17 August 2017

PART 2: Bercuti di Pulau Pangkor, Perak

Hey guys.


Seperti yang dijanjikan, here it is, Part 2 of my short vacay. Yeay! Di entri kali ini aku akan berkongsi pengalaman dan aktiviti yang dilakukan pada hari pertama di Pulau Pangkor. Aku (bersama 3 rakan) menaiki bas dari stesen bas Kuala Besut 11 Ogos 2017 pada pukul 9 PM. Dalam pukul 530 AM, kami tiba di stesen bas Manjung. Untuk pengetahuan, korang boleh turun di stesen bas Lumut, boleh terus jalan kaki ke jeti Lumut untuk ke Pangkor. Memandangkan kawan aku yang dah stay Manjung tu datang pick up, so kami turun di stesen Majung yang mana lebih dekat dengan rumah.


Dalam pukul 830 AM, kami breakfast di kedai mamak terletak di bandar Manjung. Menu breakfast, roti canai + tea O panas. Lepas tu kami singgah Giant jap beli makanan ringan. Dalam pukul 11 AM, kami bertolak menuju ke Jeti Lumut. Nak pergi Pangkor, boleh naik Feri di Jeti Marina juga. Pukul 1130 AM kami menaiki Feri, masa ni tak ramai pun orang. Perjalanan mengambil masa selama setengah jam. Pukul 12 PM tiba di jeti Lumut dan kami terus call tour guide. Encik tu dah tunggu siap-siap kat jeti.

Kami terus menaiki teksi ke penginapan Flora Beach Resort. Perjalanan mengambil masa 10 minit dari jeti. Dah sampai tu rehat kejap lepas tu pukul 230 PM terus ke aktiviti snorkeling di Pulau Giam dan island hopping. Kami diberi masa selama 2 jam untuk snorkeling. Pada mulanya, aku ingat kan ada banyak spot snorkeling, rupanya dia campak je kat Pulau Giam. Hahahaa. Ramai gila orang tapi pedulikan je lah. I can tell tak best sangat pun snorkeling (Jujur). Punca, aku pernah pergi Pulau Perhentian, kalau nak compare pantai di Pulau Perhentian lagi crystal clear and snorkeling banyak point nampak hidupan laut jelas. Tapi apa-apa pun bila dapat enjoy dengan kawan-kawan, seronok je!



Nasib baik kawan aku ni ada action camera, dapat la ambil gambar angle luas sikit. Hehehe. Kat Pulau Giam ni ada orang jual burger, boleh la beli kalau lapar. Pada jam 5 PM, diteruskan dengan aktiviti banana boat (I really hate riding on banana boat). Sebab tak suka bila part dijatuhkan dalam laut air masin masuk hidung masuk telinga ughh. Tapi kawan-kawan semua excited je. Sebenarnya boleh je request taknak jatuh dalam air tapi nanti tak feel la. Hehe.

Lepas dah habis aktiviti banana boat, kami bebas melakukan apa-apa aktiviti sendiri. So, encik tour guide tunjuk lokasi best tengok sunset. Kami decide nak tunggu sampai matahari terbenam sambil bergambar. Tapi malangnya, awan tebal petang tu macam nak hujan, jadi tak dapat lah nak tengok sunset. But still, the view is so so cantik dan tenang. Dalam pukul 715 PM, kami pulang ke tempat penginapan, jalan kaki je sebab dekat dengan pantai. Lepas tu kami bersihkan diri rehat-rehat kejap. Pukul 8 PM, kami bersiap untuk dinner di salah satu kedai makan. Lupa nama kedai tu sebab semua ni dah termasuk dalam pakej. Malam tu kami dihidangkan dengan nasi, ikan bakar, tom yam telur dadar dan tea O ais. Overall, makanan best dan mencukupi. Selepas makan, kami jalan-jalan cari souvenir. Sepanjang jalan tu ada orang jual-jual macam night market la. Aku sempat beli fridge magnet dan keychain (typical barang yang dibeli bila bescuti LOL).



