28 November 2016

16 Personalities. Which one are you?

Assalamualaikum.

Hey guys. Rindu yang amat nak blogging macam dulu2. What can I do when I am super busy with my final year project.

Heeyaaa. So dalam kesibukan tu aku sempat je baca blog2 yang aku suka. Jadi silent reader, kalau rajin komen. Hehe. Aku ada terbaca satu entri blog, she shared about her personality. She was INTJ. Aku punya curious tu, terus lah google apa tu INTJ. Ahhh rupanya salah satu daripada 16 personaliti Myers–Briggs Type Indicator (MBTI). Ini yang ada kaitan dengan psikologi. Aku tak faham sangat. Heheh. Lebih kurang macam mana seseorang tu bertindak dan buat keputusan. Something like that but hey you can read it in any trusted site.

So aku pun nak tahu jugak aku ni jenis yang macam mana. Selepas google sana baca itu dan ini. I found a website that provide the personality test. Ada beberapa soalan yang perlu dijawab and lastly the result came out.

Yeah. I am ISFJ. Bila baca segala description memang totally true, that-was-so-me.


INTOVERT
Yeah. I am. Sesetengah orang cakap there is no good being such an introvert. Tapi, macam mana nak cakap eh, people should accept us, respect us for who we are. Everyone has their own ability and why would we act like others when being ourselves are the best thing in this world. Hew hew. Aku memang suka buat hal sendiri. Study sorang2, orang ajak main, aku rela tengok drama, ajak keluar jalan2, aku rela tidur. Bukan tak suka buat semua2 tu, tapi ada masa yang tertentu dengan orang2 yang tertentu.

OBSERVANT
Aku sangat ber-hati2 kalau buat kerja. Kadang2 tu lambat, hahaa. Lagi satu aku ni jenis ingat benda2 yang dah lama2. Even percakapan orang, mesej dan lain2. 4 tahun kemudian pun aku boleh ingat lagi. Mungkin itu lah salah satu kelebihan yang aku ada. Aku tak minat sangat membaca, tapi kalau aku tengok dan hadam betul2, benda tu jadi automatik lekat kat kepala. Macam nak exam, kadang tu aku ingat sesuatu benda tu pada kedudukan. Contoh nota sekian sekian aku tulis kat hujung kertas. So, bila ingat position, automatik jadi ingat benda tu.

FEELING
Perasaan. Based on apa yang aku baca, bila buat sesuatu perkara aku lebih fikirkan perasaan orang. Contohnya, bila ada orang mintak tolong, aku memang susah nak kata "tak". Aku sanggup je ikut orang buat itu ini terutama kawan sendiri. How can I said no. Sikap ni agak bahaya sebenarnya sebab sesiapa je boleh take us for granted. Kadang2 tu pernah je cakap tak boleh lepas tu mula lah ber-hari2 aku duk fikir benda tu. Lol. Rasa bersalah.

JUDGING
Judging ni boleh jadi baik dan tak baik. Aku admit yang aku suka judge orang tapi aku reflek pada diri aku. Lagi2 kalau orang tu aku tak suka. HAHAHA. Membara di hati cakap itu ini tapi cakap kat diri sendiri je lah. Tak adalah nak cakap kat orang tu. Then, why not we reflect ourself, why would we judged people when anyone have different background, passion, hobby and so forth.

TURBULENT
Yang ni taknak cakap banyak. Hidup ni memang banyak konflik pun, tapi I can manage them so far. Cepat stress, benda kecik je aku stress. Tak dapat control emosi, itu biasa. Heheh.

Jom test korang punya personality. Klik link bawah ni ye


Nanti jangan lupa share. Sekian.






14 November 2016

Imej Supermoon 2016

Assalamualaikum and hai guys.

Semua orang dah tengok Supermoon ke ? Selaku student Fizik, aku tak lepaskan peluang untuk melihat dan menyaksikan fenomena Supermoon. Kelab Fizik di sini menganjurkan aktiviti cerapan fenomena Supermoon.

Fenomena Supermoon yang berlaku pada 14 November 2016 ini merupakan jarak yang paling dekat diantara Bumi sejak 26 Januari 1948. Fenomena Supermoon pada jarak sedekat ini dijangka akan berlaku lagi 18 tahun akan datang.

Gambar hasil dari teleskop. Akibat cuaca yang berawan, agak sukar juga sebenarnya nak cerap bulan ni. Tapi Alhamdulillah dapat tengok juga.





