4 December 2015

Pastel Garden's Night

Assalamualaikum.

Hey guys. Lagi tiga minggu je nak final. Tak ready lagi. Huargh!. Whatever it is, we must face the truth, the reality. Yey guys, living is so hard. Tetiba, sebab mood tengah sedih.

28 NOVEMBER 2015

Nak dijadikan cerita, minggu lepas aku telah menghadiri satu makan malam. Makan malam Persatuan Fizik. Yeah, ianya acara wajib setiap tahun. So, bergembira lah me and the geng.



Ini semua rakan sekelas. Mostly 20 tahun. Ada yang paling tua 22 tahun. Spot me, the one with yellow shawl. *tutup muka*



Wefie time! Tak tahu nak story apa. Hehe. So, ini dinner kedua sepanjang aku kat UiTM ni. Dinner kali ini diuruskan sepenuhnya oleh kelas lagi satu. So, kami hanya datang makan dan enjoy.



Menu makan malam, chicken chop, fried rice and watermelon juice. So yummy! *gambar takda seni* Sebenarnya orang yang tangkap gambar ni yang tak berseni.


A goodies bag. Dalam ada brownies, marshmallow and chocolate.


A badge to remember. So here the other memories of my degree life. Sebab banyak kerja nak kena siapkan. Entry pun pendek-pendek je.

Sekian.




28 November 2015

Johan Al-kalam Jamaie

Assalamualaikum.

Hey guys. Dah lama tak update blog. Serious rindu nak blogwalking blog kawan-kawan. Tapi masa mencemburui diri ini. Ecehh. Yelah, sibuk betul sekarang ni tambah pula satu bulan terakhir sebelum final ni. Uishh macam-macam lah. Dengan test, quiz, itu dan ini.

Dalam kesibukan yang telah sedia ada, ditambah lagi dengan terpaksa menyertai pertandingan Al-kalam Jamaie atau dalam bahasa omputeh Choral Speaking. Choral speaking dalam Bahasa Arab gais. Menangis. Haha. So, untuk student yang mengambil Bahasa Arab mesti melibatkan diri. Sekarang ni aku tengah belajar Bahasa Arab Level 3, but please don't expect too much. Hehe. Sebab tak pandai sangat pun.

Maka, aku dan rakan-rakan sekelas membina lah skrip. Tajuk mesti tak lari dari vocab yang dah dipelajari. Pada mulanya kami tak berharap untuk menang pun. Masuk ni sekadar dapat sijil dan memang WAJIB, Tut, tut, kelas aku dapat tempat pertama. Terkejut gila weh! Hehe.

Alhamdulillah.


Nah belanja gambar. So, here the memories of my degree life. 


Sampai sini dulu. Sekian.



26 November 2015

ZyraRoxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik

Assalamualaikum.



Hey sister, izinkan saya menang komik ni ! I'm begging you sister !!!

T_T


1 November 2015

Jus Paperbag

Assalamualaikum.

Hey guys. Feeling nak bali rumah sangat. Seriously I'm HOMESICK! Sabar je lah menanti cuti. Sebab rumah jauh, kalau nak balik fikir banyak kali, fikir duit, fikir masa. So selalu balik rumah kakak sebab tiket murah. Hew.

Nak dipendekkan cerita, sebenarnya hari tu kakak belanja jus paperbag. This is my first time knowing about this paperbag juice. You can tell me 'so out of date' if you're already know about this juice. Hew.

Yelah, mana taknya, I was like 'WOW!', jus dalam paperbag? Tak basah ke? Tak lembik ke paperbag tu? Macam-macam persoalan timbul.


Macam ni lah rupa jus paperbag. Harga RM5 satu. H for honeydew, A for apple. Tak tahu lah atas faktor apa, but it was awesome and rare.


Tapi serious paperbag tak hancur musnah pun. Hehe. I don't even know because of what. Any of you know ? Tell me please.

Till we meet again.

Sekian.


29 October 2015

Cara Nak Pastikan Madu Original

Assalamualaikum.

