18 February 2016

Lulus Ujian Memandu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hey guys. Dah 2 minggu tinggalkan blog tercinta. Sebenarnya aku sedikit busy. Hehe. Cuti semester kali ni aku sambung siapkan lesen kereta. Dari tahun lepas aku register, hari Selasa lepas baru lulus. Tahun lepas tak sempat nak siapkan sebab dah kena masuk sem baru. Lepas tu cuti midsem pula aku tak balik sebab kena pergi camping. Akhirnya cuti kali ni baru sempat.


Alhamdulillah. Sekali test je dengan abang-abang JPJ yang garang gila nak mati. Dah lulus pun. Selesai. Ni lah muda-muda dulu taknak ambil awal-awal. Haha. Sekarang merasa la susah dia. Sobs. Dulu bukan taknak ambil tapi kewangan tidak mengizinkan. Aku bukan orang berada, mak ayah tolong bayar. Semua duit sendiri. Pandai-pandai jimat duit sendiri. Duit PTPTN aku buat lesen. Hehehe. 


Haa aku tunjuk sikit markah lulus dia. Dia punya nervous tu of course la ada. Aku kena marah kot dengan Encik JPJ. Tak pasal-pasal dia marah aku sebab matikan enjin kereta. Masa tu aku dah selesai, aku dah nak turun pun dari kereta tu. Benda boleh cakap elok-elok kot. Aku dengan rendah diri mintak maaf. Bengang tu ada la jugak sikit dalam hati ni. Siap "aku kau" dia cakap dengan aku. Panas hati aku masa tu tapi sabar je lah. Nanti tak pasal-pasal dia gagalkan aku. Menangis.

So itulah cerita aku yang tak berapa nak menarik sangat. Hahaha. Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi.

Sekian.


10 comments:

  1. Waa alhamdulillah. Tahniah eiz. Boleh la drive lepasni. Hehehe. :D

    ReplyDelete
  2. wahhhh, dah ambik lesen. tahniah ya :D
    BV belum ambik lagi memang fail la bab memandu dan menunggang moto nie T^T

    ReplyDelete
  3. tahniah Eizz! akak pun tak buat lagi sebab kumpul duit sendiri :) bila dah settle lega la tu

    ReplyDelete
  4. i feel you. tapi nasib baik yang test jalan raya hari tu baik. siap cerita umah tangga dia lagi.kahkah

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. tahniah dah ada lesen.. abg2 JPJ mmg gitu... suka gertak.. hahaha

    ReplyDelete
  6. perghhhh!!!! congrate eizz!! jom merendet.. hehehe

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah dah lulus.. eh,kita blm ada lesen kereta lagi,baru ada motor. hahaha.. lambat ambil pun tak kisah la janji ado drp harapkan menumpang org lain/ harap org bawa kita pergi mana2 susah juga kan.. kita dah 24 baru nak ambil lesen,menyesal pun tak guna juga. hehe.. nak tak nak kena berani utk berdikari,chewah.

    nak kumpul duit ja utk ambil lesen,tempat kita rm1200++ tak silap. adoiyai... gawat betul..

    kita pun nak juga share cerita lesen motor,2kali baru lepas test jpj,tp malas betul nak buka blog

    (NL)

    ReplyDelete
  8. Wahhh tahniah kak! In Shaa Allah, saya pun tengah kumpul duit nak ambil lesen kereta ni. Fuh bukan senang nak senang kan. Apa2 pun, tahniah tau kak!

    ReplyDelete

Drop your comments :)