Subhanallah.

Kredit foto: Syahrul Ibrahim


15 September 2016

Simple daily make up

Assalamualaikum and Hi !

Malam esok aku dah nak balik kolej. Tak ready lagi nak tempuh final year. Tapi tak sabar jugak nak habis. Heheh. InshaAllah tahun depan tamat lah degree, doakan yer semoga semuanya berjalan lancar.

So aku nak share daily make up aku yang sangat simple. Biasanya wajib ada three basic things macam dalam gambar bawah ni. Ta daa...



I used glowing spray cool, more like facemist. Memang facemist pun. Hehe. Glowing spray cool ni produk FJ Glow. Serious best pakai facemist ni, rasa sejuk dan sangat nyaman. Price RM 45 per bottle. Selain boleh bagi muka nampak segar, boleh kecutkan jerawat dan boleh hilangkan mengantuk sekali tau. Lepas dah spray kat muka, aku apply pula magic BB white by Silkygirl. This is my favorite foundation powder. Aku tak pernah tukar, dari dulu memang suka dengan Silkygirl ni. Harga dia kalau tak silap RM 19.90. I choose number 2, nude color. Lastly, aku akan pakai matte fever by Silkygirl color maroon macam tu kot, supaya my lips tak naampak pucat. Price lebih kurang RM 16.90. Ini semua beli di Watsons kecuali facemist tu, beli online. Macam ni je lah hari-hari my so-lazy-makeup. Hahaa.


Next, kalau pergi camping or pulau or tengah kawad, apa-apa aktiviti yang melibatkan cahaya matahari, aku akan apply gel aloe vera macam dalam gambar kat atas, RM 7 something kot. It works on my face, so nanti tak ada lah muka hangus sangat. Selain tu, aku juga pakai serum FJ Glow sebelum tidur, tapi jarang-jarang je sebab ianya mahal and I do not have enough money to buy it. Lol.


Ini pula yang jarang digunakan. BB cream yang color biru tu best sangat pakai sebab tekstur dia yang tak melekit, tapi sebab aku malas, dah tak pakai sangat. Lip ice pula sebelum aku bertukar ke matte fever, oke je cuma bila dah minum air, my lips back to normal. So macam leceh la nak kena selalu pakai. Yang ada sticker tester tu my sister yang bagi, L'occitane hand cream + brown mascara by YSL. Both original and so pricey la and I could not afford. Itu pun nasib baik orang kasi, tester pun tester la.


Dah make up lawa-lawa tak lengkap tanpa perfume kan. So here my favorite perfumes all the time. Yang paling favorite DKNY Be Delicious intense (gambar bawah). I tried so hard nak capture gambar perfume ni sebab botol dia macam cermin, boleh nampak muka seketul dalam tu. Tapi perfume ni dah nak habis, disebabkan aku takdak duit nak beli yang original, aku beli yang Dexandra punya. Hari tu member ada promote, so aku beli lah RM 10 sebotol (gambar atas). Bau dia lebih kurang je, tapi ada la beza sikit. Alang-alang dah beli, aku beli Chloe sekali. Chloe ni bau dia tak sama langsung dengan yang ori. Slightly dissapointed. Sence tu pula, aku jadikan bodymist. Hahaa. Sebab EDT kan, bau dia tak kekal lama tapi beli jugak sebab wangi.

See my hand and phone inside the perfume. Perfume yang original semua my sister bagi. Kalau beli sendiri memang aku tak beli la. Hahaa. Untung jadi anak bongsu, ada kakak sayang. Hehe.



Dalam membeli segala macam alat make up, mesti ada yang aku menyesal beli. Selalu sangat jadi macam ni, haha. Bukan main nak beli tapi end up tak sesuai. Matte Me lip cream tu I thought best la pakai benda ni sebab tengok ramai orang duk jual kan, try la beli satu tapi bila pakai rasa macam pakai gam kat bibir. Dia punya melekit tu ya ampunnn. Nivea foundation pun tak best, tekstur dia kasar dan rasa tak selesa bila pakai. Yang color biru tu gel mascara. Macam transparent la bila pakai, takdak color tapi bulu mata lentik. Aku suka pakai ni dulu, tapi sekarang I don't know why, I'm allergic to this type of mascara. Rasa pedih mata bila pakai.