Hey guys. Weekend tiba lagi. So, dah boleh update blog. Yeehuu. *walaupun assignment banyak tak siap lagi sobs*



Aku nak kongsi sedikit tips iaitu cara kita nak pastikan madu original atau pun tidak. Yes. Madu yang diminum itu (atau makan). Tips ni aku dapat dari seorang ustaz. Ustaz ni lecturer Bahasa Arab dan seorang yang sangat mementingkan pemakanan yang halal dan baik. So, banyak juga tips-tips yang aku dapat.

Untuk hari ni, aku kongsi tips cara nak pastikan madu yang dibeli original ataupun tidak. Caranya terbahagi kepada empat langkah mudah.

  1. Ambil satu pinggan berwarna putih. (Putih susu) bukan transparent.
  2. Kemudian, titiskan madu ke atas pinggan tersebut.
  3. Seterusnya titiskan beberapa titis air.
  4. Bentuk heksagon akan kelihatan jika madu itu original atau asli.

Bentuk heksagon ni macam kita tengok sarang lebah tu lah. Subhana Allah kuasa Allah S.W.T. Mengikut kata ustaz, bentuk itu akan muncul untuk seketika waktu.

Macam tu lah caranya. Moga bermanfaat.

Sekian.

22 October 2015

#88LOVELIFE by Diana Rikasari

Assalamualaikum.


Hey guys. Dah lama nak update pasal buku #88lovelife ni. Tapi tak berkesempatan pula. Hehe. Finally, it becomes my entry for today. Yay.

#88lovelife. This book or novel is more likely about everyday quotes. There are 88 thoughts on love and life. Aku tak beli pun novel ni. Kawan bagi masa birthday hari tu. Rasanya novel ni tak ada kat kedai-kedai buku. Kalau kat instagram ada banyak jual beberapa bulan lepas. Sekarang not sure ada lagi ke tak.

Yea. Such a beautiful novel. Colourful pages inside with illustrations. Dan yang paling special ada 2 pages full of stickers. Comel-comel lagi.


Kawan cakap dia beli masa pergi book fair kat KL. Thanks my beloved friend. Sampai sini dulu, short entry for today. I nak pergi perjumpaan kolej. See you!

Sekian.


18 October 2015

Cara Menghilangkan Sakit Senggugut

Assalamualaikum.

Para wanita kebiasaanya akan mengalami masalah sakit senggugut ataupun period pain ketika kedatangan haid. Tahap kesakitan setiap orang itu berbeza. Ada yang sakit sederhana, ada yang sakit gila-gila dan ada yang tidak pernah alami pun rasa sakit senggugut.

Berdasarkan pengalaman sendiri, aku pun turut mengalami period pain ni. Setiap bulan memang akan alami derita tu. Para wanita je yang memahami situasi ni. Biasanya aku akan ambil ubat tahan sakit. Kadang-kadang minum air bergas. Memang berkesan tapi mungkin akan ada kesan sampingan.

So, baru-baru ni aku menggunakan Air-activated Heat Patch. Macam dalam gambar kat bawah ni.


Aku jumpa ni kat Watsons. Saja je beli nak try dan memang betul-betul berkesan. Memang boleh hilangkan rasa sakit tu. Satu kotak harga lebih kurang RM11 kalau tak silap dan dalam dia ada 2 patches. Satu patch boleh tahan sampai 8 jam.

Yang tak cuba lagi, boleh cuba sebab ni bukan ubat yang perlu dimakan. Hanya perlu buka dan tampal kat perut. Seriously, benda ni berkesan bila aku guna. Sebab masa pakai patch tu langsung tak rasa sakit. You should try this out girls!

Or maybe you may share your tips down there. Sekian.



17 October 2015

Islamic Art Museum Malaysia

Assalamualaikum.

Hey guys. So that-so-busy-person is here. Dah lama tak update blog. Alasan busy malas minggu test nak kena study bagai. Hew.

Minggu lepas bertarikh 11 October 2015, Persatuan Fizik UiTM Pahang ada buat lawatan ke Islamic Art Museum. Yehuu. This is my first time going there. Kami bertolak dari pukul 6.45 pagi dari kolej. Rombongan sebanyak 2 buah bas.

Kami tiba di muzium tersebut pada pukul 11.30 pagi. Sebelum masuk, setiap seorang kena beli tiket terlebih dahulu. Tiket berharga RM7 dan lepas tu boleh la pusing-pusing satu muzium.

