenapa. Patut dalam hutan ni sejuk lah kan. Tapi to be honest aku jarang rasa sejuk. Bangun pagi pun kadang2 berpeluh. Mostly setiap orang mesti akan ada kipas extra.

Kalau nak tanya apa2, boleh lah tinggalkan di ruangan komen.

Sekian.



6 August 2015

Koleksi Novel

Assalamualaikum.

Hey guys. Banyak benda nak update. Dah siap buat senarai. Hihi. Tapi malas betul nak menaip. Tak tahu lah kenapa. Cuti semester ni jiwa nak tengok movie je. Lepas tu gaming, lepas tu baca novel.

Cuti berbaki lagi sebulan sebelum melangkah ke tahun kedua sebagai seorang pelajar ijazah. Sekejap je masa berlalu rasa macam baru semalam jejak kaki ke universiti. Hehe.

Entri kali ni aku nak kongsi koleksi novel yang aku beli. Sebenarnya aku ni bukan jenis yang suka baca buku. Tak pernah2 aku beli novel. Mula tahun 2013 aku ber-jinak2 beli buku ala2 puisi. Tapi bila dah baca rasa enjoy tapi jiwa tak ke arah tu. Hahaha.

Pada tahun 2014, aku mula beli novel english. Niat pada mulanya aku nak tingkatkan kemahiran bahasa Inggeris. Lepas tu terus rasa enjoy membaca ni. Alhamdulillah juga aku dah ada keyakinan nak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.




Sepanjang 2 tahun ni. Tak banyak sangat pun. Tak sempat nak baca. Yang ada pun tak habis baca lagi. Ada yang dah di review. Ada yang belum. Sekarang ni tengah baca At First Sight by Nicholas Spark. Best sangat. Hihi. Lagi sikit nak habis.

Sampai sini dulu lah yer. Rasa skema gila menaip hari ni. Hahaha.

Sekian.