Sebelum pulang ke bilik, kami lepak kejap tepi pantai. Dah balik bilik macam biasa sembang-sembang lepas tu makan maggi sama-sama. Then, tidur. Oh ya, bilik kami tak besar mana pun tapi selesa, bersih, fully air-conditioned dan ada wifi.


Maka berakhir lah hari pertama kami di Pulau Pangkor. Comment down below if you happen to ask me questions.

Yang belum baca PART 1 of my vacation. Click the link below
PART 1: Trip to Pangkor Island

Part 3 coming soon. See ya!

*too lazy to edit the picture (original picture)


10 August 2017

PART 1: Trip to Pangkor Island

Hey guys,

Kali ni aku nak berkongsi mengenai percutian ke Pulau Pangkor, Perak. Untuk Part 1 ni aku belum menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor pun, hehe tapi aku akan berkongsi mengenai persiapan, pakej dan yang sewaktu dengannya.

Trip kali ni aku dah rancang bulan lepas bersama-sama 3 lagi kawan sekolah menengah dulu. Untuk pengetahuan, kitaorang memang dah janji nak travel sama-sama sebelum kahwin. Hahaha. Sebelum ni, kitaorang ke Pulau Perhentian. Kalau korang berminat nak baca boleh tekan link bawah ni


Kali ni kami akan ke Pangkor, second trip lah untuk kitaorang satu geng tapi mana yang free je lah ikut. Yang dah kerja, dah kahwin tak ikut. So, segala pakej kawan aku yang settlekan memandangkan dia kerja di Manjung, Perak. Pakej yang kitaorang pilih RM168 per person 2 hari 1 malam (Pakej student). Antara aktiviti yang disediakan:

  • to and fro ferry transfer
  • to and fro van taxi transfer
  • 1-night accommodation
  • 1 dinner
  • 1 island hopping
  • snorkeling
  • fish feeding
  • 1 banana boat
  • 1-hour canoe
  • tour guide

So overall sangat berbaloi (for me la, share with me kalau korang pernah dapat pakej lagi best) selepas kitaorang dah bandingkan dengan beberapa pakej lain. Snorkeling tu without goggle, so kitaorang sewa RM10 sorang.

For this trip, actually I spent a lot. Since aku beli banyak barang baru. Beli backpack, team t-shirt, travel kit and etc. Tapi apa yang dibeli tu memang personally aku belum ada, so I don't think I waste my money. Yehee.

As for this trip, aku decided nak hasilkan satu jurnal travel. Haha. I found it funny at first, but it is okay la, writing for myself. Aku ada beli satu small notebook cost around RM1. Dalam buku ni nanti aku akan tulis dan catat semua event dan memori yang berlaku sepanjang di Pangkor nanti. Macam diari but specific masa di Pangkor sahaja. As you know or you don't know, I love to collect stickers, cute things etc. So, aku macam suka la nak decorate my jurnal nanti. Sneak peek of my journal, hehe.


Dan aku beli backpack dengan harga RM19.95. Serious murah gila for 40L backpack. Beli di Shopee apps. Kualiti bag pun okay je sumpah rasa macam berbaloi gila beli. Free postage pulak tu. I will show the bag in the next entry. Aku tak sempat packing pun lagi, kejap lagi baru nak pack.

I think that is all for this post. Will update about my trip to Pangkor Island soon. See ya!

The post that you may like:


26 July 2017

Korean Makeup and Skincare + Review

Hey guys.



Dah lama tak update blog rindu gila serious. Lepas ni akan selalu aktif sebab dah habis degree. Finally. But, result tak keluar lagi. Doakan aku tak sangkut mana-mana paper okay. Semoga grad on time. Yehuuu.

So today aku nak review Korean makeup dan skincare yang aku beli pada bulan Ramadan tempoh hari. Memang dah lama, hari ni baru sempat nak sharing. Makeup dan skincare ni semua aku beli dari my.althea.kr (aku review ni bukan sebab berbayar or what okay. Ini ikhlas dari hati + nak tambah entri baru). Sebelum tu, aku dapat tahu pasal page ni melalui blogpost seorang rakan blogger, BV. Dah lama, tahun lepas kalau tak silap. Tapi masa tu aku belum ada nafsu nak beli barang makeup or any skincare. But, recently, she updated a lot of blogpost about makeup/skincare haul. Check her out okay!