Panjang pula cerita barang make up sendiri. Lol. Sepatutnya ada lah blusher ke eye shadow ke kannn. Tapi itulah, aku tak pandai nak pakai semua-semua tu. Pernah pakai, tapi dah buang dah sebab dah lama sangat beli. Hahaa.

Kesimpulannya, aku ni sejenis yang sangat berkira nak beli alat-alat make up and so on. Kalau boleh nak beli yang paling murah. Bukan apa, belum kerja kan, I need to save a lot.

Nak letak gambar sendiri, tapi semua gambar dalam external, malas nak masukkan. Haha. Next time.

Sekian.



12 September 2016

Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM

Assalamualaikum and Hi !

Hey guys. Jom join giveaway tunai RM200! Pemenang 100% melalui random.org. Meh lekaih join, mana tau dapat menang, boleh buat duit poket. Bukan menang wang tunai je, hadiah bonus pun ada tau. Syarat semua simple dan mudah. Tarikh akhir 22 September, sempat lagi ni. Lekaih lekaih, tak nak sembang banyak.

Klik banner bawah ni tau. Follow instruction kat sana.


Sekian.






9 September 2016

Tamat Sudah Latihan Industri

Assalamualaikum and Hi !

Pejam celik pejam celik dah habis pun latihan industri. Fuhh lega. Final year pula menanti lepas ni. Kurang lebih 2 bulan berpraktikal di Pejabat Meteorologi Terengganu. Pengalaman pahit manis semua ada. Tapi inilah lumrah kehidupan. Yang baik kita ambil sebagai pedoman hidup, yang buruk kita jadikan pengajaran untuk masa akan datang.

Lepas ni tak tahu la boleh update blog lagi atau pun tak. Belum final year pun dah tak menyempat, ini kan pula final year. Dengan projek lagi, dah dapat imagine kesibukan bakal melanda. Sepanjang praktikal, banyak benda yang aku belajar. Aku bernasib baik sebab dapat tempat dekat dengan rumah. Dalam 10 minit. Setiap hari rempit naik motor. Pukul 8 pagi sampai 5 petang. Ahad sehingga Khamis.

Nasib baik lah ada lagi 3 orang pelajar dari universiti lain. UKM, UPM dan UTM. Kami semua course sama, Fizik. Rasa sedih sangat bila masing-masing dah tamat. Tak tahu bila pula boleh jumpa. Terima kasih sudi jadi kawan yang baik, Kak Imah, Kak Fatin dan Kak Aida.





Oke. Dah boleh balik U. Hahaa. Malas nak upload gambar banyak-banyak. Line serupa siput. Terima kasih kepada semua pegawai yang banyak membantu. Semoga kita berjumpa lagi.

Sekian.


28 July 2016

Long Time No See

Hey there.


Picture from buzzfeed.

It's been a while since my last post.

I wish I could update my blog everyday and blogwalk all the time.

Wow! blogger can unfollow and block people eh nowadays.

Well, I'm getting busy day by day since I'll face my final year as a student soon.

For now, I'm doing my internship. Wish me all the best guys!

Till we meet again.






29 April 2016

Things will never be the same.

Update on my life:

Lately, my heart is sick.
I'm tired of people around me.
All I can say is "Wow! You're so fake. Totally fake."
Or maybe they are "blur"?
Blur to the point that they could hurt anyone around them.

So, I told this to myself.
"Chill.." There are no such things in this world,
that could always satisfy myself.

People change.
So, just forgive them and continue my life.

Let's gather some strength to go through this life.

And if we are getting back together,
Things will never be the same.

the-random



4 March 2016

New Semester

Assalamualaikum and Hye!



Hey guys. Sekarang ni dah malas nak update blog. Hahaha. Sibuk bebenor rasanya. Aku dah start semester baru. Semester 4. Rasa sekejap je masa berlalu. Tahun depan dah habis degree. OMG! Rasa macam tak ready. Tak tahu nak menuju ke mana. Sekarang ni tengah sibuk cari tempat untuk latihan industri. Kalau korang ada cadangan boleh la drop di ruangan komen. Aku degree in Physics, masih tercari-cari nak apply kat mana. Dah ada beberapa tempat. Tapi kalau boleh nak mohon banyak-banyak.

