13 February 2015

Kerabu Timun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Resepi kerabu timun ini merupakan resepi turun temurun dari ibu saya. Resepi yang sangat simple dan sedap dimakan bersama nasi ataupun dimakan begitu sahaja.

Saya kongsikan resepi kerabu timun. Kalau nak gantikan timun dengan mangga pun boleh or korang boleh mix.




Bahan-bahan:

  • Timun/mangga -diparut
  • Santan
  • Kelapa parut -digoreng dan ditumbuk
  • Ikan -direbus/dipanggang dan ditumbuk
  • Bawang merah -ditumbuk
  • Lada hitam -ditumbuk
  • Cili merah dan hijau -dipotong kecil
  • Bawang besar- dipotong kecil
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara memasak:

Tumbuk bawang merah, isi ikan yang direbus dan lada hitam bersama. Masukkan santan bersama timun/mangga yang telah diparut. Kemudian masukkan bahan2 yang telah ditumbuk sebentar tadi. Masukkan juga kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul bersama dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Selepas itu, masukkan bawang besar dan cili yang telah dipotong.

Tips: 
  • Kalau guna mangga, rendam mangga yang diparut dengan air garam terlebih dahulu.
  • Kelapa goreng tak perlu tumbuk sampai pecah minyak.

Sedia untuk dihidang. Sekian.

4 comments:

  1. kita suka makan kerabu daun apa entah namanya..salam ke apa..lupa la..selalu jga suruh mak buat.. ehehhe
    timun slalu buat makan2 gitu atau jus ja eizz.. kerabu smple belom pernah cuba lagi.. :D
    kalau ganti mangga dn epal hijau pun mcm sedap..

    ReplyDelete
  2. kerabu timun? nampak sedap tapi sayang akak tak suka timun.hahahaha

    otak berkarat? itu sila air coke.. simbah kat otak. gerenti karat tu hilang. lalalala XP

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan. hehe. boleh try pasni. hehe. bila nak kawen eizz?

    ReplyDelete
  4. kecur air liur akak.. nyum2. kerabu2 ni, my fav la..

    ReplyDelete

Drop your comments :)