Let's get started.


1. Innisfree Green Tea Cleansing Foam (RM 24)
Cleansing foam ni for those yang ada masalah oily skin. Muka aku seriously super oily gila kat bahagian T-zone. So, aku just nak try pencuci muka baru. But, my face is still the same. Haha. Tapi yang bestnya produk ni, dia punya tekstur smooth sangat dan secara overall best je pakai. Mungkin minyak kat muka aku ni degil. LOL. Aku akan terus pakai sampai habis sebab muka aku tak breakout pun. Takda jerawat yang muncul. So, I'll definitely repurchase. Kalau korang ada any suggestion about facial face for oily skin, comment down below. I will try it.

2. Chica Y Chico Matt Fix Cushion (RM 47)
Ini merupakan kali pertama aku beli dan guna cushion. Cushion ni seriuosly sangat best. Aku akan continue beli bila dah habis sebab bila pakai muka dah tak oily. I can go out freely without thinking about my oily skin anymore. First time jumpa produk yang kena dengan muka. Packaging dia pun cantik sangat. Tak besar tak kecil. Just nice. Yang tak bestnya shade tak banyak. Aku punya No.23.

3. Witch's Pouch Shadow for Eyes SD1 (RM 10)
This is also my favourite. The colors are so pigmented. (Trust me please). You will never regret buying this. Ini first time aku beli eyeshadow guna duit sendiri. Before this, selalu pakai akak punya. Dan actually aku tak tahu makeup pun, but bila kau beli ni, kat belakang kotak dia ada instruction how to apply it. I just follow the rules. Hehe.

4. Skinfood Black Sugar Mask (RM 20)
Ini pun antara favourite aku. Selepas guna ni muka smooth gila. It really exfoliate my skin. Aku guna ni 2-3 kali seminggu. Lepas pakai kena cuci muka guna air suam. Tapi kadang-kadang aku malas, aku guna je air biasa. Mask ni dah jadi a part of my skincare routine. Nampak la aku punya white head dah berkurang.

5. Holika Holika Skinny Eyebrow Pencil (RM 36)
Hari tu masa beli ada giveaway. So aku pilih eyebrow pencil. This is my first eyebrow ever. Slim and colour dia cantik. Aku punya 02.


4 barang je aku beli dengan jumlah harga RM 101. Free postage since my purchased exceed RM 99. Kalau korang beli kurang RM 99, postage RM 18 kalau tak silap. Ini merupakan kali kedua aku beli di Althea, setakat ni sangat puas hati. Total dah 4 kali aku beli. Sedang menunggu yang ke-4 tiba di rumah. Memandangkan hari tu bulan puasa so aku dapat limited Ramadan box dan free coupon for next purchase.

I will update my next box later.

Let me know your favourite Korean product. See you soon.


11 June 2017

Week 3: Hari Raya Outfit

Hai guys.

Korang semua dah join belum Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest ? Kalau belum cepat klik entri ni 

Ramadhan Raya Blogger Contest - 80 winners will be selected!


Sekarang dah minggu ke-3 pertandingan ni berlangsung. Korang ada masa lagi. Hurry up and join the contest! 



