19 October 2014

Aim Your Vision Camp

Assalamualaikum.

Hey guys. Minggu ni blog sedikit terabai disebabkan busy dengan quiz, test and camp. So, petang tadi baru je habis satu kem yang diberi nama "Aim Your Vision." Sampai kolej je terus tidur. Hahaha. Nampak tak betapa penatnya diri ini.

Program ni diadakan di Kem Sri Gading, dalam hutan oke. Selama 2 hari satu malam. Perjalanan dari UiTM Pahang ke Kem Sri Gading dalam 15 minit, jalan kaki. 30 minit kalau ikut laluan lain dan boleh jadi 3 jam kalau tersesat dalam tu. Heheh.

Part yang paling best bila pukul 2.30 pagi kitaorang buat night walk. Mengantuk tu tak payah cakap la. Aku sempat tidur kejap sementara tunggu turn kumpulan aku gerak. So, total dah 4 kali aku masuk hutan. Penat memang penat. Aku pun bengang jugak pagi2 dalam hutan tapi bila program dah habis, bila throwback balik, memang best. Pengalaman hidup yang tak semua orang pernah rasa.


Ramai2 tidur dalam ni. Terbuka je tempatnya. Memang seram mula2 tengok. Teruk benor. Hahaa. Tidur tanpa tilam. Badan semua dah sakit2. Sobs sobs.



Gambar pagi tadi. Kitaorang tak mandi pun. Baju pun tak tukar. Memang tak sempat dan baik tak payah mandi lah. Gosok gigi cukup. Gambar atas ni semua roomates dan lagi sorang roomate tak masuk gambar sebab muka dia tak bermaya gila. Sleepy~ Dan yang baju merah itu saya. Hiks.


Paling suka gambar ni. Hehe. Sebab ada abang senior yang kelakar gila2. Senior yang belah kiri tu. Kanan tu sebaya aku je. Hahaa.


My roomates yang comel. Masa ni tengah tunggu nak buat senaman. Lambat sangat. So, kitaorang selfie sana selfie sini. Hee.


Kat sini segala aktiviti diadakan. Solat, LDK, tidur. Budak laki tidur kat sini. Terbaik. Tidur macam tu je kat tempat terbuka.


Last picture. Kalau ikutkan hati, nak je share semua gambar. Tapi takpe lah. Macam melampau sangat pulak Hehe. Senang2 follow lah insta @nrhzm. Hee. Sempat lagi promote.

So, sampai sini dulu. Jumpa lagi.





13 October 2014

Ujian Ketajaman Penglihatan

Assalamualaikum.

Hey guys. So today I wanna share a game with you. Let us play together ya.




Haaa. Intro bajet speaking kau. Sebelum kelaut, jom cakap malay. Hihi. Jom test korang punya ketajaman pancaindera. Menarik kot game ni. Bukan game sebenarnya. Lebih kepada test mata sendiri.

Klik link bawah ni :

http://106.186.25.143/kuku-kube/en-3/

Then click start button and enjoy !

Lepas tu tengok lah berapa score yang korang dapat. Mine is 30. Hihi. Actually kawan yang share game ni kat whatsapp group. Mesti dah ramai yang try. Saje je kongsi kat blog sebab dah takda modal sangat dah nak update. Hahaha.

So, mengikut yang kawan aku share,

Mata burung : 31
Mata biasa : 21-30
Penglihatan lemah : 15-20
Semoga mata cepat sembuh, haha : 10-14

Ye ke dia punya rank ni. Hahaha, suka hati je. That's okay. Just for fun. :) Enjoy.

Bye.

10 October 2014

Budak Bandar Balik Kampung

Assalamualaikum.

Hey guys. Buat masa sekarang, idea nak update blog memang langsung takda. Tak macam dulu. Hari2 update. Hari ni update, hari ni jugak fikir entri apa lagi nak kongsi esoknya. Sekarang ? Zero.

Yeahh. Sekarang ni kehidupan tak berapa nak stabil lagi. Hahaha. Alasan semata mata. Cuti dah nak habis. Rasa baru semalam raya. Kerja berlambak lagi tak siap. Stress.

