31 December 2013

Me and 2014

..Assalamualaikum..


Hey there. Hari ni aku rasa last blogpost untuk tahun ni. Heh. Dah memang hari ni last pun kan. Yeahh. Good bye 2013. Tahun di mana paling bermakna buat aku bila dapat menjejakkan kaki ke universiti. Ecehh. So, just nak bagi tahu lah, cuti aku pun dah nak habis, Sabtu ni dah nak balik Selangor dan aku tak pasti lagi bila boleh sambung update. Maybe bulan April nanti sebab dah takda cuti. Mohon mengerti dan merinduiku. Mwahaha :p



So, untuk tahun 2014 ni, aku berharap dapat merasa pakai phone baru. Phone yang aku guna masih elok cuma speaker je yang tak berapa nak oke. Duit takda. So, aku akan jimat la untuk sem ni, dan mana tahu kalau ada baki elaun lebih, boleh beli handphone. Heheh. Kasut baru, teringin jugak. Sebab kasut ada satu je pakai pergi kelas. Sekali hujan. Hmm. Dah basah. InshaAllah yang tu next week aku beli. 



January ni macam2 tarikh penting untuk aku. Paling penting Test 1 lah. Doakan aku baik2 sahaja. Hehe. Dan majoriti family aku birthday semua bulan Jan. Sepatutnya aku boleh buat banyak blogpost tapi kerana kekangan yang tak dapat dielakkan. Aku kena belajar. Bila dah hadap laptop ni, nanti buang masa. Tak gitu ?



February. Nothing to say. Just focus to study. March, another test again. Wish me luck guys.



March 2014 juga aku akan menduduki peperiksaan akhir. My birthday too. Mesti takda yang ingat punya. Dah la jatuh hari weekend. Haha. So my birthday, lets sleep bebeyh.



Nah. Nak kasi korang semua ingat birthday aku. Mwahahaha. Maka genaplah usiaku 19 tahun. Dah besar dah aku tapi slim maintain 40kg. Tinggi 156cm. Tak layak derma darah. Tetibe.



April yang di nanti2. Maka berakhirlah pengajian aku selama setahun Foundation in Science. Then lepas tu sambung degree. Perghh. Muda lagi aku. Kah3. InshaAllah dengan izin-Nya.

Jumpa lagi.
Thank you !


28 December 2013

Straw Holder

..Assalamualaikum..

Hey there. Today nak share something yang aku baru tahu. Ya. Baru mengetahuinya setelah kurang lebih lagi 2 bulan setengah  nak masuk 19 tahun. Dah boleh kawin daa. Huahua :3

Oke. Cerita dia, malam semalam sebelum tidur, aku macam biasa lah kan scroll twitter. Macam takdak kerja --" Then, ternampak la satu tweet ni. Tweetnya macam kat bawah ni



Gelak sorang2 aku tengok benda ni. Sebab aku memang tak pernah buat pun sebelum ni. Kan bila masukkan straw dalam air tin ni, straw tu akan naik balik. Hehehe. Now, I know it ! Boleh laa layan video bawah ni ;)



Have fun !
Thank you.

25 December 2013

Thank You Sale !





Hey there people ! You know what, I'm already 18 and there is a person in my life who I admire most. She is such an amazing person and I really grateful of having her in my life. Her name is Miss Syana. She's my bestfriend since we're in highschool. The short relationship between us in school really meaningful for me. Until now, she always be next to me whenever I need someone to share something. She know everythings about me and always give me some advice. Eventhough tears come out from my eyes, I will tell her. She comforts me and I hope this friendship will never end.

Both of us have same hobbies. We love to shopping. We always spend time together especially when there are some sale in mall. Weehuu. We love it ! Everytime we hang out, of course we will take some pictures using our smartphones. 1,2,3 say cheese and smile. Then, upload it on instagram ! Go and check up our pictures on >instagram< !

I remember when her smartphone did not function well. She ask my opinion. She wanted to buy a new tablet. Then, I saw an online advertisement about Year End Sale at a shopping mall near our hometown. We decide to go there and finally she bought the awesome tablet by Samsung. Because of the Year End Sale, the price of the tablet is so affordable.

And of course, a little bit jealous because I want it too ! But I'm grateful because I still can online my Twitter, Whatsapp and Instagram anytime and everywhere 'cause I'm using Digi Internet ! As a university student, the Whatsapp Internet Package by Digi is affordable for me. As it only RM5 for 5 days. It's much better than my previous internet plan.