Here I share the pictures.
 

A complete set of a songket bridegroom outfit / Pakaian songket lengkap pengantin lelaki dan perempuan. (1958)


Ukiran 99 nama Allah.


Close up picture.


Traditional healing / Perubatan tradisional. (abad ke 19M/13H)


Left: Coin tree of Sultan Mansur Shah / Pokok pitis Sultan Mansur Shah. (1896M/1314H)
Right: Coin tree of Sultan Muhammad IV / Pokok Pitis Sultan Muhammad IV. (1903M/1321H)


Al-Quran Terengganu.




Dan banyak lagi. Serba sedikit yang dapat saya kongsikan.


Ada juga tempat cantik-cantik boleh ambil gambar bersama-sama. Ala-ala family punya gambar. Hehe. It's me the second one from the left.

Sebenarnya kami nak pergi Planetarium Negara sempena Angkasa Talk 2015. Sebelum pergi sana singgah sini dulu. Hehe. Sampai sini dulu perkongsian hari ini. Sekian.



3 October 2015

Quote of the Day

Assalamualaikum and Hi.


Page 48 of #88LOVELIFE. My favourite book.

Lately asyik busy. Yes seriously. Class, assignment, lab report, quiz, study, tambah lagi tanggungjawab sebagai setiausaha persatuan. Macam-macam lah. Blog asyik terabai. Kalau dulu jadual pack masa belajar asasi. Ingatkan bila dah degree boleh rilek-rilek. Yeah, I'm so jealous dengan kawan-kawan yang lain. Aku punya credit hours 23 satu semester. Kawan 16 credit hours je. Jealous sangat. Aku tak tahu lah kenapa aku punya course ni 3 tahun je. So, bertabah lah hati. Setiap sem terpaksa ambil maximum credit hours.

P/s: Yang dah follow, aku akan followback kemudian. Don't worry. Me support blogger-blogger tempatan. Yang nak exchange link, dialu-alukan.

Sampai sini dulu. Nak siapkan lab report. Sekian dan selamat malam.



20 September 2015

Hyde Jekyll Me Weekly Planner (Korean Drama)

Assalamualaikum.

Hey guys. Ada sesiapa peminat drama korea ? Rasanya memang ramai yang minat termasuklah diri ini. Hee. Aku dapat limited edition Hyde Jekyll Me planner and poster. Yay!!! Overly excited. Ayat 'dapat' tu macam ada orang bagi je kan ? Haha.


Cuteness overload! I can't handle myself. Haha. Tambah-tambah lagi Hyde Jekyll Me ni merupakan salah satu drama kegemaran. Yeehuu. Oke lupa nak bagitahu mana dapat ni. Sebenarnya aku redeem guna astro circle point. Dah macam2 aku redeem. Sebelum ni pernah redeem totebag. Hiks. It's free. Kenapa nak tolak benda free. Just klik je kat website astro circle tu nak barang apa. Macam-macam ada.


Bahagian dalam. Ada weekly schedule. Perfect sangat untuk aku yang baru berjinak dengan dunia planner ni. Undated planner, so nak guna tahun bila pun boleh.


The other part.


Oke, sekarang dah bertambah satu lagi barang kesayangan. Warna hitam pula tu. Love it! Nasib baik sempat redeem hari tu sebab bila dah check balik website tu, dah takda dah. Fuhh.

Hey, ada poster yang besar gedabak juga tau. Tapi malas nak ambil gambar. Ehehe.

Sekian.



16 September 2015

Larian Amal Hari Malaysia.

Assalamualaikum and Hi.

Hey guys. Dah hampir dua minggu semester baru, semakin hari semakin busy. Of course la kan. Dah siap ada assignment bagai. Menangis la. Esok kena hantar, tak buat pun lagi. Hehe.

Memandangkan hari ni cuti sempena Hari Malaysia, UiTM Pahang tidak ketinggalan mengadakan aktiviti Larian Amal. Atau dengan kata lain berlari sambil beramal. Derma RM5 setiap seorang. So aku dan roomates tidak ketinggalan mengikuti aktiviti ni. Pukul 7 pagi dah bersiap turun padang.