So, back to the topic, here my post regarding to looking good and beautiful (Share your outfit details for this Raya). Untuk raya tahun ni, baju raya aku ada satu je. Macam tahun yang lepas-lepas juga, baju raya aku memang satu je. Hehe. Baju raya aku beli sendiri, aku pun tak tahu bila kali terakhir baju raya ibu belikan. Since aku dah meningkat dewasa ni, semua benda aku beli guna duit sendiri. That feeling datang sendiri, taknak susahkan mak ayah since keluarga bukan orang berada.

a. What's your color theme for this Raya? 
Tema raya tahun ni nude-pink. Basically, tema sendiri-sendiri aje. My kakak abang semua dah kahwin. Mak ayah pula tak kisah baju color apa. So, I choose nude this year.

b. Share your outfit details for this Raya 
Baju raya kali ni aku beli online sahaja di butik Leeyanarahman. Aku rasa mesti semua orang tahu kan jenama ni terkenal dengan design baju-baju yang sangat cantik dan elegen. Dah nama pun butik, mesti lah harga pun mahal. Of course la aku tak mampu beli. Menangis bucu katil tengok harga baju ratus-ratus. So, sebagai pembeli yang bijak (bijak ke?), aku beli baju 'sale' iaitu koleksi baju raya Leeyanarahman yang tahun lepas. Dengan harga RM99 aku dapat satu baju kurung moden yang cantik. I'm not going to reveal my hari raya outfit. Tunggu raya okay.

Untuk tudung, tak beli lagi or aku akan pakai je tudung yang dah ada. Kasut pula, I will match my baju kurung moden with my black converse or my flat shoes yang dah sedia ada. (I know I'm so jimat).

c. What outfit/clothes would you like to buy on Lazada’s platform for this Raya?
Since dah ada baju raya, I need scarf yang match dengan baju. So, I will consider buying a simple plain chiffon shawl and why not a nice flat shoe. Ya, I like them both.




Good news! Every week, Lazada will select 3 lucky bloggers to win RM100 shopping voucher each at Lazada. 

Invite your blogger friends to join this contest, so you will increase your chance of winning! The more the merrier!

That's all my simple outfit for this raya.
Till we meet again.




4 June 2017

Ramadhan Raya Blogger Contest - 80 winners will be selected!

Hi Bloggers,

Coinciding with the Lazada Ramadhan Sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) that will take place from May 16 to 27 June (where you can find special discounts up to 90%!), we are pleased to share with you our special Lazada Ramadhan Blogger contest where we will be awarding prizes to up to 80 bloggers! 



To participate, please check the instruction on this page: http://www.lazada.com.my/blogger-contest/

The contest runs from 19 May until 25 June 2017 (4 Weeks). During these 4 weeks, there will be 1 contest held every week with a different theme (in totality there will be 4 contests held during these 4 weeks). Every contestant may participate in more than one contest. 

Pertandingan ini bermula 19 Mei sehingga 25 Jun 2017 (4 Minggu). Sepanjang 4 minggu pertandingan ini, akan ada topik berbeza setiap minggu. Peserta boleh memilih salah satu dari topik-topik tersebut. Peserta juga boleh menyertai lebih dari sekali.

List of 4 contests held during these 4 weeks :

Week 1 : Delicious Ramadhan - Share the recipes of your favorite Iftar dishes
Week 2 : My Ramadhan Home - Share your house decorating tips for this Raya
Week 3 : Looking Good & Beautiful - Share your outfit details for this Raya
Week 4 : Travelling Back Home - Where do you celebrate Raya this year?

Prizes – More Participants More Winners (Up to RM10000 Lazada Shopping Vouchers)

Depending on the overall number of participants there will be either 15, 20, 50 or 80 winners: 

1. Less than 100 Participants (15 winners) 

15 x RM100 

2. More than 100 Participants (20 winners) 

1st Prize: 1 x RM400
2nd Prize: 8 x RM150
3rd Prize: 11 x RM100

3. More than 200 Participants (50 winners) 
1st Prize: 1 x RM500 
2nd Prize: 16 x RM150 
3rd Prize: 33 x RM100 

3. More than 300 Participants (80 winners) 
1st Prize: 1 x RM600 
2nd Prize: 35 x RM150 
3rd Prize: 44 x RM100

Invite your blogger friends to join this contest, so you will increase your chance of winning! The more the merrier! 

4 April 2017

Menang Lazada Birthday Blogger Contest

Alhamdulillah menang contest Lazada. Yehuuu!


3rd winner - Shopping voucher RM150. Sekarang ni aku tak tahu nak beli apa. Satu item RM150. Please guys bagi suggestion.