Sekarang ni baru first week tapi assignment banyak gila. Nak menangis rasanya, tapi itulah. Nak mengeluh pun macam tak ada guna. Hadapi je lah dengan tabah. Di tambah lagi aku jadi setiausaha persatuan itu dan ini. Nak cari pengalaman. Tak nak lah jadi student yang belajar, makan dan tidur aje. Kena pandai bahagikan masa. Peace.

Sebenarnya banyak je yang nak dikongsi kat blog ni. Siap buat list lagi nak update apa. Tapi semua macam tak sempat lagi. Kalau ada masa free pun, aku asyik tengok drama korea. HAHAHAHA.

Sampai sini aje la dulu kisah hidup.

Sekian.


18 February 2016

Lulus Ujian Memandu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hey guys. Dah 2 minggu tinggalkan blog tercinta. Sebenarnya aku sedikit busy. Hehe. Cuti semester kali ni aku sambung siapkan lesen kereta. Dari tahun lepas aku register, hari Selasa lepas baru lulus. Tahun lepas tak sempat nak siapkan sebab dah kena masuk sem baru. Lepas tu cuti midsem pula aku tak balik sebab kena pergi camping. Akhirnya cuti kali ni baru sempat.


Alhamdulillah. Sekali test je dengan abang-abang JPJ yang garang gila nak mati. Dah lulus pun. Selesai. Ni lah muda-muda dulu taknak ambil awal-awal. Haha. Sekarang merasa la susah dia. Sobs. Dulu bukan taknak ambil tapi kewangan tidak mengizinkan. Aku bukan orang berada, mak ayah tolong bayar. Semua duit sendiri. Pandai-pandai jimat duit sendiri. Duit PTPTN aku buat lesen. Hehehe. 


Haa aku tunjuk sikit markah lulus dia. Dia punya nervous tu of course la ada. Aku kena marah kot dengan Encik JPJ. Tak pasal-pasal dia marah aku sebab matikan enjin kereta. Masa tu aku dah selesai, aku dah nak turun pun dari kereta tu. Benda boleh cakap elok-elok kot. Aku dengan rendah diri mintak maaf. Bengang tu ada la jugak sikit dalam hati ni. Siap "aku kau" dia cakap dengan aku. Panas hati aku masa tu tapi sabar je lah. Nanti tak pasal-pasal dia gagalkan aku. Menangis.

So itulah cerita aku yang tak berapa nak menarik sangat. Hahaha. Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi.

Sekian.


2 February 2016

Birthday Giveaway by Finurz Creations 2016

Birthday Giveaway by Finurz Creations 2016

http://finurzcreations.blogspot.my/2016/01/birthday-giveaway-by-finurz-creations.html

Syarat Penyertaan :

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia

2. Anda perlu FOLLOW blog fa www.finurzcreations.blogspot.my

3. Jadi sebahagian FOLLOWER Instagram (Ig) @finurz_creations

4. LIKE fb fanpage fa Finurz Creations


5. Buat 1 entry bertajuk "Birthday Giveaway by Finurz Creations 2016"


6. Jangan lupa copy banner "GiveAway" atas tu dan backlink kan ke sini!


7. Publish entry anda, copy & paste link entry anda dan SHARE diruangan "Comment" 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Senang je kan?? GiveAway ni berlangsung selama 2 minggu sahaja (19 Jan - 2 Feb 2016)
Pemenang akan dipilih secara random dan yang penting memenuhi syarat-syarat kat atas tu. 

GA ni berakhir pada 2 FEBRUARI 2016 pukul 12.00 tengah malam 

5 PEMENANG BERTUAH  akan mendapat hadiah misteri special dari fa! 

All the best & Good Luck semua  **Muahh ciked**

31 January 2016

NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH

Assalamualaikum



Klik Sini Untuk Join
GIVEAWAY BERLANGSUNG DARI 6 / 1 / 2016 - 6 / 2 / 2016



NOTA TAMBAHAN :-
-HADIAH ADALAH RAHSIA (5 HADIAH YANG BERLAINAN) YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA 5 PESERTA YANG BERTUAH.
-PEMILIHAN PEMENANG MENGGUNAKAN KAEDAH RANDOM.ORG SAHAJA.

-KURANG DARIPADA 20 PESERTA YAN AKAN MASUKKAN DALAM BLOGLIST SELAMA SATU BULAN DARI

 (9 / 2 / 16 - 9 / 3 / 16)




PENGUMUMAN PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 8 / 2 / 2016 (ISNIN)

So here a give from me.



