Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hey guys. Hari ni aku nak kongsi cara-cara nak hilangkan sakit gigi versi diri sendiri. Siapa tak pernah sakit gigi? Kalau tak pernah, anda kategori yang sangat bernasib baik. Aku pernah sakit gigi tapi tak ada lah selalu sangat. Biasanya kalau makan kerepek yang keras-keras, lepas tu mula lah gigi ni sakit. Sakit gigi ni sangat annoying sebab rasa tak selesa yang sangat over membuatkan aku rasa malas nak buat segala kerja.
Selera makan turut terbatas...
So, apa yang aku buat kalau diserang sakit gigi? Pertama, aku akan gosok gigi kerap kali. Selepas makan terus gosok gigi. Makan lagi, gosok lagi. Kaedah ni sangat berkesan pada aku. Lama kelamaan sakit gigi tu akan hilang dengan sendiri. Mungkin ada aura disebalik ubat gigi. Hihi.
*gigih men-doodle.*
Cara kedua, sapu minyak angin cap kapak pada bahagian pipi. Ya, bahagian pipi. Bukan bahagian dalam. Nanti keracunan susah pula. Biasanya aku akan sapu sebelum tidur. Sapu je banyak-banyak. Rasa angin tu boleh buat rasa sakit gigi tu kebas. Dan bila bangun pagi keesokannya, sakit gigi dah tak sakit. Harap semua kenal minyak angin cap kapak.
Cara yang aku kongsi ni berkesan pada diri sendiri. Kalau korang ada cara tersendiri. Go on. Kalau dah malas sangat, makan aje lah ubat tahan sakit. Masa zaman kanak-kanak, mak aku selalu pesan sapu ajinomoto pada gigi yang sakit tu. Berkesan la jugak dulu-dulu. Sekarang ni dah tak cuba sebab kat kolej mana ada aku beli ajinomoto. Korang pula kalau sakit gigi guna cara apa ?
Sekian.
akak jarang sakit gigi, kalau sakit pun biasanya rasa sengal bila makan ais hehe. gigih betul men-doodle :)
ReplyDeleteHaha. Sebab takda buat apa2, tu yang rajin doodle2.
DeleteSaya kalau sakit gigi saya guna, sensodyne. Wah gigi dah tak sakit lagi. Kini, saya boleh makan aiskrim tanpa perlu menahan sakit.
ReplyDeleteGunalah sensodyne. Disyorkan pakar-pakar pergigian.
wah,dah pandai doodle. Daebak! Haha.
ReplyDeleterasanya gosok gigi boleh legakan sbb kita gsk-2 kasi sental,itu yg dia elok.
letak ajinomoto? ape function? masin ka? xpena rasa pulak walaupon salu masak pak aji tu xD
ReplyDeleteakak bru sekali sakit gigi. nt bole la try tips eizz ni. haha ;)
comel kapak eizz ni. akak ni xkuasanya nak lukis2 dah,. tade masa. wuuu -,-
Ajinomoto memang berkesan, hanya 3 minit untuk gigi berlobang. Tips ni sya dpt dri kawan sekerja.masih mencari apa fungsi ajinomoto ni,?? Apa yng ada dengan pak aji ni. Hehe
ReplyDelete