27 July 2014

Bulan


Kalau aku mampu ke bulan
Ku bina istana di atas sana
Tiada lagi peperangan
Tiada darjat jadi ukuran

Kalau aku bisa ke bulan
Ku bisa melihat kebenaran
Tanpa ada yang menyesatkan
Di antara cahaya dan kegelapan

Namun bila aku mampu ke bulan
Ku kan reput keseorangan
Tiada udara yang diperlukan
Menjadi mitos terjulang

Kalau aku mampu ke bulan
Ku kan tinggalkan semua kekalutan
Tiada lagi yang meresahkan
Tiada gusar racun fikiran

Kalau aku mampu ke bulan
Akan ku lukiskan perasaan
Agar dunia buat pedoman
Akhiri pergolakan dan kezaliman.


Hai guys ! Yang atas tu lirik lagu sebenarnya. Just love the lyrics. Hee. Esok dah raya, mesti semua sibuk uruskan persiapan raya. Iz pun sama. Banyak benda nak kena buat ni. Curi masa jap update blog. Malas sangat nak update sebenarnya sebab BLOG TAK UPDATE DALAM BLOGLIST walaupun Iz sebenarnya dah update. Kadang2 tu sehari baru oke balik. Masalah betul.

Whatever. Hahaa.

Oke. Salam Aidilfitri buat kawan2 blogger semua. Mohon maaf dipinta. Salam kosong kosong. :D

Sekian.

23 July 2014

Jus Nanas Special

Assalamualaaikum and Hi !

Hey guys. Raya tinggal lagi berapa hari je. Mesti semua dah excited. Iz pun excited jugak. Raya setahun sekali je kan, so bergembiralah. Heheh. Tapi tak seteruja tahun2 lepas, tahun ni kakak2 Iz tak balik kampung. Mereka takde cuti. Sedihnya. :(

Oke. Rasanya dah lama tak update pasal makanan. Haha. Makan je tahu. Kalau korang nak tahu, ibu Iz suka berkebun. Biasa lah bila umur dah meningkat, mana boleh duduk diam. Anaknya pemalas sangat. Haha. Macam2 lah yang ibu tanam. Antaranya,




Tadaa ! Pokok nanas. Ni sikit je. Ada lagi banyak. Bulan puasa ni makan nanas je. Haha. So, nanas dah ada, Iz ada buat jus nanas special punya.



Ni dia jus nanas sendiri buat memang sesuai untuk berbuka puasa. Iz tak pandai nak dressing2, so letak nanas je kat atas tu. Hahaha. Cara nak buat jus nanas ni simple je.

  1. Potong nanas dalam bentuk kiub.
  2. Masukkan air dalam periuk, masukkan nanas yang dah dipotong.
  3. Masukkan sehelai daun pandan dan sedikit pewarna oren.
  4. Masukkan gula.
  5. Masak atas dapur.

Macam tu je. Heheh. Gula tu ikut suka nak letak banyak mana. Ikut kuantiti nanas yang digunakan. Bila dah masak, sejukkan kejap then tuang dalam gelas dan letak ais. Nak tambah extra kesedapan, boleh blend nanas dan tuang atas jus tadi. Perghh memang best lah. Boleh juga letak nata de coco for extra topping.

Jangan lupa cuba tau. :)




21 July 2014

Menang GA #2 Mellya and Iola Giveaway Bonanza Supported By Buttons & Cuteness

Assalamualaikum and Hi !

Hey guys. Iz ada berita gembira. Iz menang giveaway lagi. Yay heyy. Alhamdulillah. Ni dah kali keberapa menang giveaway. Sebelum ni dah pernah menang topup, kupon, handkerchief dan kali ni Iz menang keychain Instagram dan voucher diskaun dari Buttons & Cuteness.


Saje je kasi tunjuk envelope. Haha. Dah terkena air hujan. Sobs sobs. Tapi kat dalam masih oke.