So whatever. Yang bestnya dapat sambut hari raya Aidiladha kat kampung satu family. Kakak2 semua balik. Plus ada anak saudara yang comel sangat. Macam Mak Sue dia ni. Hihi. Oke. Perasan je lebih.




Sebenarnya nak cerita pasal anak saudara dua orang yang suka sangat balik kampung. Selalu kalau call mesti cakap nak balik kampung, nak balik kampung. Maklum lah raya puasa hari tu tak balik. Sunyi je aku raya tau. Yang baju biru 2 orang tu anak saudara aku. 


Tengah excited bagi kambing makan. Yang ni kat rumah sepupu. Kat bandar mana nak nampak semua ni. Tambah pulak kakak aku duduk rumah flat tengah2 bandar kat KLCC tu. Hahaa. Tengok bangunan je la kiri kanan.



Kalau kat rumah ada arnab, ayam, kucing, semua budak dua orang tu nak main. Hari2 main tanah. Main air. Stress jugak kadang2. Nakal. Tapi bila takda, sunyi sangat. Biasa la kan budak2. Now, dorang dah balik KL. Sunyi balik la rumah ni. Tambah aku ni anak bongsu. Adik pun takda. Memang bosan sangat.

Setahun sekali je dapat jumpa anak buah kesayangan. Oke. Sampai sini. Sekian.



6 October 2014

Sesi Jawab Komen

Assalamualaikum.

Hey guys. Dah seminggu tak update blog. Huarghh. Stress sangat. Banyak masalah dan busy. Yer busy sangat. So, di kesempatan ini, aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha.

Minggu lepas memang busy sangat2. Dengan kelasnya, dengan report yang nak kena hantar. Kena jumpa lecturer. Ada program setiap malam. Ada meeting. Haaa macam2 lah. Dan sekarang aku kat rumah, cuti seminggu. Tu pun kerja banyak. Nak kena submit sebelum habis cuti. Habis cuti je terus quiz, test bagai. So, cuti ni kena la study. HA HA HA.

Ada komen yang dah lama daripada kakak2 yang selalu singgah blog aku. So. entri ni dibuat khas, sebab nak jawab komen2 tu.



Kak Ana pun tukar url blog juga yer. Mintak maaf sangat sebab Iz tak tahu pasal bloglist tu. Iz punya oke je bila tukar. Yang lama memang dah out. Maybe boleh google, mesti ada solutionnya.

Oke. Yang ni kelakar. Takpe la Kak Nana. Kita mesti pentingkan blog kita je. HAHAHA. Dan Iz dah sihat, dah tak sakit. Yes ! Memang dah cukup bersabar dngan bloglist tu. T_T

Yup. Iz guna simple template. Actually, Iz dah lama tak edit blog. Dah lama tak main dengan coding tu. Kalau ada pun sebab nak masukkan ads, then tukar header. Tu je. Kak Nana jangan putus asa. Kadang2 blogger.com ni ada masalah dia sendiri. Try edit lagi lain kali ye.

Takda apa pun sebenarnya. Blog Iz yang masalah. So, akak jaga blog akak baik2. Jangan bagi ada masalah. Hahaha. Selagi akak tak tukar url, bloglist tu stay je kat situ. Hehe.

Elok sangat lah. Teringin jugak nak ada domain sendiri. Tapi tak faham sangat lah pasal benda tu. Ada bayaran kan ?

Yup. Memang senang je nak tukar. Pageviews tu agak la banyak. Tapi takda la sampai beribu pun dalam sehari. Nak banyak pun bukan senang. Bertahun kot blogging. Maklum lah tak pemes. Tetibe. 

What ! Betul ke pageviews start dari zero ? Oh no ! Kenapa akak tak bagitahu awal2. Sobs sobs. Sedih sangat. Domain tu akak tolong bagi penerangan dulu lah. Kasi Iz faham. Hahaha.

Tak pernah orang jawab komen macam aku buat ni. Hahaa. First, sebab takda modal nak update entri baru. Second. malas nak bukak komen, nak balas kat situ, tak pun nak kena singgah blog akak2, tak sempat. So, sampai sini. Sekian.