Kongsi gambar sikit. Hehe. Tengah taip guna phone ni. So aku tak tahu la macam mana rupa entri ni. First time, blur jap macam mana nak attach picture.


Tak sempat nak mengedit gambarnya. Upload je terus. Hew.


Paling belakang tu saya. Heheh. 


My classmates! Tak semua yang datang. Dapat sijil penyertaan dan kupon aktiviti. Yay!

Oke. Nak pi buat assignment sat. See you!

Sekian.



12 September 2015

Novel Review: Chi-Chii the Cat, Xinmei Yu

Assalamualaikum and Hi.

Hey guys. Novel review again. Wohoot! As for today review, it is just a simple story book with doodlings.


Here is the cover of the novel. Such a really cute pocket size novel. The price of the novel is RM19.90. I just can't stand to see the cuteness of the novel. Hehe.

This novel (or more likely a comic) is a true story about how her (the author) first pet entered her life when she was 9.


Doodle pages inside! Such a really nice story. Heeya I added one more novel to my book collections. Don't forget to grab yours too.

Peace.



8 September 2015

Peperiksaan Online Separa Perubatan

Assalamualaikum.

Hey guys. Semalam check emel lepas tu aku dapat emel daripada SPA.


Cerita dia, aku mohon SPA ni masa zaman lepas SPM dulu 2013. Sekarang baru dapat. Rasa macam apa je. Haha. Aku dah halfway degree kot. Sekarang dah sem 3, lagi 3 sem complete. Yer memang SPA ni masa depan terjamin. Maksudnya lepas belajar memang confirm dapat kerja. Kalau dari dulu aku dapat, before masuk asasi ke, tengah asasi ke, sanggup lagi nak quit time tu. Kalau sekarang ni, pikir banyak kali juga.

Apa-apa pun tak sure pun lagi aku dapat ke tak. Ini terpilih untuk peperiksaan online sahaja. Exam pula pada 14 Sept. Hari Isnin, confirm aku ada kelas. So aku buat keputusan, kalau masa timetable free, aku akan jawab exam ni. Kalau tak free maka aku let go kan saja.

Sampai sini dulu. Sekian.





4 September 2015

SEGMEN:BLOGLIST KEKAL THEYANAONLY


GIVEAWAY


(blog anda akan diletakkan di dalam bloglist saya disidebar secara kekal)
TAMAT PADA 10 SEPTEMBER 2015, JAM 11:59PM

segmen theyanaonly ni bukan sekadar blogwalking tapi giveaway juga, ada hadiah bagi 2 orang yang bertuah. Macam mana nak join mudah sahaja baca bawah ni apa yang perlu anda lakukan
  1. buat "SEGMEN:BLOGLIST KEKAL THEYANAONLY" (jangan lupa linkkan)
  2. follow blog saya "i follow" (make sure jujur)
  3. follow twiter saya "i follow" (kalau ada twitter wajib)
  4. berapa kerap anda post cerita di blog anda ? (contoh dibawah pilih salah satu)
SETIAP HARI / SETIAP MINGGU / SETIAP 2 MINGGU 
dua orang yang bertuah dipilih dengan cara random.org akan dapat hadiah special

MUDAH KAN JUST COPY CODING DALAM BOX BAWAH NI AND PASTE DEKAT POST KORANG SEMUA TELAH SIAP DI LINK KAN.

TAMAT 10 SEPTEMBER 2015, JAM 11:59PM


JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK ENRTY ANDA


3 September 2015

Memori Sekolah Rendah

Assalamualaikum.

Hey guys. Pejam celik pejam celik aku dah nak habis cuti. Sobs. Tak ready lagi nak hadapi semester 3. Tapi apa pun kehidupan mesti diteruskan. :)

Semalam sempat kemas bilik sikit. Tengah duk kemas laci tu tetiba aku jumpa barang2 lama. Antaranya anak patung kecik, keychain yang bersepah, pen-pen yang kehabisan dakwat etc. Bukan main lagi, banyak sangat barang-barang yang dah tak digunakan. Dan ada terselit 2 buah medal kat bawah kertas. (betul ke medal guna 'buah') *confused.


