17 August 2017

PART 2: Bercuti di Pulau Pangkor, Perak

Hey guys.



Seperti yang dijanjikan, here it is, Part 2 of my short vacay. Yeay! Di entri kali ini aku akan berkongsi pengalaman dan aktiviti yang dilakukan pada hari pertama di Pulau Pangkor. Aku (bersama 3 rakan) menaiki bas dari stesen bas Kuala Besut 11 Ogos 2017 pada pukul 9 PM. Dalam pukul 530 AM, kami tiba di stesen bas Manjung. Untuk pengetahuan, korang boleh turun di stesen bas Lumut, boleh terus jalan kaki ke jeti Lumut untuk ke Pangkor. Memandangkan kawan aku yang dah stay Manjung tu datang pick up, so kami turun di stesen Majung yang mana lebih dekat dengan rumah.



Dalam pukul 830 AM, kami breakfast di kedai mamak terletak di bandar Manjung. Menu breakfast, roti canai + tea O panas. Lepas tu kami singgah Giant jap beli makanan ringan. Dalam pukul 11 AM, kami bertolak menuju ke Jeti Lumut. Nak pergi Pangkor, boleh naik Feri di Jeti Marina juga. Pukul 1130 AM kami menaiki Feri, masa ni tak ramai pun orang. Perjalanan mengambil masa selama setengah jam. Pukul 12 PM tiba di jeti Lumut dan kami terus call tour guide. Encik tu dah tunggu siap-siap kat jeti.

Kami terus menaiki teksi ke penginapan Flora Beach Resort. Perjalanan mengambil masa 10 minit dari jeti. Dah sampai tu rehat kejap lepas tu pukul 230 PM terus ke aktiviti snorkeling di Pulau Giam dan island hopping. Kami diberi masa selama 2 jam untuk snorkeling. Pada mulanya, aku ingat kan ada banyak spot snorkeling, rupanya dia campak je kat Pulau Giam. Hahahaa. Ramai gila orang tapi pedulikan je lah. I can tell tak best sangat pun snorkeling (Jujur). Punca, aku pernah pergi Pulau Perhentian, kalau nak compare pantai di Pulau Perhentian lagi crystal clear and snorkeling banyak point nampak hidupan laut jelas. Tapi apa-apa pun bila dapat enjoy dengan kawan-kawan, seronok je!




Nasib baik kawan aku ni ada action camera, dapat la ambil gambar angle luas sikit. Hehehe. Kat Pulau Giam ni ada orang jual burger, boleh la beli kalau lapar. Pada jam 5 PM, diteruskan dengan aktiviti banana boat (I really hate riding on banana boat). Sebab tak suka bila part dijatuhkan dalam laut air masin masuk hidung masuk telinga ughh. Tapi kawan-kawan semua excited je. Sebenarnya boleh je request taknak jatuh dalam air tapi nanti tak feel la. Hehe.

Lepas dah habis aktiviti banana boat, kami bebas melakukan apa-apa aktiviti sendiri. So, encik tour guide tunjuk lokasi best tengok sunset. Kami decide nak tunggu sampai matahari terbenam sambil bergambar. Tapi malangnya, awan tebal petang tu macam nak hujan, jadi tak dapat lah nak tengok sunset. But still, the view is so so cantik dan tenang. Dalam pukul 715 PM, kami pulang ke tempat penginapan, jalan kaki je sebab dekat dengan pantai. Lepas tu kami bersihkan diri rehat-rehat kejap. Pukul 8 PM, kami bersiap untuk dinner di salah satu kedai makan. Lupa nama kedai tu sebab semua ni dah termasuk dalam pakej. Malam tu kami dihidangkan dengan nasi, ikan bakar, tom yam telur dadar dan tea O ais. Overall, makanan best dan mencukupi. Selepas makan, kami jalan-jalan cari souvenir. Sepanjang jalan tu ada orang jual-jual macam night market la. Aku sempat beli fridge magnet dan keychain (typical barang yang dibeli bila bercuti LOL).




Sebelum pulang ke bilik, kami lepak kejap tepi pantai. Dah balik bilik macam biasa sembang-sembang lepas tu makan maggi sama-sama. Then, tidur. Oh ya, bilik kami tak besar mana pun tapi selesa, bersih, fully air-conditioned dan ada wifi.



Maka berakhir lah hari pertama kami di Pulau Pangkor. Comment down below if you happen to ask me questions.

Yang belum baca PART 1 of my vacation. Click the link below
PART 1: Trip to Pangkor Island

Part 3 coming soon. See ya!

*too lazy to edit the picture (original picture)


2 comments:

  1. bestnya bercuti kat pulau! pakej makan malam tu macam menarik aje, boleh kenyang sangat dah tu

    ReplyDelete
  2. bestnyaaaaaa. mesti meriah pergi ngan kawan2, lepak sampai tengah malam dalam bilik. :D

    kalau BV pun, mesti request taknak jatuh utk banana boat tu sebab taksuka tenggelam dalam air T^T nak snorkeling pun rasanya BV boleh kawasan cetek2 je, hahahhaha

    ReplyDelete

Drop your comments :)