Pejam celik pejam celik dah habis pun latihan industri. Fuhh lega. Final year pula menanti lepas ni. Kurang lebih 2 bulan berpraktikal di Pejabat Meteorologi Terengganu. Pengalaman pahit manis semua ada. Tapi inilah lumrah kehidupan. Yang baik kita ambil sebagai pedoman hidup, yang buruk kita jadikan pengajaran untuk masa akan datang.
Lepas ni tak tahu la boleh update blog lagi atau pun tak. Belum final year pun dah tak menyempat, ini kan pula final year. Dengan projek lagi, dah dapat imagine kesibukan bakal melanda. Sepanjang praktikal, banyak benda yang aku belajar. Aku bernasib baik sebab dapat tempat dekat dengan rumah. Dalam 10 minit. Setiap hari rempit naik motor. Pukul 8 pagi sampai 5 petang. Ahad sehingga Khamis.
Nasib baik lah ada lagi 3 orang pelajar dari universiti lain. UKM, UPM dan UTM. Kami semua course sama, Fizik. Rasa sedih sangat bila masing-masing dah tamat. Tak tahu bila pula boleh jumpa. Terima kasih sudi jadi kawan yang baik, Kak Imah, Kak Fatin dan Kak Aida.
Oke. Dah boleh balik U. Hahaa. Malas nak upload gambar banyak-banyak. Line serupa siput. Terima kasih kepada semua pegawai yang banyak membantu. Semoga kita berjumpa lagi.
Sekian.
wahhh tahniah eizz dah habis latihan industri :D
ReplyDelete