Hey guys,
Kali ni aku nak berkongsi mengenai percutian ke Pulau Pangkor, Perak. Untuk Part 1 ni aku belum menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor pun, hehe tapi aku akan berkongsi mengenai persiapan, pakej dan yang sewaktu dengannya.
Trip kali ni aku dah rancang bulan lepas bersama-sama 3 lagi kawan sekolah menengah dulu. Untuk pengetahuan, kitaorang memang dah janji nak travel sama-sama sebelum kahwin. Hahaha. Sebelum ni, kitaorang ke Pulau Perhentian. Kalau korang berminat nak baca boleh tekan link bawah ni
Kali ni kami akan ke Pangkor, second trip lah untuk kitaorang satu geng tapi mana yang free je lah ikut. Yang dah kerja, dah kahwin tak ikut. So, segala pakej kawan aku yang settlekan memandangkan dia kerja di Manjung, Perak. Pakej yang kitaorang pilih RM168 per person 2 hari 1 malam (Pakej student). Antara aktiviti yang disediakan:
- to and fro ferry transfer
- to and fro van taxi transfer
- 1-night accommodation
- 1 dinner
- 1 island hopping
- snorkeling
- fish feeding
- 1 banana boat
- 1-hour canoe
- tour guide
So overall sangat berbaloi (for me la, share with me kalau korang pernah dapat pakej lagi best) selepas kitaorang dah bandingkan dengan beberapa pakej lain. Snorkeling tu without goggle, so kitaorang sewa RM10 sorang.
For this trip, actually I spent a lot. Since aku beli banyak barang baru. Beli backpack, team t-shirt, travel kit and etc. Tapi apa yang dibeli tu memang personally aku belum ada, so I don't think I waste my money. Yehee.
As for this trip, aku decided nak hasilkan satu jurnal travel. Haha. I found it funny at first, but it is okay la, writing for myself. Aku ada beli satu small notebook cost around RM1. Dalam buku ni nanti aku akan tulis dan catat semua event dan memori yang berlaku sepanjang di Pangkor nanti. Macam diari but specific masa di Pangkor sahaja. As you know or you don't know, I love to collect stickers, cute things etc. So, aku macam suka la nak decorate my jurnal nanti. Sneak peek of my journal, hehe.
Dan aku beli backpack dengan harga RM19.95. Serious murah gila for 40L backpack. Beli di Shopee apps. Kualiti bag pun okay je sumpah rasa macam berbaloi gila beli. Free postage pulak tu. I will show the bag in the next entry. Aku tak sempat packing pun lagi, kejap lagi baru nak pack.
I think that is all for this post. Will update about my trip to Pangkor Island soon. See ya!
The post that you may like:
berbaloi sangat harga tu boleh cover macam2 activity siap tempat bermalam :D
ReplyDeletecepat la update, nak baca lagi. wahahha :3
Hehee. Sabar yer, Part 2 lambat sikit
Deletedah lama tak g trip camni, last Form 4 kot ada snorkeling camp sekolah buat haha dah berzaman dah tu. teringin nak pergi tapi asyik tak sempat aje. murah dah backpack tu, nanti share eh. mana tau kak Hana boleh beli juga di Shopee tu :) sebab ada backpack kecik je sekarang ni
ReplyDeleteHehee. Okay Kak Hana, wait yaa
Delete