26 December 2011

Salju Cinta

..Assalamualaikum..

Salju Cinta ?? Salju Cinta tu apa ?? hee~..
Salju Cinta tu tajuk novel la.. haha..
Seumur hidup saya,, novel Salju Cinta nie la
satu2nya novel yang habis dibaca..
Saya paling malas baca buku,, tambah pula bab2 
jiwang + cinta nie.. entah kenapa tetiba jer baca 
novel nie sampai habis.. Novel nie tak de lah tebal sangat..
Biasa2 jer.. Kalau tebal dah lama saya tak baca..
Tapi jalan cerita novel nie best la jugak.. 
Novel nie kakak saya yang beli.. dia tak baca pun,,
so,, saya tengok cover novel tu menarik jugak..
tiba2 terdetik nak baca novel tu.. Sesape yang nak tahu 
jalan cerita novel nie,, kena lah baca sendiri.. nie dia 
sinopsis cerita nie ..


BAGI Irfan, cinta tidak ada lagi di dunia ini sebaik sahaja nyawa Maziah terpisah daripada badan. Pemergian Maziah turut membawa bersama kehidupan lampaunya yang penuh kebahagiaan. Dia mula menjadi lelaki yang tegar menabur cinta kerana hatinya keras menyatakan cinta itu hanya untuk Maziah.

Kemunculan Ilyana yang sarat dengan rahsia telah mengikis keegoan Irfan sedikit demi sedikit. Dia juga sukar mempercayai cinta kerana cinta telah memusnahkan seluruh hidupnya. Kerana dendam, dia sanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa korbankan nyawa.

Fauzan, lelaki durjana yang telah menghitamkan kanvas kehidupan Ilyana. Kemewahan yang dimiliki dijadikan umpan untuk menarik perhatian wanita. Namun, biar berpuluh yang cantik dan jelita datang menagih kasihnya, hanya Ilyana yang ingin diburu.

Fikir Ilyana, baik Irfan atau Fauzan... kedua-duanya harus dijauhi. Dia tidak sanggup membiarkan hati terus berdarah. Berhenti atau berlari, dia akan pastikan tiada siapa bertakhta di jiwa. Biarlah dia sendiri meladani kesedihan ini! “Biar jarak dan masa jadi halangan, jika ada jodoh... kita bertemu semula.”


*Novel nie karya Nuriz Aida

Sebenarnya novel Salju Cinta nie dah lama dah keluar.. Jom la baca ! best !

No comments:

Post a Comment

Drop your comments :)