Assalamualaikum..
Hi there ! Dah lama tak blogging. Rindu saya tak ? 2 3 hari ni sibuk sikit. Nak jenguk blog kawan2 pun tak sempat. Tambah pula dengan tenet yang slow. Hari ni nak luah perasaan kat blog ni. Jarang saya luah perasaan, tapi hari ni memang kena tulis jugak kat sini sebab memang hati ni dah bengkak sangat. Sakit !
Semalam, gaduh dengan mama. Hurm3, entah kenapa la. Saya memang hot tempered. I know that. Tapi tak da niat pun nak kurang ajar ke nak lawan ke. Sikit pun tak ada. Ma, tolong lah faham. Saya sakit. Sakit. Migrain. Terlalu sakit. Ubat dah habis. Tapi tak nak sambung ubat lagi. Saya dah penat makan ubat. Please understand me.
Semalam lagi, bila dah sakit, faham2 lah. Need someone. Nak share masalah. Tapi bila text kawan2, macam layan tak layan je. Oke fine. Better saya tunggu si dia text saya. Tunggu dan tunggu sampai tertidur. Bangun dalam pukul 3 setengah pagi. Tengok fon, tak de text. Sedih. Dengan nada marah sebenarnya, saya taip sms. Terus sent. 3 minit lepas tu dia balas. Dia cakap dia sibuk. Oke, saya pun balas.
Saya : Oke. Sibuk ea ? Saya pun sibuk jugak. So, tak payah la balas text saya. Saya pun dah malas nak text awak. ( mood bengang )
Dia :Ow, oke2. Kalau macam tu awak nak, saya terima je.
Saya : Oke. Fine.
Dia : Semoga awak bahagia and jumpa orang yang lebih baik and lebih prihatin daripada saya.
Damn ! Sakitnya hati saya. Sampainya hati awak. Kalau saya tahu jadi macam ni, saya tak text awak. Saya menyesal. Saya rela tak berhubung dengan awak. Tapi jangan buat saya macam ni. Argh ! Bodoh bodoh bodoh.
Lepas tu saya balas lagi....
Saya : Macam tu je sayang awak kat saya ? Ke selama ni awak pura2 je ? Bodohnya saya.
Dia : Awak, kalau saya pura2, dah lama saya permainkan awak, cuma satu je awak kena faham. Saya tak boleh lebihkan awak daripada agama. Saya sayang awak, di samping tu jugak saya nak tengok agama ni bangkit and berada di tempat yang paling tinggi. Walaupun awak tahu, saya ni masih jahat, saya nak berubah. Nak berjuang. Nak syahid.
Macam biasa. Saya speechless lagi. Tapi tak pe lah. Saya sedar saya tak layak untuk dia. Saya pun dah letih. Kalau boleh, saya nak sangat remove perasaan saya kat dia. Dia terlalu baik untuk saya. Terlalu sempurna.
Saya kuat ! Saya mesti mampu lupakan dia. Dia pun dah nak pergi oversea. Oke. Jalan terbaik untuk kami adalah berpisah. Hati, berhentilah mengingati dia. I'm sure, dia takkan baca entri ni. Walaupun dia tahu saya ada blog, sekadar tahu. Tak pernah baca. :) Saya pun tak nak dia baca.
Kepada kawan2 saya yang baca entri ni, tolong jangan tanya saya apa2. Saya tak tahu nak jawab apa. Yang pasti, saya dan dia dah tak ada apa2. Tipu la kalau saya tak sedih. Kalau masa boleh putar balik, saya takkan sent sms kat dia. Tapi benda dah nak jadi.
Rasa nak retired je dari blogging. Facebook dah deactive. Rasa down gila.
Sekian..
Aein kne kuat2..memang sakit kalau org wt mcm tuh..mungkin ada hop lbih baek ag yang tunggu aein d msa hp akn datang..sabar erk :'( saya paham perasaan awak walau pom sy tak penah kawan dengan awak..be strong awak :).ikhlas
ReplyDeleteadik, sabar ya :)
ReplyDeleteakak pun sama dengan adik.. akak suka someone, and dia pun tahu tapi kami tak couple.. mesej pun kadang2.. tapi one day, hati akak tak tenang lepas baca buku Cinta High Class karya Ustazah Fatimah Syarha dan husband beliau..
banyak perkara yg akak fikir.. tak lama lepas tu akak mesej dia, akak kata dah tak nak mesej dia apa2 lepas ni..
akak tak nak terus tarik dia ngan dosa.. I mean, akak takut sbb selalu teringatkan dia akn buat akak lupa Dia yg mengurniakan rasa cinta pada kita.. akak cuma nak hati2 :) akak takut akak lalai..
