31 July 2015

Kad Raya daripada Nana Liena

Assalamualaikum.

Guess what ? I just received kad raya from Nana Liena guys !

Terima kasih Kak Nana kerana masih lagi ingat daku di sini. Dah 2 tahun ber-turut2 dapat kad raya. Rasa bersalah pula sebab aku sekali pun tak pernah hantar kad raya. Ini semua kerana busy. Hehehe. Salahkan busy.



Tadaa ! Cantik sangat kad raya ni. Ucapannya rahsia lah. Hehe. Rasanya sempat lagi tak nak balas kad raya Kak Nana ni ? Ada lagi ke kad raya kat kedai ? :( 

Rasa nak balas balik ni, kalau takda aku buat kad sendiri je. Settle.

Esok update lagi. Sekian.



28 July 2015

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama meninggalkan dunia blogging (5 months), akhirnya daku kembali bersua. Eceh. Tetiba rasa awkward sendiri sebab dah lama sangat tak menaip. 5 bulan menyepi buat apa ? Yeah, I'm a student, banyak kerja nak kena buat. Busy. Hahaha. Sebenarnya tak adalah busy sangat tapi busy juga. Yang pasti memang tak sempat la nak cari idea nak update blog. Hew hew.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua kenalan yang tak henti2 support diri ini. Walaupun dah lama menyepi tapi masih ada yang mintak address nak hantar kad raya. Serious terharu gila dan terima kasih banyak2.

Tak sempat nak hatar kad raya sorang2 ke rumah. Ecard je yang mampu.




The simple one sebab tangan pun dah kaku. Sticker line ihsan dari google. Sekali lagi, minta ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri ini. Jemput beraya kat rumah, raya sebulan oii. Biskut raya pun tak habis lagi.

Peace ^_^
Sekian.