Bronze medal. Hehe. Yang ni aku dapat masa sekolah rendah pada tahun 2007. Aku darjah 6 masa tu, nak ambil UPSR. Heheh. Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka. Sekolah ni dekat je dengan rumah aku. Dulu selalu pergi sekolah naik basikal. 15 minit biasanya. Pukul 7 dah bertolak dari rumah. Kadang-kadang kat tengah jalan tu jumpa kawan sekelas. Lepas tu kayuh basikal sama-sama. Rindunya.


Kalau tak silap, ada acara olahraga kat sekolah. So, aku join la lari berganti dengan lompat jauh. Lompat jauh aku kalah rasanya. Hahaha. Aku dulu masa sekolah rendah pendek kecik je. Macam mana lah boleh terpilih lompat jauh. Hahaha. Yang ni dulu peringkat rumah sukan sekolah je. Rumah sukan biru. Aku still ingat. Tetibe rindu kawan-kawan lama. Medal ni plastik je lol. Hahaha. Tapi rasa bermakna gila. Memori kot. Mana boleh dicari ganti. Selepas tu aku dah tak aktif dah. Sekolah rendah la pertama dan terakhir. Hehe.

Sampai sini dulu memori zaman silam.

Sekian.



2 September 2015

Giveaway 1.0 by ENA

Assalamualaikum.


Jom ramai-ramai join Giveaway!



1st GiveAway by Ciktaman





Assalamualaikum dan hai :)


Sepanjang bulan September ni, cktmn nak buat satu segmen untuk korang semua..


1st GiveAway by Ciktaman




Ok syarat penyertaan senang je!


1. Mesti follow @ like


* Blog - ciktaman + nuff click 
* Instagram - ctctraudhah | molekgilo


2. Buat satu entri [copy coding yang diberi] dan komen



pasal blog ciktaman tak lebih 15 patah perkataan..




3. Tinggalkan URL entry korang pada post ini sahaja. *link pada chatbox tak dikira







4. Tempoh GA adalah bermula 1 September sehingga 30 September 2015''













** Untuk lihat senarai peserta kat SINI



*** Untuk lihat senarai hadiah kat SINI



***Pemenang akan dipilih sepenuhnya daripada cktmn





Komen untuk blog Ciktaman:
Blog yang sangat kemas. Warna pink pastel yang cantik. Warna font yang digunakan, kalau warna hitam lagi mudah untuk dibaca. :)



--------------------------------------------------------------------------------------------------

31 August 2015

Sehati Sejiwa Merdeka 58

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

31 Ogos 2015. Genap 58 tahun negara Malaysia mencapai keerdekaan. Semoga keamanan yang dicapai berkekalan. Bertemakan slogan Sehati Sejiwa. Semoga kita semua memahami maksud tema kemerdekaan pada tahun ini. Let us all unite. Shall we ?


A simple sketch from me.



Here lyrics video for our theme song ! Happy holiday guys. Enjoy.

27 August 2015

Novel Review: At First Sight, Nicholas Sparks

Assalamualaikum.

Hey guys. Hari ni aku nak review english novel yang baru je habis dibaca. Novel yang berjudul seperti tajuk di atas. Sebenarnya novel ni dah lama dipublishkan. Tapi aku siput sikit sebab membaca ni merupakan hobi baru.

So here the novel.


The cover was so pretty. Nicholas Sparks merupakan salah satu penulis kegemaran aku. Semua novel2 beliau berkisarkan cinta dan plot pun memang terbaik.


At First Sight

There were a few things Jeremy Marsh was sure he'd never do: He'd never leave New York City, never give his heart away after barely surviving one failed marriage, and never become a parent.

Now Jeremy is living in the tiny town of Boone Creek, North Carolina, engaged to the love of his life, Lexie Darnell, and anticipating the start of their family. But just as everything seems to be settling into a blissful pattern, a mysterious e-mail sets off a chain of events that will test the strength of Jeremy and Lexie's love. And as they cope with the doubts, fears, and romance of the newly wed, Jeremy will discover an extraordinary truth: The emotion that can break your heart is sometimes the very one that heals it...


Aku baru je habis baca novel ni pagi tadi. Ending dia sedih gila. Sampai menangis dibuatnya. Hehe. Tapi still satu ending yang memuaskan. So aku recommend siapa yang tak baca lagi tu, sila lah baca. Peace.