Selamat ulang tahun yang ke-21. (Am I right?) Semoga mendapat perlindungan daripada-Nya. Stay kind stay pretty. Be positive in whatever situations. Peace.

Sekian.


30 January 2016

Drama Baru Lee Kwang Soo (Puck)

Hey guys.

Bosannya kat rumah, cuti berbaki lagi sebulan. Makan tidur aje kat rumah ni. Dah bosan sangat segala drama korea, melayu aku tengok. Haa, so semalam aku baru je selesai menonton drama baru Lee Kwang Soo yang bertajuk Puck. Drama ni 2 episode sahaja.

Drama ini berkisar mengenai seorang lelaki Joon-Man (Lee Kwang Soo). Kerana hutang bekas isterinya, Joon-Man tidak mempunyai pilihan dan terpaksa bekerja di bawah bos geng Ah Long. Walaupun dia mempunyai personaliti yang baik, dia bekerja sebagai Ah Long. Untuk mendapatkan hutang daripada seorang jurulatih hoki ais, Joon-Man menyertai pasukan hoki ais tersebut. Bermula dari situ, dia mula menemukan hidupnya yang sebenar.

Macam tu lah lebih kurang sinopsis drama ni. Drama ni sudah ditayangkan awal Januari tapi baru semalam jumpa link yang betul-betul bagus. Hehe. Di bawah ni aku kongsikan link drama Puck.



One of the best line.


That face, really funny. Haha. After all it was a great drama. Don't forget to watch ya! 

Tapi kalau episode lagi banyak lagi best. 

Sekian.



29 January 2016

7 Types of Weak Password

Hey guys.

I got this from my Line account. Just sharing.



Running all your account with just one password. LOL. It is me. Haha. Aku tahu yang sebenarnya password yang aku gunakan sangat simple. Emel pun pernah di hack oleh orang lain. Dah boleh tukar password lepas ni. Hehe.

You guys pastikan password yang digunakan susah untuk diteka oleh orang lain ya! Peace.

Sekian.


21 January 2016

Cara Hilangkan Sakit Gigi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hey guys. Hari ni aku nak kongsi cara-cara nak hilangkan sakit gigi versi diri sendiri. Siapa tak pernah sakit gigi? Kalau tak pernah, anda kategori yang sangat bernasib baik. Aku pernah sakit gigi tapi tak ada lah selalu sangat. Biasanya kalau makan kerepek yang keras-keras, lepas tu mula lah gigi ni sakit. Sakit gigi ni sangat annoying sebab rasa tak selesa yang sangat over membuatkan aku rasa malas nak buat segala kerja.

Selera makan turut terbatas...

So, apa yang aku buat kalau diserang sakit gigi? Pertama, aku akan gosok gigi kerap kali. Selepas makan terus gosok gigi. Makan lagi, gosok lagi. Kaedah ni sangat berkesan pada aku. Lama kelamaan sakit gigi tu akan hilang dengan sendiri. Mungkin ada aura disebalik ubat gigi. Hihi.

*gigih men-doodle.*

Cara kedua, sapu minyak angin cap kapak pada bahagian pipi. Ya, bahagian pipi. Bukan bahagian dalam. Nanti keracunan susah pula. Biasanya aku akan sapu sebelum tidur. Sapu je banyak-banyak. Rasa angin tu boleh buat rasa sakit gigi tu kebas. Dan bila bangun pagi keesokannya, sakit gigi dah tak sakit. Harap semua kenal minyak angin cap kapak.


Cara yang aku kongsi ni berkesan pada diri sendiri. Kalau korang ada cara tersendiri. Go on. Kalau dah malas sangat, makan aje lah ubat tahan sakit. Masa zaman kanak-kanak, mak aku selalu pesan sapu ajinomoto pada gigi yang sakit tu. Berkesan la jugak dulu-dulu. Sekarang ni dah tak cuba sebab kat kolej mana ada aku beli ajinomoto. Korang pula kalau sakit gigi guna cara apa ?

Sekian.


19 January 2016

Preloved English Novel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hey guys. Entri kali ini saya nak menjual novel-novel secondhand dengan harga yang murah. Hehe. Sebab dah malas nak simpan novel-novel yang dah dibaca. Kepada sesiapa yang berminat, boleh lah PM.