Thank you sale ! Oh, before I forget about it, Digi had an end year promotion. It was Digi Thank You Sale. Digi has promoted some offers. Please grab this opportunity to win such an amazing prizes ! Dream on Sony Xperia Z, Sony Xperia C ? Get it for free ! Weehuu. Last but not least, Digi now is giving away 2 Samsung Galaxy S4 smartphones and I HTC One Smartphone.

For more information, come and visit this web ! Click >here<. See you soon ! Thank you.

22 December 2013

The First Three Words Describe Yourself

..Assalamualaikum..

Hey there readers. Long time tak update blog. Rindunya nak macam dulu. Rindunya nak aktif balik. Warghhhh >_< Memandangkan sekarang ni mid term break, ( 2 weeks je pun ) so, nak blogging puas2. Ecehh. Act, banyak homework nak kena siapkan. If ada masa, boleh la update.

Oke. Oke. Entry hari ni simple je. The first three words best describe yourself. I dah try. I got cheerful, funny and special. Hehee :D


Eh, jangan lupa komen tau. Muahahaha :p
Sekian. Love ya :)

14 November 2013

Cinta Tiga Rasa

..Assalamualaikum..



Hey guys. Cuti semester berbaki lagi 10 hari. Dah tak sabar nak sambung belajar. Nak cepat2 habis. Tapi nanti dah tak sempat la nak blogging. I'm sorry. >_< Jangan rindu2 tau nanti :p InshaAllah akan diupdate kalau ada kelapangan masa. Kalau takda jumpa lagi la bulan empat tahun depan. :D

Hari ni nak buat review sebuah novel. Cinta Tiga Rasa. Bukanlah novel cinta sebenarnya. Novel ni lebih kepada tarbiah rohani. Untuk hati kita. Kadang2 hati pun kena edit juga. Jangan tahu edit gambar je bagi cantik. Hehe.

Novel ini hasil karya Noraslina Jusin. Beliau banyak menghasilkan karya yang mempunyai nilai2 tarbiah terutama untuk kaum wanita. Kepada yang berminat boleh la melayari sendiri blog penulis ini. ummuhusna99.blogspot.com

Novel ni memberi teladan mengenai kehidupan rumah tangga. Sesuai la kepada yang dah mendirikan rumah tangga. Yang belum macam aku ni pun sesuai jugak. Hehe. Tambah pengetahuan. 

Buku ni dah lama aku beli sebenarnya. Sebelum masuk universiti Jun lalu. Tapi tak sempat habiskan lagi. Ambil kesempatan masa cuti sem ni baru nak review sikit. So, kepada yang berminat boleh la try baca.


..Sekian..



10 November 2013

Pantai Bukit Keluang

..Assalamualaikum..

Hey guys. Cuti sem berbaki kurang lebih 2 minggu je lagi. Cepatnya masa berlalu. Dah nak masuk semester 2. Semester terakhir kat asasi UiTM Puncak Alam. Rasanya nak je cepat2 habis. Mwhehehe :p 

Hari Rabu lepas, aku hang out dengan kawan2 sekolah menengah dulu2. Memandangkan kitaorang semua tengah cuti sem sekarang ni. Tapi ada je kawan aku yang tak cuti. Tak cukup geng la. Tapi pape pun kami tetap enjoy menghabiskan masa bersama. Hihi :p

So now aku nak promote sikit. Sesape yang tak pernah datang melawat Terengganu lagi, boleh lah berbuat demikian. Banyak pantai2 menarik termasuklah Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Tak rugi datang sini, nanti hang pa semua boleh pergi bercuti di Pulau Perhentian. Sangat dekat. Aku dulu naik kayak je p Pulau Perhentian. 4 jam engko. Hangus muka den. :p

Naik bot dari jeti kejap je, dalam 15 minit. Aku yang dah 18 tahun kat Besut ni, sekali je pun pergi sana. Hahaha. Oke. Tadi nak cakap pasal pantai dan kelaut sampai pulau --" Tu je lah nak cakap. Layan gambar....... Jap, gambar aku dan kawan2. Berlatar belakangkan pantai. Kalau nak tengok pantai tu betul2, pergi Google sana. Hihi :p




Cuba teka yang mana saya ? :p


That's my bff. Buat mata juling. Kau boleh buat ? :3



Pulau kat belakang tu bukan Pulau Perhentian. Pulau tu takda orang. Hantu ramai. Hehe. Lupa lah nama dia. Pulau Rhu rasanya. :D Aku tak pernah singgah :p


Yang kat belakang tu la se-benar2 nya Bukit Keluang. Aku pernah panjat sekali masa form 5. Ada kem. Sumpah letih hoiii. Tapi kat puncak tu memang awesome lahh. Subhanallah bila tengok laut dari tempat tinggi. Cantik sangat !