next year insya-Allah dia akan ke NZ.. akak taknak ganggu dia gapai impian dia.. akak kata, kalau betul kami ada jodoh, insya-Allah jumpa balik even benua berlainan.. kalau Allah tetapkan orang lain sbg jodoh kami, jodoh tu takkan ada even kami duduk dalam satu daerah yg sama sekalipun..
sekarang, akak cuba ubah diri untuk jadi seorang isteri dan ibu yg baik one fine day.. untuk bakal suami akak yg akak taktau siapa sebenarnya..
kalau Aein betul2 harapkan dia, doa dia dr jauh.. ada hikmah kenapa Dia gerakkan hati Aein untuk mesej si dia semalam..
jangan sedih ya :) have faith
p/s : panjang lak akak komen.. hehe
@nur hidayah Thanks Dayah :)
ReplyDelete@Haruno Hana 하나 Kak Hana, thanks bagi nasihat. Ye, pasti ada hikmah kenapa sy text dia semlm. :')
ReplyDeleteTersentuh hati baca entri awak ni ='(
ReplyDelete@Nabeel Fikree :)
ReplyDeleteKemom sis, be strong.. Ada hikmah setiap kejadian tu.. Fight aein fight ..
ReplyDelete@Nuramirah Jaafar Thanks Mirah comel. Mu la saen aku, syg mu ketat2. Hihi
ReplyDeletetak mahu l sedih2.. huhu
ReplyDeletetengok video comel ni..
nanti kita komen lagi.. PEACE.. :)
Bismillah..hehe..
ReplyDeleteni based on my experience..sikit ja la..tak banyak.. :)
1. hehe..tak nak sentuh bab mak.sebab akak percaya Aien budak baik + comel lote .. ^^
2. nampak macam teruk juga ya kes migrain..dugaan tu..sakit tu ujian..penghapus dosa juga.. :)
3. kita pun pernah alami mcm kes ain..kita ada masalah..cari kawan tapi tak ada yang sudi..mungkin diaorang sibuk (*saja nak sedapkan hati masa tu..)pastu mesej si dia..pun macam tak ada respons..geram juga mula2...kita bila dah ada masalah mmg kita akan cari orang2 yang rapat,si dia..tapi kita tak terlintas nak ingat Dia.. huhu (*akak pun perngai macam ini juag dlu2..huhu)..
kalau jalan terbaiknya bpisah,kita kena redha.. belum tentu dia jodoh kita..cukup lah kita pernah bersama dia dan jadi pengajaran..lagipun dia nak ke oversea..capai cita2 dia.. kalau kita sygkan dia lepaskan dia..huhu..cuma doa saja penghubunga korang.. macam yg hana kata tu..hehe
@Nana Liena Thanks akak. Yela, kadang2 kita lupa. Kita ada DIA. Bukan dia tu. Lepas ni tak nak jd bodoh lagi. :)
ReplyDeleteVideo apa ?
@Norhaizam Mustaffa haha..alamak..terlupa nak letak link..hehe nah http://www.menulismenconteng.my/2013/05/comel-gila-kucing-minta-di-belai.html
ReplyDeleteapa2pun tak mo sedih2..hehe.. :) chill..ramai support sebenarnya
@Nana Liena Tenet slow. Nanti nak tengok. Hee, yela, ramai support. Terharu :')
ReplyDeleteAssalamualaikum, awk bnyakkn bersabar ye, jgan down sgt, ada hikmah d'sebalik 2, kalau hubungan kita dengan orang lain xelok, baikilah hubangan kita dengan ALLAH. InshaALLAH sume positif nanti..nsihat sy jgnlah retired dr blogging..sy jmpe rmai kwan yg ohsem dr blogging ni :)
ReplyDelete@S.K.A Thanks sangat2. Kalau ramai blogger bagi support macam ni, rasa tak nak juga stop blogging. Hee =D
ReplyDeletekuatkan smngat ya. .ALLAH slalu ada. . :)
ReplyDelete@❤ Si Budak Vanilla ❤ Thanks =D
ReplyDeleteaein, jangan la benti dari blogging taw. and setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. saya pun pernah kecewa juga. sekarang ni macam tak de hati dah kat sesapa. saya harap aein kuat dan tabah harungi dugaan dalam hidup. sabar ya. banyak berdoa^^
ReplyDelete*aein mesti kuat^^
@Alia Erfani Thanks Alia bagi kita semangat. Sayang awak =D
ReplyDeletekalau sudi, akak nak Aein baca entri ni :) jangan sedih ya?
ReplyDeletehttp://www.hanasays.com/2013/05/425ai-no-kotoba-for-girls-dia-untukku.html