Title: The Time of My Life
Author: Cecelia Ahern
Price: RM12
Postage: RM7 SM RM9 SS
Original price: RM35.90
Condition:8/10


Title: Where Evil Waits
Author: Kate Brady
Price: RM15
Postage: RM7 SM RM9 SS
Original price: RM 33.90
Condition: 9/10


Title: At First Sight
Author: Nicholas Sparks
Price: RM15
Postage: RM7 SM RM9 SS
Original price: RM34.90
Condition: 9/10


Title: Emma's not-so-sweet Dilemma (Cupcake Diaries 23)
Author: Coco Simon
Price: RM10
Postage: RM7 SM RM9 SS
Original price: RM25.90
Condition: 9/10


Title: Chi-Chii the Cat
Author: Xinmei Yu
Price: RM10
Postage: RM7 SM RM9 SS
Original price: RM19.90
Condition: 9/10


Title: A Class Apart
Author: Susan Lewis
Price: RM10
Postage: RM7 SM RM9 SS
Original price: RM19.90
Condition: 8/10

Novel dan buku-buku di atas saya hanya baca sekali sahaja. Kepada sesiapa yang berminat, boleh emel di hyeted@gmail.com. Harga boleh bincang lagi. Lepas ni nak jual novel-novel melayu sekali. Kosongkan rak buku. Ada lagi novel English tapi tak tahu kenapa internet lambat sedikit. Nak upload gambar ni je pun, kemain lama. Huh. Ada masa nanti saya upload lagi.

Sekian.


15 January 2016

RM100 Voucher from Zalora

Assalamualakum and Hi.

Hey guys. I'm officially on my semester break! Hihi. Selamat tiba di rumah jam 4AM. So boleh lah ber-blogging sepuas hati. Rindu dengan blog sendiri.

Rezeki ada di mana-mana. Nak dijadikan cerita, aku dapat free voucher RM100 dari ZALORA. OMG!!! Excited yang amat. Dapat shopping online hew. Sebenarnya bulan November lepas aku ada terima emel dari Zalora. Sebulan kemudian baru aku baca dan reply emel tersebut. Haha. Betapa sibuknya sampai emel pun lupa nak cek setiap hari.

Dalam emel tersebut ada lah diberitahu, aku dikehendaki membuat satu entri mengenai casual shoes. Yes, itu dia entri yang sebelum ini. Hihi. But it is not my idea, just copy and paste sebab aku memang dah diberi article tu. Hanya perlu tambah sedikit idea sendiri.

Then, I need to publish my post on 10 Jan, yang mana aku ada paper Classical Mechanics pada hari tersebut. So, aku tak edit banyak pun article tu sebab kepala ni dah serabut dengan final exam. Lepas tu aku inform la aku dah publish entri tu then terus dapat voucher code. Alhamdulillah.

So sekarang ni tak tahu nak beli apa dengan voucher tu. Lagi pun ini kali pertama nak beli online di Zalora. Nak tengok-tengok dulu apa yang berkenan di hati.


 

Sekian. 


10 January 2016

3 WAYS TO WEAR CASUAL SHOES FOR WOMEN

Hi or hey!

Every woman needs a few pairs of casual shoes to wear when they have no mood to go through the balance of wearing high heels. Whether it is your day off work, vacation or a simple day out, women will definitely love walking on comfortable casual shoes all day long. For the individuals who have no idea on how to pull off casual shoes for women in style, take a look at these three look book ideas and create a stylish appearance everywhere you go.

1. Trendy Chic

This is the most common look a woman can pull off wearing their casual shoes such as     sneakers, flats or loafers. Pull this casual shoe with a nice pair of jeans and basic tee for the simple laid back appearance. This look is perfect for the ladies to flaunt anywhere about town looking trendy chic from head-to-toe. The basic tee and jeans is definitely effortless outfit for any women to step out feeling confident in wearing their casual shoes.  


2. Feminine Flirt

For the ladies who want to feel laid back while maintaining their feminine side can always match their skirts or dresses with a pair of sneakers of flats. You can wear this ensemble on your day out with your friends, a fun date with the special someone or to parties. Show off your innocence with a hint of boyish charm with this look to any place you go.


3. Rugged

Sneakers have always been the go-to shoe for individuals who are aiming to be rough around the edges. Slip a pair of sneakers on with denim shorts and an oversize top for the casual rugged appeal. Besides that, this outfit will definitely make you feel comfortable to move around in while still maintaining a stylish look.       



So which one is your favorite? Have fun while choosing your fashion style.