Drop your comments :)


#Tengahbusy #Entripendek


14 March 2017

Lazada Birthday Blogger Contest


*Click the banner above to join

a. What do you love about Lazada Malaysia? 
The first thing that I love about Lazada is that the price of items was cheaper compared to the store. The shipping period also fasts (about 1 to 3 days only). I recently bought a garment rack and it is super duper affordable and in a good state.

b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)
The following are my favorite items from Lazada.





c. How do you think Lazada Malaysia can improve?
In my opinion, it would be best if the Lazada team could notify the customers 'on time'. For a student just like me, the parcel will be sent to the office and the item arrived early but I could not get it earlier because I need to wait for the email first so that I know the item arrived.

d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia?
Happy 5th birthday to Lazada. Keep providing a cheaper goods with an affordable price.

Thank you for reading.


9 March 2017

Majlis Kecemerlangan Akademik 2017 | Happy Birthday

Hello, guys.

Saat ini aku masih aktif berblogging sebab kelas asyik cancel je awal-awal semester ni. Padahal final year project belum siap pun lagi tapi aku malas nak pergi lab. Heheh. Dah siap buat sample superconductor tinggal nak test je.

Semalam merupakan hari yang paling bermakna dan bersejarah (fuhh) dalam hidup aku. Semester lepas pointer aku agak baik, so aku tergolong lah dalam dean list. To be honest, this is my first time and maybe the last time. Aku ni bukan lah cerdik pandai tapi rajin sikit tu ada la. Susah belajar fizik ni (Top 5 course paling sukar), aku ni biasa lah follow the flow. Kalau nak cakap minat, tak ada minatnya. Aku minat la kalau subjek kira-kira tapi bila dah masuk teori, sakit nak faham. Aku pernah gagal satu subjek minor, itu yang buat pointer aku drop banyak gila. Lepas tu dah repeat balik, lulus jua.

Semalam Majlis Kecemerlangan akademik 2017 diadakan di Dewan Indera Segara UiTM Pahang. Ramai student yang dekan hampir 600 orang termasuk diploma. Kat sini pelajar ijazah tak ramai so mungkin sebab tu la gabung sekali. Dari kelas aku hanya 6 orang yang dekan. Total course fizik yang dekan 19 orang (kalau tak silap).


Jam 11 malam, majlis tamat. Aku balik bilik, sembang jap dengan housemate lepastu rasa mengantuk. Then masuk bilik tetiba semua classmate yang perempuan nyanyi lagu happy birthday (Terharu). Rupanya birthday aku semalam. Sumpah aku tak ingat langsung dan aku memang lupa tarikh semalam. Bukan semalam je lah, aku ni memang susah nak ingat date. Hahaha. Dapat lah aku makan satu slice kek oreo. Tak sangka aku dah 22 tahun. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk teruskan kehidupan.


 

*Gambar dari Instagram story.


Majlis semalam bertemakan tradisional. So dapat lah merasa ais krim dulu kala.

Till we meet again. Thank you. 


8 March 2017

Sunshine Blogger Award

Hello, guys.

Sunshine Blogger AwardThe Rules:
1. Thank the person(s) who nominated you in a blog post and link back to their blog

2. Answer the 11 questions sent by the person who nominated you

3. Nominate 11 new blogs to receive the award and write them 11 new questions

4. List the rules and display the Sunshine Blogger Award logo on your post and/or on your blog




Thank you, Budak Vanilla for tagging me. Yeehuu. I will try my best to answer all the questions. The questions given seem quite difficult.

QUESTIONS:
1. when do you start to know my blog? :3
I think I started to know your blog during our SPM 2012. Not really sure but for sure I have been reading your blog for a long time. Hehe.