Sekian.




25 August 2015

Tutorial Plain Template and Background

Assalamualaikum.

Hey guys. Beberapa hari ni aku tak sihat. Asyik muntah non-stop. Sampai badan dah lemah gila. Alhamdulillah hari ni dah recover balik.

So entri hari ni, sebenarnya bukan lah tutorial sangat pun. Hehe. Tapi kawan request suruh buat tutorial template and background plain. Just like my blog.


Request yang ditinggalkan di chatbox. Eikin cakap blog kita cantik. Hikhik. *malu*. Sebenarnya template yang aku gunakan adalah simple template je. Dari dulu memang guna template ni sebab senang nak edit.

Dashboard > Template > Simple. Pilih yang 2nd. So automatic background akan plain white.


Bila dah publish memang template ni buruk je sebenarnya. Haha. Lepas tu boleh la refer mana2 tutorial. Google je, banyak tutorial blog akan keluar. Untuk sidebar title macam blog aku ni, aku refer tutorial blog Budak Vanilla. *Hai bivichan*.

Segala yang tak sepatutnya boleh diremove. Aku memang selalu google je. Contoh, search..

"tutorial centerkan header"
"tutorial kemaskan sidebar"
"tutorial remove navigation bar"

Segalanya dihujung jari. Eceh. Tapi biasanya untuk tutorial, aku selalu refer blog Lyssa Faizureen. Sebab macam2 ada. Lengkap. Pilih je nak mana. Hehe. Ikut je tutorial tu confirm menjadi.

Ataupun kalau sayang template yang dah ada, just nak jadikan background putih, boleh ikut step ni:

Dashboard > Template > Customise > Advanced > Backgrounds. Then set kan background dengan warna putih. That's all.



So Eizz harap entri ni dapat bantu Eikin. Kalau tak faham nanti boleh explain balik.

Sekian.



20 August 2015

DIY Washi Tape Bookmark

Assalamualaikum.

Hey guys. Cuti ada lagi dua minggu. Maybe lepas ni dah susah nak tengok blog ni terupdate. Sibuk belajar lagi la lepas ni. Sobs. Hehe. Bosan sangat cuti ni tak tahu nak buat apa.

So semalam before tidur, aku sempat google cari idea nak memasak. Hahaha. Kononnya lah. Lepas tu memasak entah kemana, lain pula yang jadinya.

Aku merupakan salah seorang penggemar washi tape. Atau dengan nama lain masking tape, deco tape etc. Seronok main dengan tape ni. Macam2 boleh buat. Bila google search je 'diy washi tape', macam2 idea DIY yang keluar.  So, aku try buat bookmark dengan menggunakan paperclip dan washi tape.


Antara koleksi washi tape yang aku beli. Selalu beli online je sebab kat sini susah nak dapat. Range harga macam2 bergantung kepada brand tape tu sendiri. Ada murah ada mahal. Selalu beli time ada less je. Hehehe. Harga biasa 1 roll dalam RM8 macam yang kat atas tu. Tapi aku beli murah je after 50% less. Heheh.


So inilah hasilnya. Senang je buat ni. Lekatkan washi tape bersama clip. Lepas tu potong hujung ala2 flag style. Nanti boleh lah masuk dalam notebook ke novel ke. Nak tulis atas tape tu pun boleh.

Sampai sini dulu entri hari ni. Penat baru balik dari belajar drive kereta terus update blog. Nak tidur.

Sekian.



18 August 2015

Change Desktop Icon to Cute Icon

Assalamualaikum.

Hey guys. Today I nak share cara-cara nak tukar desktop icon kepada icon yang kawaii.

First step, click control panel > appearance and personalization > change the theme > change desktop icons. Lepas tu keluar macam gambar kat bawah ni.


Step 2, contoh klik 'This PC' > change icon > browse. Pilih icon yang anda mahukan dan klik OK.



Step 3, jangan lupa klik 'Apply'. Then you are done.


Tengok icon sebelah kiri. Now dah bertukar jadi icon yang comel. Desktop icon tu I download dari Googly Gooeys. Ada banyak freebies icon yang comel2. You may try it out!

Sekian.