Tadaa ! Ni dia hadiah saguhati, keychain instagram dan voucher diskaun. Iz join GA guna blog lagi satu. Blog khas untuk GA sahaja. Memang banyak jugak lah GA yang Iz join. Lagi pun bosan tak tahu nak buat apa.

Iz sangat berterima kasih kepada blogger Iola Caviar dan Mellya. Jangan lupa singgah blog mereka tau dan jutaan terima kasih kepada Buttons and Cuteness. Kalau korang nak tahu, Buttons and Cuteness ada menjual pelbagai barangan seperti dress, handbag, button brooch, baju melayu, accessories, handicrafts dan lain2 lagi. Elok sangat lah untuk korang yang belum shopping untuk Hari Raya, boleh jenguk2 page Buttons and Cuteness. 


Sampai sini saja. Jumpa lagi. :D


20 July 2014

Ulang Tahun ke-58

Assalamualaikum and Hi !

Hari ni 20 July 2014. Selamat ulang tahun ke-58 buat ibu tercinta. Iz takda hadiah special pun nak bagi kat ibu. Cuti 4 bulan ni Iz makan tidur je. Hahaa. Takde duit. So, Iz buat kad ucapan je.


Front

Tadaa. Ni dia kad ucapan birthday ibu. Simple je tapi ambil masa jugak nak siapkan. First, nak buat heart kat tengah tu. Iz guna majalah lama je. Koyak2 carik2 kan paper majalah. Hehe. Lepas tu guna paint marker warna pink. Lama gila nak keluar dia punya ink sebab lama sangat tak guna. Penat shake2.

Kepada ibu tersayang, semoga Allah berikan kesihatan untuk terus beribadat kepada-Nya, izinkan Iz membalas jasa ibu dan jaga ibu.


Yang ni bahagian belakang kad, ucapan ringkas untuk ibu. Oke. Sampai sini dulu. Iz nak sambung tengok tv. My love from the star. Hee.

Sekian.


16 July 2014

Onde Onde Special

Assalamualaikum and Hi !

Hey guys. Bertemu kembali kita pada hari ini dalam segmen sembang merapu. Hehehe. Just joking. Kita dah pun masuk fasa pertengahan bulan Ramadan. So berbalik kepada mission aku yang kononnya nak belajar masak dalam bulan puasa ni, apa je yang aku masak. HA HA HA.



#ShareRamadan

Tadaa ! Aku belajar masak onde onde or ondeh ondeh or buah melaka. Since my mum suka sangat makan makanan yang manis2 and lebih kepada traditional food, tak salah rasanya aku belajar masak kuih ni. Nanti kalau Ibu nak makan, adik boleh buatkan. Yeah. Adik. Anak bongsu la katakan.

So here aku nak share resepi cara nak masak kuih onde onde ni. Resepi ni daripada Ibu tercinta.

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung beras pulut
  • 2 sudu tepung gandum
  • Sedikit pewarna (Hijau)
  • Sedikit garam
  • Sedikit air kapur masakan
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit air
  • Gula melaka
  • Kelapa parut
Cara nak masak, first daun pandan tu blend bersama air sebab nak dapatkan warna hijau. Kalau taknak boleh guna pewarna je. Then semua bahan2 kat atas kecuali kelapa parut dan gula melaka, gaulkan bersama sehingga campuran tu jadi doh. Bila dah sebati bersama, boleh la mula bentukkan mereka jadi bulat2 kecil. Then jangan lupa masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil. Masukkan ke dalam bulat2 tadi.

Sementara tu, didihkan air dalam periuk. Bila dah mendidih tu boleh la masukkan bulat2 tadi. Dan tunggu sehingga masak. Lepas dah masak, gaulkan bulat2 bersama kelapa parut. Jangan lupa letak sedikit garam dalam kelapa parut. Then jadilah kuih onde onde special. 

Dah siap pun. Aku rasa macam buat rancangan memasak pulak. Hahaha. Tak tau la orang faham ke tak. Ada ke yang nak intai resepi aku ?

Oke. Sehingga berjumpa lagi. :)

#PrayForPalestine


13 July 2014

Faizul AF - #Perempuan

Assalamualaikum and Hi !