2. what is your animal spirit and why?
I never thought of having any kind of animal spirit. Haha. But maybe I will choose a bunny. (Suddenly remember a camp and I need to choose something to represent myself, but why bunny. Hahaa.) I choose bunny/rabbit because of its size. Even though it has small size yet it can still jump and run around happily. What I'm trying to say is that one should be strong and face anything that comes towards our life. Do not forget to stay happy all the time because we only live once. (Is that how I answer this question? LOL)

3. pick an item at your right side and that gonna be your weapon in zombie apocalypse, what is it and how you gonna use it?
This is out of my thinking. Haha. Hmm, what should I choose? It just a phone beside me.

4. if you were in a home and there a zombie attack outside, where the safest place to hide and why?
I could not answer this question. Did you really mean the real zombie? Haha. I think I just run and don't ever look back. LOL.

5. give 3 reasons why do love blogging? do you love blogging?
I really love blogging. The reasons are:
  • I love to share something about my life. It is more like a diary and sometimes I just 'syok sendiri'. (But I don't care, this blog is mine HAHA).
  • I get to know a lot of people from blogging, hope to see them one day.
  • I received some gift from another blogger.

6. backpack or sling bag?
I choose sling bag. I love backpack too but when it comes to wearing a backpack with my shawl or scarf, I just can't handle the struggle to manage my scarf look properly. Haha. Maybe it is just me.

7. i love music. so do recommend me some of your favourite music genre and songs.
I love music too. I always love OST from drama or movie. Heheh. I like pop rock music bands such as Paramore and 5 Seconds of Summer. I also love The Chainsmokers. ( Senang kata aku suka je dengar apa-apa lagu.)

8. pizza or burger?
Both. I love food.

9. what do you think about girls/boys who is wearing a spectacles?
I myself wearing spectacles. So it just spectacles because the vision of the people was not good. Then they need to wear it. Hew.

10. plain shirt or checkered shirt?
Plain shirt.

11. some words for your silent readers?
Thank you for reading my not-so-interesting blog and just drop the comments below and let's befriend. Hehe.


I skipped rule number 3. Peace.

Till we meet again. Thank you.




7 March 2017

Uniqlo Coupon Code

Hello, guys.

Tatkala entri kali ini ditulis, aku sudah berada di kolej. Hehe. Final semester dah bermula. So lepas ni blog ni akan jarang diupdate. Ditambah dengan kesibukan final year project dan kekeringan idea nak berblogging. Hahaa. Itu biasa.

So, nak dipendekkan cerita, aku nak berkongsi sedikit pengalaman shopping di Uniqlo Malaysia. Aku sangat gemar membeli baju di Uniqlo. Kalau pergi mall, aku akan singgah Uniqlo. Aku paling suka dengan t-shirt UT graphics Uniqlo. Design semua lawa-lawa dan cantik. Brand Uniqlo ni macam-macam ada dari pakaian casual, formal, kids, dan sport.

Setakat ni aku hanya membeli tshirt dan jeans sahaja. Memandangkan aku ni student yang tak berapa nak ada duit sangat, of course lah membeli ketika ada sale. Tapi kualiti yang diberikan sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. So, lets Shop at Uniqlo for the latest Women's Collection!


T-shirt Line Friends antara kesukaan aku since aku memang minat betul dengan Brown and Cony (character Line). Aku ada 2 helai t-shirt line dan kualiti kain dia memang terbaik. Bukan Line Friends je ada. Jenama-jenama seperti SPRZ NY, Sanrio, Lisa Larson, Haibara, Marvel, Disney, Beauty and The Beast etc. Korang boleh tengok sendiri di website Uniqlo Malaysia. Aku suka pakai t-shirt macam ni sebab besar selesa dan tak panas. Ini sesuai untuk lelaki dan perempuan. Walaupun aku perempuan tapi aku lebih suka t-shirt cutting lelaki sebab lebih besar dan labuh sesuai untuk aktiviti seharian.

Untuk para lelaki juga banyak pakaian-pakaian casual yang diperbuat daripada kualiti fabrik yang bermutu tinggi. Apa yang aku suka mengenai brand Uniqlo ni, di website Uniqlo dia explain satu persatu jenis fabric yang digunakan dan korang boleh tahu baju yang korang nak beli tu jenis apa dan siap ada gambar close up lagi.

