4 September 2017

PART 3: Bercuti di Pulau Pangkor

Hey guys.


The last part of my short vacay to Pangkor Island. Hari ni baru sempat nak menaip di blog memandangkan 2 minggu lepas ada beberapa urusan yang aku perlu selesaikan.


Bagi yang berminat nak baca Part 1 dan Part 2 boleh tekan link bawah:

Hari ke-2 di Pangkor. Awal pagi kami dah bangun bersiap untuk sarapan dan aktiviti terakhir iaitu berkayak. Cuaca pada hari tersebut tidak mengizinkan kami untuk melakukan aktiviti berkayak. Sempat berkayak dalam 15 minit macam tu je sebab hujan lebat tiba-tiba. Memandangkan tengahari tu kami dah nak checkout, so terus pulang ke bilik dan mengemas barang.



Pada jam 1130, kami menunggu teksi berhampiran tempat menginap dan sempat lah bergambar sementara menunggu. Kami tiba di jeti jam 1230, tak ramai orang pun masa sampai di jeti. Kami pun sempat la jalan-jalan sekitar jeti. Lepas tu bila datang balik jeti, ramai pula yang beratur nak naik feri. Hahaa. Lama juga lah menunggu. Pukul 3 petang baru dapat naik feri. Sepanjang perjalanan dalam feri tu aku tidur je sebab penat sangat. Dalam pukul 4 macam tu baru lah pulang ke rumah kawan. Setibanya di rumah, kami dihidangkan nasi dagang (terima kasih tuan rumah).

Malam tu kami berempat keluar lagi. Keluar makan di sebuah kedai nama Lemboy kalau tak silap, menyediakan hidangan western. So malam tersebut aku order chicken grill + apple juice. Harga belasan ringgit, aku dah lupa. Hehe. Selepas makan kami singgah di kedai dobi layan diri. Basuh pakaian apa semua. Lama menunggu sampai tahap rasa nak tidur kat kedai dobi. Sampai je rumah terus tidur. 

Keesokan harinya, masing-masing bangun lambat dalam pukul 10 macam tu la. Hehe. Semua penat kan. Lepas tu kami sarapan nasi goreng (terima kasih tuan rumah) dan keluar jalan-jalan sekitar manjung. Pukul 1 tengahari kami singgah tengok wayang di AEON Mall Manjung. Plan awal nak tengok Bad Genius tapi tak ada pula. Maka tengok lah Annabelle. Aku tak suka tengok cerita seram sebab aku ni penakut. Hahaha. Tapi aku yang suggest tengok Annabelle. Hehe. Tapi Annabelle tak ada lah seram mana pun just banyak scene yang buat kita rasa terkejut. Lepas tu jalan-jalan di kawasan jeti. Masa kat taman tu, kami kena kejar anjing. Sumpah masa ni nak tercabut jantung aku. Yang jahatnya kawan aku siap record video lagi. Anjing tu baik je sebenarnya. Tuan dia cakap 'jangan takut, jangan takut, dia mahu kawan sama kamu'. Hahaa, masalahnya aku mana boleh pegang. Kalau tak, tak ada lah nak lari sampai panjat tiang. Hahahaha. Kelakar bila ingat balik.


Selepas tu kawan aku ajak singgah di Hutan Paya Bakau. Dekat je dengan rumah dia. Banyak monyet kat situ tapi tak gigit orang pun. Tak sempat pun jalan-jalan dalam tu, sempat bergambar je sebab dah lewat petang. Malam tu aku dan dua orang lagi rakan dah nak balik Besut. Setibanya di rumah, kami semua bersiap-siap get ready nak balik dah. Malam tu sempat makan nasi lauk udang masak merah dan sup ayam (terima kasih tuan rumah). Banyak dah jimat dapat makan makanan free. Tuan rumah tu kakak kepada kawan aku. Hehe.


Pukul 745 malam, kawan aku hantar ke terminal bas dan kami menaiki bas dan tiba di Besut dengan selamat. Maka berakhirlah percutian 3 hari 2 malam kami di Manjung dan Pangkor. Next plan, nak ke Sabah. Mungkin tahun depan (kalau cukup bajet).

Sebelum berakhir, hari tu aku ada share mengenai backpack yang aku beli dengan harga RM19.95 di aplikasi Shopee. Kualiti bag sangat bagus. Korang boleh la kalau nak tengok-tengok. Klik link ni CRC MALL. Tapi backpack yang aku beli tu dah soldout. Heheh. Tak sempat nak ambil gambar.

Sekian. See you next time.


1 comment:

  1. walaupun dah beberapa kali g perak namun pulau nan satu ni belum jejak2 lg ;-)

    ReplyDelete

Drop your comments :)