Yang baju kuning ni saya. Ehehehe :p Sila menyampah bila aku pakai spec. Macam makcik :p Ni pun kawasan sekitar Bukit Keluang. Cantik kan ? :D

..SEKIAN..




8 November 2013

Types Of Facebook Friends

..Assalamualaikum..



Hey heyy. So today I'm going to tell about my facebook friends. "Friends" ? Ya friends. Did they know what is actually friends ? Most of "Facebook friends" are haters instead. Mwhehehe :p

Firstly, THE FLOODER. I think they live in Facebook. They on their way to coming up with the best status everyday. Thanks to them. So, I will get no bored when I scroll up and down my page. :D

Secondly, THE RANTER. Uses facebook as a shoutbox. They share every issues that happened in their life. From the smaller one to the biggest. Thanks to Facebook. So everyone's now updated with the drama :3

Next, THE KEEKER. The may not even update their status. Never 'like' or leave a 'comment'. But then at school or office. They spread other status. Talking about it. Oh, this one is just like 'gossiper'. And I hate people like this !

Second last, THE CAM-WHORE. Everywhere. They bring along their phone and snap every picture that they do. In fact, they flood the timeline with pictures of himself/herself. Okay. Let we just 'boo!' this. Rarely is okay to me but if everytime I scroll my Facebook, her face or his face everywhere. Feeling like shit. I will give an excused if they are 'retis' instead. :p

Last but not least, THE TRUE FRIENDS. This is the reason why I have sign up for facebook. Yes. Of course. We have the real friends in our life. So now, do you think that the name of "FRIEND" should be "FRIEND" ? If you understand what I mean...... I think out of my 3056 Facebook friends, only 28 friends that really I know in real life. Hehe :p

See you again :)

1 November 2013

Semester One : Final Result

..Assalamualaikum..


Hi guys. You know what, last night my final result for semester one was released. I felt very happy. Got such a flying colour result. Oh yes. I lied. Actually I just a little bit dissapointed with myself. Pretending to be oh so excited by the moment. I can't sleep the whole night. I cried. Don't know how to face with my parents. They put all their trust on me and what did I do ? Oh. So embarrassing you know.

Not too bad actually. But, hmm. Don't know how to say. Maybe I didn't do well in my exam or maybe my carrymarks, erghhhh just like !@#$%^&* .I opened my email and this is the result.......



No need to know my GPA. I hate Biology. I already do my best. This is what I get. But, nevermind. Allah's plan is the best. He knows what is better for me. Or maybe I need to set my heart, do everything good thing with the sake of Allah. Everything will be just fine. Please ignored my grammar mistakes. I'm not good actually. Got only B- for English. :')

Thank you. :)




31 October 2013

Al- Ikhlas







29 October 2013

Paramore Trending

..Assalamualaikum..

Hai korang ! Baru je selesai MUET speaking test kat SMK Tengku Mahmud. Fuhh. Lega. Nasib baik soalan tak susah sangat. Hihi. Tadi kan groupmate semua budak UiTM Puncak Alam. Terkejut la jugak. Tak sangka satu universiti. Haha. Tapi tak pernah jumpa pun diorang kat U. Hehe :p

Oke. Tutup cerita MUET. Nak cakap pasal Paramore. Hihi. Semalam tengah practice speaking. Online cari tips2. Lepas tu on Twitter. Tengok trend. And you know what, Paramore trending. Whoaaa. Excited gila time tu sebab trending dia macam ni #WEWANTPARAMOREINKL2014 .Tahu tak yang aku ni minat gila gila gila gila gila kat band ni. Seriously. I dont know why. Sejak 2008 aku dah minat. First time dengar lagu Thats What You Get kat astro Hitz. Hee :D

Dan sampai sekarang, satu lagu pun aku tak pernah miss. Album semua aku tak beli. Haha. Mama marah. Ma tak suka aku minat lagu2 macam ni :( Aku pun tak tahu kenapa minat sangat. Dah minat biar je lah :p  Band ni dah dua kali datang Malaysia. 2010 and 2013. February lalu. Petang sebelum malam tengok trending tu, aku ubah twitter aku. Nak tengok tak ? Hehe


Terikut ikut. Mohon jauhi gejala mudah terpengaruh macam aku :p .Lagi satu perasan tak cursor kat blog ni dah bertukar. Ni semua Paramore. :p 

Nak merapu panjang2 pun malas jugak. Kalau sudi follow la kita kat Twitter @_nhaizam :) Sekian.


