19 September 2017

Tried and Tasted: Coolblog Cendol Durian Smoothie

Hello guys.


Dah agak lama aku tak beli air di Coolblog. First time kenal Coolblog ni zaman asasi dulu-dulu. Itu pun sebab kedai dia dalam universiti. Itulah kali pertama aku tahu mengenai kewujudan Coolblog. Hahaa (So jakun right?). Masa tu kat kampung aku takda lagi Coolblog.

Menu pertama yang aku order masa tu banana ice blended + black pearl. Ini pun aku terbeli sebab kawan yang ajak. Masa tu harga lebih kurang RM3 lebih. Dua hari lepas aku bosan kat rumah so petang tu aku keluar pergi Coolblog. Before tu aku ternampak orang tweet menu baru Coolblog ðŸ˜‚.

Masa ternampak tweet tu terus rasa teringin nak Coco Yam Pulut Smoothie tu. Tapi bila dah sampai sana, macam mana entah aku boleh order Cendol Durian Smoothie dan Cendol Coconut ðŸ˜…. Aku beli dua, satu untuk ibu. Boleh tahan lama aku tunggu pekerja tu siapkan order, padahal takda orang pun masa tu. Oh ya total dua air tu semua RM14. 

Aku dah berniat Cendol Durian Smoothie tu untuk ibu. Tapi sebab rupa dia lebih kurang, aku terminum Cendol Durian Smoothie. Rasa dia not bad la, sedap je. Aku boleh bagi 6/10 sebab bukan guna durian original so rasa dia tak cukup kick.


Cendol Coconut lagi satu aku tak sempat ambil gambar sebab abang dah habiskan. Ibu tak suka rasa dia dan aku pun tak suka. Kalau guna santan yang original maybe aku akan suka. Nasib baik ada abang yang habiskan kalau tak membazir RM6.50. Aku memang suka cuba benda baru dan ambil risiko ðŸ˜¹.

Lepas ni boleh la cuba menu lain pula tapi tunggu bulan depan. Ini kalau hari-hari aku tak mampu. Tengah broke teruk.

Thanks for reading. See you again! ❤




3 comments:

  1. BV pun suka jugak merasa menu2 baru. :D
    teringin nak merasa coolblog, tapi kat sini takpernah jumpa lagi coolblog, banyak bubble tea yang dari taiwan tu. my fav matcha saltcheese bubble tea :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti datang sini try la :) Hehe. Tak pernah pulak merasa buble tea tu

      Delete
  2. akak pula memang tak suka durian so memang takkan order mana mana menu ada durian haha kalau makan pun cekodok durian aje

    ReplyDelete

Drop your comments :)