11 July 2014

Roti Jala Special

Assalamualaikum and Hi !

Hai guys. Bertemu kembali kita. Asyik tenggelam timbul je aku. Keh keh. Hari ni berpeluang nak update blog. Dan sebenarnya, takda idea nak update blog.

Bulan Ramadhan tahun ni puasa penuh kat rumah. Yay. So, hari2 tolong mak masak dan ambil peluang nak belajar masak. I'm 19 years old already and I have to know how to cook. Cehh.

Bulan puasa ni tak lengkap juadah berbuka kalau takda kuih muih. So, hari ni nak kongsi resepi roti jala simple dan special. Hahaha. Poyo je. Rasanya semua orang tahu buat. Tapi takpa lah, roti jala ni antara makanan yang aku tahu cemana nak masak.





Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung
  • 1 biji telur
  • 1 susu teh (kecil) garam
  • Sedikit pewarna (kuning)
  • 3 sudu teh minyak
  • Sedikit air

Cara nak masak roti jala ni, semua bahan kat atas ni kisar/blend ber-sama2. Bila tambah air, pastikan campuran tu tak pekat sangat tak cair sangat. Dengan kata lain 'just nice'. Lepas tu jalakan mereka di atas kuali dengan menggunakan acuan roti jala. Then siap dan boleh dihidangkan bersama kuah kari atau kuah manis. Takda resepi kuah. Sebab mak aku yang masak kuah. Hahaha.

Sekian. :)

#PrayForGaza #PrayForPalestine






8 comments:

  1. wah good belaja masak!

    akak pandai masak lauk je. kalau roti jala nii memang lembab skit nak pahamkan..

    nanti nak cuba jugak la ~_^

    ReplyDelete
  2. pergh tengok dia punya presentation pon dah nampak sedap. hehe

    ReplyDelete
  3. Akak punya lg simple.. air, gandum & pewarna... dah.. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa. Izz ada tengok kat instagram akak. Nampak sedap je akak punya. :D

      Delete
  4. sejujurnya,kita failed buat jala..! ahahaa.. dah 2 kali fail. dah la mengidam teruk roti jala.. :P
    so lepas ni guna resepi ni la.harap menjadi la lepas ni,kalau tak mati kebulur sebab mengidam..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Yeke ? Nanti boleh la try. Ni resepi mama. Heheh. Kadang tu tak jadi sebab kuali. Dulu izz buat tak jadi jgk. Lepas beli kuali yang mahal sikit, terus jadi. Heheh :p

      Delete

Drop your comments :)