Aku ada beli satu sweater ala-ala t-shirt Uniqlo dan ada explanation tentang fabrik yang digunakan pada tag baju tersebut. So, macam wow la kan sebab sweater yang aku beli tu nipis tapi bila pakai pada musim sejuk memang warm sangat. So men out there, lets Shop online for the latest Men's Collection Sale at Uniqlo! 

Untuk entri kali ni, aku nak bagi special kupon untuk korang semua shopping online di Uniqlo.  You just need to Enter This Uniqlo Coupon Code To Enjoy RM10 OFF!





Okay, sampai sini dulu. Till we meet again.

Thank you.


2 March 2017

DIY Picture Frame

Hello, guys.

Sebelum mulakan entri kali ni, aku nak bagitahu yang aku tak dapat nak follow mana-mana blog sebab ada problem dengan 'follow' button tu, dah bagi feedback dah pasal masalah tu tapi still belum ada perubahan.

Cuti dah nak habis, so aku akan cuba update blog setakat yang mampu. Hahaa. Lepas ni dah masuk sem baru susah la nak update blog tapi aku akan cuba aktif macam biasa. *gaya menulis macam ramai fans*

So today, I will share how to make a picture frame. Caranya sangat mudah dan jimat. Bahan-bahan *betulke? yang diperlukan adalah seperti dalam gambar berikut:


  • satu kotak (depan transparent) *Kalau korang pergi majlis kahwin ada orang bagi buku doa, dia letak dalam kotak ni
  • satu gambar pilihan sendiri
  • washi tape 
  • gunting


Steps:
  1. Lekatkan washitape (boleh guna double side tape) di setiap penjuru gambar supaya mudah nak lekatkan di bahagian dalam kotak. 
  2. Kemudian lekatkan pada bahagian kotak yang transparent.
  3. Kemaskan jangan bagi gambar begerak.
  4. *Boleh letak kertas yang digulung di dalam kotak untuk support kotak tu bagi berat sikit.
  5. Pilih washitape kesukaan sendiri dan hias bahagian tepi kotak.
  6. Done!



Jadilah macam dalam gambar kat atas ni. Simple kan ? Till we meet again.

Thank you.



24 February 2017

Travel Journal: Bercuti di AVANI Sepang Gold Coast

Hello, guys.

Post sebelum ni aku ada berkongsi menegenai bercuti di Pulau Perhentian. Kali ni aku nak kongsi serba sedikit pengalaman bercuti di AVANI Sepang Gold Coast yang terletak di Bagan Lalang Selangor. AVANI ni merupakan hotel yang dibina di atas air. Macam dalam gambar kat bawah ni.

Gambar dari website Luxury Escape

Cantik kan. Macam pokok bentuk rekaannya sesuai dengan nama yang diberi iaitu Gold Coast Palm Tree Hotel Resort. Selama 3 hari 2 malam aku berada kat sini memang best lah. Tempat ni besar dan banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Dari pandangan atas nampak sama tapi sebenarnya ada 4 jenis bilik yang berbeza harga kategori Superior, Family Villa, Two Bedroom Villa, dan Three Bedroom Villa. Bilik yang aku sewa yang paling murah Superior (RM 400). Kalau nak tahu harga yang lain, korang boleh tengok website AVANI sendiri. 

Apa yang menarik kat sini ? Pastinya ada swimming pool, spa, gym, golf, wifi, cafe dan banyak lagi. Berbaloi la dengan harga yang ditawarkan. Di sekitar pantai pun banyak aktiviti yang disediakan seperti kayak, giant ball, go-kart etc. Lain-lain yang menarik boleh tengok sunset dan sunrise, serious memang cantik sangat. Gigih aku cycling pagi-pagi semata-mata nak tengok sunrise. Kat sini korang boleh cycling secara percuma. Ada basikal yang disediakan, kalau tengok basikal tu tak berkunci, boleh la ambil dan boleh juga sewa basikal kalau taknak berebut. Hotel resort ni macam satu kampung, so jauh kalau nak balik bilik, jangan risau sebab ade buggy car. Nanti pekerja akan escort kita.

