4 March 2016

New Semester

Assalamualaikum and Hye!



Hey guys. Sekarang ni dah malas nak update blog. Hahaha. Sibuk bebenor rasanya. Aku dah start semester baru. Semester 4. Rasa sekejap je masa berlalu. Tahun depan dah habis degree. OMG! Rasa macam tak ready. Tak tahu nak menuju ke mana. Sekarang ni tengah sibuk cari tempat untuk latihan industri. Kalau korang ada cadangan boleh la drop di ruangan komen. Aku degree in Physics, masih tercari-cari nak apply kat mana. Dah ada beberapa tempat. Tapi kalau boleh nak mohon banyak-banyak.

Sekarang ni baru first week tapi assignment banyak gila. Nak menangis rasanya, tapi itulah. Nak mengeluh pun macam tak ada guna. Hadapi je lah dengan tabah. Di tambah lagi aku jadi setiausaha persatuan itu dan ini. Nak cari pengalaman. Tak nak lah jadi student yang belajar, makan dan tidur aje. Kena pandai bahagikan masa. Peace.

Sebenarnya banyak je yang nak dikongsi kat blog ni. Siap buat list lagi nak update apa. Tapi semua macam tak sempat lagi. Kalau ada masa free pun, aku asyik tengok drama korea. HAHAHAHA.

Sampai sini aje la dulu kisah hidup.

Sekian.


18 February 2016

Lulus Ujian Memandu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hey guys. Dah 2 minggu tinggalkan blog tercinta. Sebenarnya aku sedikit busy. Hehe. Cuti semester kali ni aku sambung siapkan lesen kereta. Dari tahun lepas aku register, hari Selasa lepas baru lulus. Tahun lepas tak sempat nak siapkan sebab dah kena masuk sem baru. Lepas tu cuti midsem pula aku tak balik sebab kena pergi camping. Akhirnya cuti kali ni baru sempat.


Alhamdulillah. Sekali test je dengan abang-abang JPJ yang garang gila nak mati. Dah lulus pun. Selesai. Ni lah muda-muda dulu taknak ambil awal-awal. Haha. Sekarang merasa la susah dia. Sobs. Dulu bukan taknak ambil tapi kewangan tidak mengizinkan. Aku bukan orang berada, mak ayah tolong bayar. Semua duit sendiri. Pandai-pandai jimat duit sendiri. Duit PTPTN aku buat lesen. Hehehe. 


Haa aku tunjuk sikit markah lulus dia. Dia punya nervous tu of course la ada. Aku kena marah kot dengan Encik JPJ. Tak pasal-pasal dia marah aku sebab matikan enjin kereta. Masa tu aku dah selesai, aku dah nak turun pun dari kereta tu. Benda boleh cakap elok-elok kot. Aku dengan rendah diri mintak maaf. Bengang tu ada la jugak sikit dalam hati ni. Siap "aku kau" dia cakap dengan aku. Panas hati aku masa tu tapi sabar je lah. Nanti tak pasal-pasal dia gagalkan aku. Menangis.

So itulah cerita aku yang tak berapa nak menarik sangat. Hahaha. Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi.

Sekian.


31 January 2016

NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH

Assalamualaikum



Klik Sini Untuk Join
GIVEAWAY BERLANGSUNG DARI 6 / 1 / 2016 - 6 / 2 / 2016



NOTA TAMBAHAN :-
-HADIAH ADALAH RAHSIA (5 HADIAH YANG BERLAINAN) YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA 5 PESERTA YANG BERTUAH.
-PEMILIHAN PEMENANG MENGGUNAKAN KAEDAH RANDOM.ORG SAHAJA.

-KURANG DARIPADA 20 PESERTA YAN AKAN MASUKKAN DALAM BLOGLIST SELAMA SATU BULAN DARI

 (9 / 2 / 16 - 9 / 3 / 16)




PENGUMUMAN PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 8 / 2 / 2016 (ISNIN)

So here a give from me.



Selamat ulang tahun yang ke-21. (Am I right?) Semoga mendapat perlindungan daripada-Nya. Stay kind stay pretty. Be positive in whatever situations. Peace.

Sekian.