26 October 2013

The Time Of My Life

..Assalamualaikum..


Hi guys. Korang kena baca novel ni. Sesape yang minat je lah. Yang tak minat membaca, tak payah baca. Hehe. Macam aku lah. Tak minat sangat membaca, satu novel ni 2 bulan ambik masa nak habiskan --"

Dah lama beli ni, dah niat time cuti sem nak baca. Wehee :D Sedikit review pasal novel ni :)

Are you taking your life for granted ?

Lucy Silchester is. She's busied herself with other things: friends' lives, work issues, her deteriorating car, that kind of thing. But she's stuck in a rut - and deluding everyone. Only Lucy knows the real truth.

Time for a wake-up call - a meeting with life. And life turns out to be a kindly, rather run-down man in an old suit, who is determined to change things - and won't let Lucy off the hook.

Sometimes we all need to make time for our life....


Kalau korang nak tahu, penulis novel ni Cecelia Ahern agak famous dengan novel2 karya beliau yang best2 dan mendapat sambutan. Kalau nak ikuti perkembangan beliau boleh layari www.cecelia-ahern.com .Cehh. terpromote pula yer. Hihi :)

Another novel, P.S. I Love You, The Gift, If You Could See Me, A Placed Called Here, Thanks for the Memories, Where Rainbows End dan The Book of Tomorrow.



Cecelia Ahern

Thank you :)


22 October 2013

I Love Piano

.. Assalamualaikum..



Hai semua ! Doakan saya dapat speaking dengan lancar yer. Next week ada exam MUET. Speaking test. 29 Oct. Gabra jugak ni. Dah la tak practice pun lagi --" Oke. Now, rasa happy sangat sebab rasa kemanisan nak blogging ada balik. Ecehh. Kemanisan gettew. :p

Intro se-mata2. Hehe. I love piano ? Why ? Macam la pandai main piano. Haha. Sebenarnya tak tahu pun tapi just nak cakap aku suka tengok orang main piano. Suka dengar melodinya. Rasa tenang, nyaman, mengasyikkan. K merapu :p Dulu kan pernah ber-cita2 nak jadi pemain muzik. Maksudnya pandai main gitar, main piano. Semua2 lah. Pernah jugak angan2 nak jadi komposer. Kah2. Kelaut :p Tak payah nak angan2 sangat lah kan. Better fokus dalam bidang Science yang susah lagi senang ni. Dah la final exam macam !@#$%^&*. Berdoa je yang mampu sekarang ni T_T. 

Siapa kenal Z Qusyairi ? Aku sebenarnya dah jatuh hati kat dia. Aceewahh. Bukan suka kat dia lah. Just adore him. Suka tengok dia main piano. Aku kenal dia dalam youtube. Hehe. Selalu usha2 video dia. Ngeh2. Dan yang paling aku jatuh hati, jatuh dah tak nak bangkit ni, bila dengar piano cover lagu Takkan Terpisah. I dont know why but I love this song. Aku ni bukan yang layan jiwang, Im rock oke. Rock. Aku layan Paramore Linkin Park je. Hee :D Tapi bila dengar lagu Black ni, jatuh hati pula.

Dengarkan... Piano instrumental by Z Qusyairi :)


           

Z Qusyairi :) Kalau berminat boleh subscride. Sekian.

21 October 2013

Semester One

..Assalamualaikum..

