13 July 2014

Faizul AF - #Perempuan

Assalamualaikum and Hi !

Hey guys. Hari ni nak kongsi single terbaru daripada Faizul AF, #Perempuan. Kalau korang nak tahu Iz memang minat dengan Faizul ni. Heheh. Tapi ada je yang cakap "macam ni pun kau minat." Cis. Haha. Itu kawan Iz. Dia tak kenal pun Faizul AF. So, tak heran la kalau ada orang lain pun tak kenal. Apa salahnya sekali sekala sokong artis tempatan. Eceh.

Jom layan lagu #Perempuan ni dulu. Boleh tahan kesedapannya.





I thought yang ni versi acoustic. Sebab selalu dengar kat radio era, sound dia lain sikit. So hari raya nanti, album Faizul dah ada di pasaran. 9 buah lagu semuanya. Tetiba rasa nak beli. :p



Source : Facebook

Sekian saja untuk hari ni. Jumpa lagi dan sama2 doakan saudara kita di Palestine. :)

11 July 2014

Roti Jala Special

Assalamualaikum and Hi !

Hai guys. Bertemu kembali kita. Asyik tenggelam timbul je aku. Keh keh. Hari ni berpeluang nak update blog. Dan sebenarnya, takda idea nak update blog.

Bulan Ramadhan tahun ni puasa penuh kat rumah. Yay. So, hari2 tolong mak masak dan ambil peluang nak belajar masak. I'm 19 years old already and I have to know how to cook. Cehh.

Bulan puasa ni tak lengkap juadah berbuka kalau takda kuih muih. So, hari ni nak kongsi resepi roti jala simple dan special. Hahaha. Poyo je. Rasanya semua orang tahu buat. Tapi takpa lah, roti jala ni antara makanan yang aku tahu cemana nak masak.





Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung
  • 1 biji telur
  • 1 susu teh (kecil) garam
  • Sedikit pewarna (kuning)
  • 3 sudu teh minyak
  • Sedikit air

Cara nak masak roti jala ni, semua bahan kat atas ni kisar/blend ber-sama2. Bila tambah air, pastikan campuran tu tak pekat sangat tak cair sangat. Dengan kata lain 'just nice'. Lepas tu jalakan mereka di atas kuali dengan menggunakan acuan roti jala. Then siap dan boleh dihidangkan bersama kuah kari atau kuah manis. Takda resepi kuah. Sebab mak aku yang masak kuah. Hahaha.

Sekian. :)

#PrayForGaza #PrayForPalestine






6 July 2014

Korean Drama : Temptation 유혹

Hey guys. Tenggelam timbul je aku update blog. Haha. Actually tak ke-mana2 pun. Ada je. Ada banyak sangat cerita nak kongsi. Tapi Google Chrome ni terkena virus. Bila tekan link je, dia terus direct ke page ads etc. Biasanya kalau install balik dia okay. Tapi kali ni still sama. Sebab itu lah yang membuatkan aku malas sangat nak blogging.

So tak lama lagi drama Korea yang bertajuk Temptation akan ditayangkan. Tapi tak sure ada ditayangkan di ONE HD ataupun tak. Okay. Aku selalu tengok drama korea kat channel ONE. For sure kalau tak ada kat tv boleh tonton online. Yay.





Broadcast period untuk drama Temptation yang telah ditetapkan ialah 14 July 2014 hingga 16 September 2014. Setiap hari Isnin dan Selasa selama 20 episod. Drama ini dibintangi oleh Kwon Sang Woo, Choi Ji Woo, Lee Jung Jin, Park Ha Sun dan Lee Jung Shin dari CNBlue.

Sinopsis : Sebuah melodrama mengenai seorang lelaki yang telah berkahwin, Cha Suk Hoon yang menerima sejumlah wang yang besar dari seorang wanita, Yoo Se Young untuk membayar kembali hutang yang dipinjamnya. Komplikasi timbul apabila wanita tersebut menuntut kembali haknya dan menyebabkan hubungan Cha Suk Hoon dan isterinya terjejas.

Trailer : Clik here and here.

That's all. Jumpa lagi.