Hey guys. Hari ni nak kongsi single terbaru daripada Faizul AF, #Perempuan. Kalau korang nak tahu Iz memang minat dengan Faizul ni. Heheh. Tapi ada je yang cakap "macam ni pun kau minat." Cis. Haha. Itu kawan Iz. Dia tak kenal pun Faizul AF. So, tak heran la kalau ada orang lain pun tak kenal. Apa salahnya sekali sekala sokong artis tempatan. Eceh.

Jom layan lagu #Perempuan ni dulu. Boleh tahan kesedapannya.





I thought yang ni versi acoustic. Sebab selalu dengar kat radio era, sound dia lain sikit. So hari raya nanti, album Faizul dah ada di pasaran. 9 buah lagu semuanya. Tetiba rasa nak beli. :p



Source : Facebook

Sekian saja untuk hari ni. Jumpa lagi dan sama2 doakan saudara kita di Palestine. :)

11 July 2014

Roti Jala Special

Assalamualaikum and Hi !

Hai guys. Bertemu kembali kita. Asyik tenggelam timbul je aku. Keh keh. Hari ni berpeluang nak update blog. Dan sebenarnya, takda idea nak update blog.

Bulan Ramadhan tahun ni puasa penuh kat rumah. Yay. So, hari2 tolong mak masak dan ambil peluang nak belajar masak. I'm 19 years old already and I have to know how to cook. Cehh.

Bulan puasa ni tak lengkap juadah berbuka kalau takda kuih muih. So, hari ni nak kongsi resepi roti jala simple dan special. Hahaha. Poyo je. Rasanya semua orang tahu buat. Tapi takpa lah, roti jala ni antara makanan yang aku tahu cemana nak masak.





Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung
  • 1 biji telur
  • 1 susu teh (kecil) garam
  • Sedikit pewarna (kuning)
  • 3 sudu teh minyak
  • Sedikit air

Cara nak masak roti jala ni, semua bahan kat atas ni kisar/blend ber-sama2. Bila tambah air, pastikan campuran tu tak pekat sangat tak cair sangat. Dengan kata lain 'just nice'. Lepas tu jalakan mereka di atas kuali dengan menggunakan acuan roti jala. Then siap dan boleh dihidangkan bersama kuah kari atau kuah manis. Takda resepi kuah. Sebab mak aku yang masak kuah. Hahaha.

Sekian. :)

#PrayForGaza #PrayForPalestine






6 July 2014

Korean Drama : Temptation 유혹

Hey guys. Tenggelam timbul je aku update blog. Haha. Actually tak ke-mana2 pun. Ada je. Ada banyak sangat cerita nak kongsi. Tapi Google Chrome ni terkena virus. Bila tekan link je, dia terus direct ke page ads etc. Biasanya kalau install balik dia okay. Tapi kali ni still sama. Sebab itu lah yang membuatkan aku malas sangat nak blogging.

So tak lama lagi drama Korea yang bertajuk Temptation akan ditayangkan. Tapi tak sure ada ditayangkan di ONE HD ataupun tak. Okay. Aku selalu tengok drama korea kat channel ONE. For sure kalau tak ada kat tv boleh tonton online. Yay.





Broadcast period untuk drama Temptation yang telah ditetapkan ialah 14 July 2014 hingga 16 September 2014. Setiap hari Isnin dan Selasa selama 20 episod. Drama ini dibintangi oleh Kwon Sang Woo, Choi Ji Woo, Lee Jung Jin, Park Ha Sun dan Lee Jung Shin dari CNBlue.

Sinopsis : Sebuah melodrama mengenai seorang lelaki yang telah berkahwin, Cha Suk Hoon yang menerima sejumlah wang yang besar dari seorang wanita, Yoo Se Young untuk membayar kembali hutang yang dipinjamnya. Komplikasi timbul apabila wanita tersebut menuntut kembali haknya dan menyebabkan hubungan Cha Suk Hoon dan isterinya terjejas.

Trailer : Clik here and here.

That's all. Jumpa lagi.