Hey uolls ! Rindu saya tak ? Hehe. Dah lama tak update blog. Rasanya pembaca setia pun semua dah lari. Hihi. Hmm. Semua dah tahu kan, saya sibuk study. Kan dah jadi pelajar universiti. Ecehh. Bajet je semua dah tahu. So sekarang ni dah ada masa nak update blog sebab tengah cuti sem. Hee :D Kurang lebih tujuh minggu. Mohon jealous ya :p Sebenarnya cuti dah  lama start. Last paper hari tu 7 Oct. Dah 2 minggu la kot. Ni baru sempat nak update sebab dah malas. Bila dah tinggalkan dunia blog ni lama2, rasa malas pula yer :p

Oke lah. Tak nak merapu panjang2. Just nak share apa je yang aku buat selama 4 bulan, emm 4 bulan la kot sem satu. Sebelum ni dah pernah share pasal result Test 1 aku. Agak teruk la kan. Haha. Nak citer la ni pengalaman belajar kat U. Agak best la. Agak. Tapi yang tak bestnya belajar lajuuu wooo. Biasa lah. Dah nama pun setahun je asasi ni. Semua nak kena cover dalam jangka masa yang singkat. 

Selama aku kat UiTM Puncak Alam, semuanya indah2 belaka. Cehh. Yang tak indah bila aku kehilangan roomate yang baik sangat. Dia dah fly pergi Beijing. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tetibe :p Tak nak citer pasal Test 2, lebih kurang je dgn Test 1. Haha. Yang pasti aku tak suka Physics. >_<

Malas nak citer panjang2. Layan gambar aje lah yer...


Yang ni group kitaorang F5, pergi trip bersama mentor. Teratak Riverview, Tanjung Malim, Perak. :)


Cantik kan ? hee :p


Kitaorang ramai2 tidur dalam ni. Mula2 tu semua cakap macam kandang kambing. Haha. Tapi enjoy jugak. :D


Friendship :) 


Jambatan gantung. Ada yang tak berani nak naik. Haha. Aku dah biasa. Kat Lata Tembakah kat Besut ni pun ada. Cehh. Berlagak.


Gambar ni dah diedit. Tapi oke lah. Masa ni tengah jungle trekking. Best la jugak. Yang tak best. Ada pacat.


All my classmates with Miss Nissa. Our mentor :)


Yang ni time jungle trekking lah. Kena seberang sungai lah macam2. Tapi best lah. Bukan selalu pun. Hehe. Sebenarnya aku dah serik jungle trekking. Haha. Yang ni kali ketiga dalam hidup.



Budak2 laki kelas aku kononnya kacak2 belaka. Hahaha.


Last buat eksperimen Physics untuk sem satu. With Madam Julie yang cantik lagi garang. Hehe

Banyak lagi nak citer ni. Kalau bagi tahu semua tahun depan pun belum tentu habis. Hihi. Tu je lah kot. Aku pun dah malas nak menaip. Lapar. Nak p makan. :p

And the last.... Salam sayang dari saya dan KFC. Hahahaa 


..Sekian..


24 September 2013

You said you love me :')






you say you love the rain,

but you open your umbrella.


you say you love the sun,

but you find a shadow spot.


you say you love the wind,

but you close your windows.


this is why I am afraid,

you say that you love me too.


-William Shakespear

15 August 2013

Test 1 Result !

..Assalamualaikum..

*lupa dah nak intro macam mana* hehe. Hai korang ! I'm sorry sebab tak dapat nak blogwalking and balas komen. Nak ucap terima kasih kepada akak2 dan abang yang selalu jenguk blog aku ni. Rasanya yang selalu komen, mereka2 yang lebih tua dan sebaya, Adik2 tak da. :p

Entry kali ni aku just nak share something. Sesuatu yang sangat penting. Penting la kot. Penting bagi diri aku and my future. Korang semua already know yang aku tengah study asasi sains @ UiTM Puncak Alam. Nampak gaya aku menaip macam ramai readers. HAHA.

Sebelum raya, aku dah selesai Test 1. Test ni penting sebab markah akan dibawa sampai akhir sem. Carry mark. Keputusan aku tak da lah membanggakan sangat. Kecewa sedih bahagia semua ada. First nak bagitahu aku failed. GAGAL. Tapi satu paper je. Physics. Sedih sangat2 kot. Sebab aku dah study tapi still tak dapat. Physics aku just dapat 9/25. Terukk ! Chemistry, aku dapat 20.5/30. Oke la kan ? Mathematics 26.5/30. :) Agak membanggakan. Biology 26.5/40. 



Tu je kemampuan diri aku. Tapi lepas ni janji nak buat yang lebih baik. Tak nak gagal lagi. Share dekat blog ni lagi beri aku semangat nak belajar. Nak semua orang tahu yang aku pernah gagal. Nak semua orang tahu yang aku takkan gagal lagi. :)

Doakan saya berjaya :)

Always love <3


7 August 2013

Salam Aidilfitri

..Assalamualaikum..




