28 May 2013

IWEEP - Irise : The Chronologies

Assalamualaikum..




Hai uolls ! Hari ni nak review novel yang bertajuk "The Chronologies". Novel ni kecik je, tak terlalu tebal. Sesuai untuk yang malas nak membaca macam aku. Haha. Sebab korang mesti baca novelet ni, first, dalam satu novel ada banyak cerita. Macam cerpen la. Semua pendek2. Dan yang bestnya, semua cerita berkisar tentang hati yang lara lagi duka. Macam orang yang frust dalam bercinta. Kehkeh.

Second, novel ni bercampur. Ada malay and english. Tapi lebih kepada malay la. Tapi best la kan. Variasi. Novel ni terdiri daripada penulis2 seperti Ze Bent Pencil, Sake, Rifa Johan, Niya Adriane, Nasyrun Malik, Naim Azim, Martini Muaz, Izza Hashim, Haryadi Hamid, Hana Ahmad, Fza Ibrahim, Abu Abbas, Zoul Yazix, Amiey White dan Qiez Medusa Ar. Fuhh, ramai gila kan. Tapi cerita dalam novel ni semua best2. Tak rugi kalau baca. :)

Third, harga murah. Tak sampai sepuluh hingget pun. I think, kurang lebih RM8. Dah lupa. Sebab kat novel tu tak da tulis harga. Mohon maaf andai tersilap. Sebab bil beli novel ni dah aku buang. Hihi. :p

Cerpen yang paling aku suka dalam novel ni, "Bunga Tisu" by Rifa Johan. Ceritanya amat pendek tapi maksudnya terlalu mendalam. Menusuk kalbu. Cerpen ni juga, bergambar. Ilustrasi memang cantik gila lah !

Dan aku suka juga "Tapi Dia Bekas Teman Wanita, Tidak Pernah Balas SMS Kau" by Nasyrun Malik. Cerpen ni macam kena dengan diri aku. Seorang wanita yang tak pernah balas SMS bekas teman lelakinya. Haha. :p

Yang lain2 pun best jugak. 29 cerpen kesemuanya kalau tak silap. So, tunggu apa lagi, segera lah ke kedai buku berhampiran anda dan sila beli. :p



Always Love,

20 comments:

  1. bagus betul promosi.. hehe.. akak pun tak suka membaca yang panjang2.. sebab akak cepat bosan.. macam menarik buku ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kak. Eizz pun tak suka sangat baca buku yang panjang2, hehe. Cepat2 beli ! :D

      Delete
  2. :O ingatkan novel hantu td..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la. Kenapa ? Seram ke cover tu ? huhu

      Delete
  3. wahh macam best jer..dayah ada baca bnyak gk novel tp malas nak review..bhaha..beli kedai mane SMO kew?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Jangan malas2. Yup. Beli SMO je,

      Delete
  4. hee~~ cam best n lawak je >.< nnti leh la usha2 kat kedai buku nnti :)

    ReplyDelete
  5. penulis2 dia banyak jugak yang gua tahu. terel bukan sikit2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke ? *terharu, bf zyraroxx komen entry gua. :p :p

      Delete
  6. wah, banyak kot cerpennya sampai 29.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup ! memang banyak. best2 lagi. jemput beli and baca. hehe :)

      Delete
  7. hye eizz..wah serius mcm best je ni.tgh skodeng gak mana2 novel nak jadikan koleksi.skrg ada pesta buku selangor...tapi selagi si kembar tu blm habis pantang..mmg tak bolehlah nak ke sana huhu...nice sharing ni tqvm ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Best la ada pesta buku. Mesti murah2. Jaga dulu si kembar sampai sihat yer. :D

      Delete
  8. sy pun igt..novel hantu..ha3, bila dah bca hbis..bru tahu =) murah jgak yup bwah rm10...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Cover dia memang nampak cam seram. Yup, murah je :)

      Delete
  9. kita suka juga novel ke cerpen macam ini..tak berapa tebal..sebab biasa isinya santai2..tak terlalu brat nak faham..cool..heeeee... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah Kak Nana. Memang santai pun. Kalau nak sambung baca tahun depan pun tak pe sebab pendek2. Tak perlu faham jalan cerita :D

      Delete

Drop your comments :)