10 August 2015

Kolej Kediaman UiTM Pahang

Assalamualaikum.

Hey guys. Entri kali ni aku nak kongsi serba sedikit mengenai kolej kediaman UiTM Jengka, Pahang. Memandangkan keputusan UPU akan diumumkan pada 11 Ogos 2015, (Kalau tak silap) so mesti ada yang akan cari maklumat tentang universiti masing2.

Di UiTM Pahang, pelajar ijazah ada satu kolej je. Kolej Mat Kilau. Terdiri dari 3 blok. 2 blok perempuan dan satu blok lelaki. Blok 4 tingkat sahaja. Satu bilik 6 orang.

Pengalaman aku masa mula2 dapat masuk sini, sedih. Hahaha. Sebab semua orang tahu Jengka tu kelapa sawit. Tapi lama2 dapat juga biasakan diri. Nak belajar ni hati kena ikhlas. Betul tak ? Kemudahan cukup lengkap, jangan risau. Nak keluar masuk pergi bandar Jengka ada van. Bayar RM1 je. Kalau nak up sikit boleh pergi Star Mall atau East Coast Mall. Yang tu pandai2 sendiri la nak sewa kereta ke nak naik kereta sendiri ke. Terpulang.

Kat sini aku share beberapa gambar bilik yang sempat diambil sebelum habis final hari tu.


Satu bilik 6 orang. Katil double decker. Abaikan je lah muka roomate aku tu. Sebab hari tu lepas habis last paper terus balik. Tu yang semua busy kemas barang.


Meja study kat hujung tu untuk mereka yang dapat katil nombor 6.


Meja belajar satu setiap orang. Tak kecik tak besar. Sederhana.


Locker. Agak kecil. Kadang2 aku nak kemas baju pun tak muat. Hahaha.


Tak dinafikan, bilik agak sempit. Tapi oke lah untuk 6 orang. Aku berharap blok baru cepat siap dan boleh pindah duduk sana. Hihihi.

Dinasihatkan juga bawa kelengkapan secukupnya. Iron, iron board, heater semua tu silalah bawa. Dan yang paling penting bawa kipas. Hahaha. Sebab dalam bilik ni panas. Aku pun tak tahu kenapa. Patut dalam hutan ni sejuk lah kan. Tapi to be honest aku jarang rasa sejuk. Bangun pagi pun kadang2 berpeluh. Mostly setiap orang mesti akan ada kipas extra.

Kalau nak tanya apa2, boleh lah tinggalkan di ruangan komen.

Sekian.



21 comments:

  1. mesti meriah kan bilik 6 org :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Agak meriah la. Banyak cerita sorang2. Hehe

      Delete
  2. ehh rm1 je? murah nyaaa.
    ehh mmg kecik la locker tuu tp masa akk belaja xde pon locker. lagi sadis.hahahahah

    ReplyDelete
  3. Macam uitm segamat,tp kat sana sejuk,atas bukit. Ada kelapa sawit jga. Hehe
    tu la baiklah ada bilik kan dari tak ada. Iron segala mmf bawa sendiri afdal,tak payah pinjam tunģgu.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. HAHA. Untuk Kak Nana seribu komen pun takpe. :p

      Delete
  5. Salam. Tumpang tanya. Kolej ni mmg dibenarkan bwk kipas eh? Sbb saya baru nak daftar 5/9 nnt. Lg satu tumpang tanya. Awak kos apa ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam. Ya, dibenarkan bawak kipas. Saya kos fizik. :)

      Delete
  6. bilik tuu ditentukan mcm mne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Random. Tapi pernah juga ikut course.

      Delete
  7. Mmg student degree baru masok semua dpt tempat untuk diam kat kolej ?

    ReplyDelete
  8. mmg semua student degree baru masok dapat tempat untk stay kolej ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Student baru kebiasaannya dapat kolej.

      Delete
  9. Bilik still mcm tuh ke keadaan nya smpai skarang? I mean locker, katil sume?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes dear, Tapi sekarang rasanya budak perempuan duduk kolej baru. Lelaki kolej lama.

      Delete
  10. Roomate boleh pilih ker?? Atau ditentukan oleh pihak U??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau first2 masuk, random. Lepas tu sem2 lain boleh pilih.

      Delete
  11. nanti kalau duduk sana kita takleh pilih kan nak duduk ngan siapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau awak register sama2 dengan kawan awak, boleh je.

      Delete
  12. Salam nk tanya. Sekarang ni mmg suma ddok kolej tok gajah tu la ye utk degree? Dh takda dh ddok kolej lama?

    ReplyDelete

Drop your comments :)