Maka berakhirlah Ramadhan yang mulia pada tahun ni. Mesti semua busy dengan persiapan raya. Ada yang buat ketupat, rendang dan sebagainya. Aku ? Masih sempat mengupdate blog. Ngeh ngeh.

Biasanya malam raya, aku selalu main bunga api dengan anak saudara kesayangan. Tapi tahun ni, raya tak fun sangat sebab akak aku yang sulung tak balik raya kat kampung. Dia balik raya belah husband dia. Raya tetap raya. Aku bersyukur masih ada mak dan ayah. So, every year beraya sama2. :)

Untuk persiapan raya esok, mak aku masak soto ayam, tapai, satay ayam dan daging. Tu je kot. Biskut raya tu of course la ada. :p *Jemput la datang rumah ;)

Esok jangan lupa bangun pagi, mandi sunat hari raya dan semestinya solat sunat hari raya aidilfitri. Lepas tu bolehlah melantak sepuasnya. Hehe. Oh ya, jangan lupa iron baju awal2. Tahun ni, baju raya warna purple-brown :) My family every year masing2 pakai baju colour lain2. Ikut citarasa masing2. Tak da tema. Itulah kelainannya. Haha :p

Harapan aku untuk raya tahun ni, semoga dapat duit raya yang melimpah ruah. Haha. Aku tak da duit nak balik Puncak Alam ni oii. Raya ke-3 aku dah terpaksa meninggalkan kampung halaman. Kuala Besut, I'll miss you. :p Dan selama hampir seminggu bercuti ni, aku nak buat satu pengakuan. Sebenarnya, aku tak buka langsung buku. Dasar pemalas. Kawan aku cakap, "relax la. Cuti tu cuti je lah." Hehe. Bukan selalu pun. Setahun sekali je. Kan kan ? :p

Di kesempatan ini juga, aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua yang beragama Islam, yang berpuasa di bulan Ramadhan. Mohon ampun dan maaf andai selama perkenalan di alam maya ini, andai pernah menyakitkan hati, tersalah cakap dan kesalahan2 yang sengaja mahupun tidak sengaja. Maaf dipinta setulus hati. Maaf zahir dan batin.

Always love <3


Dia Sahabatku, Selamat Ulang Tahun

This entry special to my friend... Limited Edition.. Ngeh ngeh

..Assalamualaikum..




Selamat ulang tahun ke-18 buat sahabatku, Mimi ! I love you muahh muahh muahh. Haha. Minta penampor :p Kau tetap sahabatku, dahulu, sekarang dan akan datang. Selamanya tetap kawan. Walau ada jarak pemisah antara kita, ku tetap mengingatimu. Kah2. :p

Di kesempatan ini, aku nak doakan semoga kau panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam bidang yang diceburi. Aku takkan lupakan kau. No one can replace you in my heart... As a friend. Haha. Jangan duk pikir pelik2.

Sempena nak raya ni, nak ucap juga lah selamat hari raya aidilfitri. Mohon maaf andai selama perkenalan kita, ada tersalah cakap, terguris hati, tercubit lengan, tertampar kat muka, terpijak kasut, terambil pemadam dan sewaktu dengannya.

Rindu tahun 2012. Dalam kelas.... duduk sebelah2.... belajar sama2.... gelak sama2.... makan sama2.... Please bring me back the memories ! :'(



I love you. Bestie love forever :)

Always love...



5 August 2013

Kad Raya dari hanasays.com

..Assalamualaikum..

Kehadapan kepada semua pembaca blog saya, terima kasih kerana menyokong saya dari dulu sampai sekarang. Haha. Nak tergelak pula. Dah lama sangat tak update blog. Nak intro pun dah tak pandai.

Walaupun dah lama tak update, terharu sangat sebab masih ada yang singgah blog simple ni. Tak tahu nak cakap macam mana, tapi memang betul2 terharu. :')

Di kesempatan ini. saya nak ucap jutaan terima kasih kepada Kak Hana kerana telah memberi kad hari raya. Cantik sangat. Terima kasih akak ! Ingat lagi kat adik ni. Ngeh2.



Hee. Cantik kan ? Jangan jealous k. Haha :p .Gembira amat sangat ni, dah bertahun tahun tak dapat kad raya. Kesiann.