Enjoy the view.

Yang suka bergambar tu inilah tempat yang digemari. Hehe

Perahu bar dibuka pada waktu malam sahaja.

Semua gambar adalah original dan tidak di edit. Gambar ni tepi pantai Bagan Lalang. Nampak AVANI Hotel dari sini.

View sunrise dari balkoni bilik.

Swimming pool.

Bilik yang paling kanan tu gym. Memang best lah, gym pun transparent, so dapat lah tengok view yang cantik sambil exercise. 

Sunrise. Lokasi ni memang cantik sangat tengok sunrise and bila pandang tepi nampak bulan, pandang kiri nampak matahari.

Picture of mine and lovely kiddo.

Kepada mereka yang nak bercuti bersama family, boleh la datang sini. Till we meet again ya.

*aku sangat malas nak edit gambar kasi lagi lawa. Itu semua original dari handphone. Berharap ada kamera yang lagi cantik. Heheh

Sekian.



14 February 2017

Travel Journal: Day Trip to Perhentian Island, Malaysia

Hey, guys.

So, this entry is a major throwback. This happened a long long time ago, about 4 months ago. That was during my last semester break. My friends and I decided to go to Perhentian Island. Actually, I was a little bit busy at that time since I was undergoing my internship. 

Enough intro in English. Let me talk in Malay. Hehe.

Masa tu lebih kurang bulan Ogos 2016, kawan sekolah menengah ajak pergi bercuti. Aku follow sahaja. Najihah (salah seorang kawan) cari la pakej-pakej percutian ke Pulau Perhentian. Kami pilih pulau tersebut sebab itulah tempat paling dekat sekali. You know I was from Besut, Terengganu. Mula-mula decide nak pergi 3 hari 2 malam, disebabkan aku masih lagi praktikal masa tu, so terpaksa lah cari day trip. Paling murah pakej kami dapat RM85 seorang.

Kami pergi berlima sebab lima orang je yang free. Kitaorang sebenarnya berlapan tapi lagi tiga orang agak sibuk. Kami bawa makanan dari rumah sebab nak jimat. (Makan kat pulau mahal 3 kali ganda). Alang-alang pergi satu hari je, tak banyak la kos. Aku tak bawak banyak baju pun. Pakai baju ready nak terjun dalam air terus. Bawa tudung lebih je.

Ready nak snorkeling.
Pakej satu hari dari pukul 8 pagi hingga 5 petang termasuk snorkeling ke 4 tempat sekitar pulau. Selepas tu, kita boleh request mana-mana satu tempat yang kita nak pergi selepas snorkeling. Macam kitaorang pilih Long Beach, lepak kat situ. Kitaorang snorkeling dari pukul 9 sehingga 12 tengahari. Perjalanan dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa selama 45 minit.

Gambar ni sekitar Long Beach. Masa ni tengah panas terik tapi we don't care, betul-betul gunakan pakej satu hari untuk bergambar.
Di Long Beach kami makan, solat dan rehat. Aku sarankan tak payah la ambil daytrip, penat dia lain macam. Hahaha. Balik rumah je terus demam.


Jangan lupa bawa sunblock supaya tak burn muka-muka yang cantik. 

Seronok mandi laut
Masa ni dua orang kawan aku dah kepenatan. So, tiga orang aje lah main air. Nak datang sini jangan lupa bawa roti nanti boleh bagi ikan makan dan tengok ikan yang cantik-cantik.


Tiga beg merah jambu. Unplanned.


Kami namakan trip kami kali ini dengan #SweetEscape

Sebenarnya ada banyak gambar view yang cantik-cantik tapi disebabkan dah lama, aku pun tak jumpa dah folder gambar-gambar tu semua. Ini pun main pick je untuk tontonan. Datang sini jangan lupa bawa monopod, tripod, dan GoPro. Boleh ambil gambar lawa-lawa. Hew hew.

Sekian sedikit perkongsian untuk kali ini. Till we meet again ya.