Saya sayang Kak Hana :) 

Always Love <3


14 July 2013

Please Understand Me



Kalau baik sangat, orang pijak kepala kita. Kalau jahat, orang tak suka kita. Kalau nak orang ikut cakap kau je, pergi duduk dalam gua sorang2 ! LOL

16 June 2013

I'm Weak ?

..Assalamualaikum..

Kalau kau tak suka, jangan baca. :)


Salam sayang buat semua pembaca setia blog sederhana milik si kecil comel yang tak berapa nak perasan sangat. Semenjak bermenjak menjak ni, aku tak dapat nak update blog. Tak dapat nak blogwalking. Tak dapat nak follow balik. Mohon maaf yang teramat sangat sebab aku betul2 tak ada masa. Ni pun aku curi2 update, walaupun bila pandang tepi, kerja masih banyak yang tak siap.

Ada je yang unfollow aku, maybe sebab aku lambat follow, or mereka memang tak suka blog aku. Lantak mereka la kan. Aku tak kisah ! :p Sekarang ni aku just nak bagi tau yang belajar ni memang susah. Susah oii. Bukan macam belajar abc zaman 1999. Masa tu aku masih tadika mungkin. Kadang2 aku rasa lemah, rasa tak kuat, rasa give up. Seriously !

Bila aku tengok housemate aku semua rajin2, study je memanjang. Aku pun punya perasaan. Of coz la aku jealous bila tengok semua orang study hard. Tapi aku tak mampu nak jadi macam tu. First, aku memang malas. Kena ikut mood. Time aku nak belajar, aku belajar la. Sesedap manggis je kan.

Setakat ni, aku tak berapa nak oke sangat belajar math, physics, chemist. Yang bab kira2, aku memang out. Tapi tak de lah aku blur 360 darjah. Aku masih lagi faham tapi otak aku ni lambat tangkap. Kalau nak kira2 tu, aku ambil masa lama. Nak2 kalau soalan tu high level. Kat sini semua students pandai2. SPM gempak2. Aku ni kira bernasib baik je.

Aku lemah ? Tak ! Aku tak lemah. Aku hanya malas. Ya, aku malas. Aku bukan tak pandai tapi aku malas. Perasaan tu yang buat aku jadi lemah. Arghh, berbelit pula ayat. :p

Entri kali ni hanya sekadar luahan hatiku. Hei, kalau kau tak suka, jangan baca. Kbye, nak sambung study balik. RAJIN !

Always Love,

12 June 2013

Wordless Wednesday




Kesian kat kite nak online selalu tak dapat. Entri cenggini je la dapat post. Hehe. Sekarang tengah lepak kat surau. Kes salah tengok jadual. Ingatkan kelas pukul 4 setengah. Rupanya 5 setengah. Kbye :p



7 June 2013

New Friends :)

Assalamualaikum..

Hai korang ? Rindu saya tak ? Hehe. K nyampah :p Dah lama tak update blog, rindu gila kot nak blogwalking tapi tak da masa. Hukhuk. Minggu ni memang busy gila dengan minggu orientasi aka MDS kat UiTM ni. Tapi sabor je la :p Tapi sekarang dah happy sebab semua dah berakhir. 

Perasaan dapat masuk universiti ni memang tak dapat digambarkan dengan kata2. Terlalu gembira. Gembira yang amat sangat. Rasa dah tak sabar nak start kuliah Isnin depan. Wehuu :) 

Oke, dah masuk UiTM ni, of coz la ada kawan baru. My roomate is very cutie sweety :) Comel ayu sangat. Dan dia pun dari Terengganu jugak. So, sama la ! Satu negeri. :) Yang bestnya lagi, ada 2 orang housemate tu dari Besut. Yeay ! Sama lagi. Anak cikgu sekolah aku lagi. Hehe.

Dan aku rasa tak nak nangis sebab ramai kawan2 satu negeri. Tambah pulak my bff yang boy tu pun ada sekali. Tadi kan kami dinner sama2. Hekhek. Mohon kekasih hati tak jealous. :p Tak da  la berdua. Ramai2. Sweet gittew.

Tu je la kot nak citer. Layan gambor k. :p


Yang kiri tu roomate aku. Nama dia Yana. Cantik kan ? Yang tudung biru tu aku. Hehe.


Again :) Time MDS pun sempat lagi posing sepukul. Haha :p


Dari kiri, aku, Yana and Mira. :)

Oke dah. Kbye :p

Always Love,