20 September 2015

Hyde Jekyll Me Weekly Planner (Korean Drama)

Assalamualaikum.

Hey guys. Ada sesiapa peminat drama korea ? Rasanya memang ramai yang minat termasuklah diri ini. Hee. Aku dapat limited edition Hyde Jekyll Me planner and poster. Yay!!! Overly excited. Ayat 'dapat' tu macam ada orang bagi je kan ? Haha.


Cuteness overload! I can't handle myself. Haha. Tambah-tambah lagi Hyde Jekyll Me ni merupakan salah satu drama kegemaran. Yeehuu. Oke lupa nak bagitahu mana dapat ni. Sebenarnya aku redeem guna astro circle point. Dah macam2 aku redeem. Sebelum ni pernah redeem totebag. Hiks. It's free. Kenapa nak tolak benda free. Just klik je kat website astro circle tu nak barang apa. Macam-macam ada.


Bahagian dalam. Ada weekly schedule. Perfect sangat untuk aku yang baru berjinak dengan dunia planner ni. Undated planner, so nak guna tahun bila pun boleh.


The other part.


Oke, sekarang dah bertambah satu lagi barang kesayangan. Warna hitam pula tu. Love it! Nasib baik sempat redeem hari tu sebab bila dah check balik website tu, dah takda dah. Fuhh.

Hey, ada poster yang besar gedabak juga tau. Tapi malas nak ambil gambar. Ehehe.

Sekian.



16 September 2015

Larian Amal Hari Malaysia.

Assalamualaikum and Hi.

Hey guys. Dah hampir dua minggu semester baru, semakin hari semakin busy. Of course la kan. Dah siap ada assignment bagai. Menangis la. Esok kena hantar, tak buat pun lagi. Hehe.

Memandangkan hari ni cuti sempena Hari Malaysia, UiTM Pahang tidak ketinggalan mengadakan aktiviti Larian Amal. Atau dengan kata lain berlari sambil beramal. Derma RM5 setiap seorang. So aku dan roomates tidak ketinggalan mengikuti aktiviti ni. Pukul 7 pagi dah bersiap turun padang.

Kongsi gambar sikit. Hehe. Tengah taip guna phone ni. So aku tak tahu la macam mana rupa entri ni. First time, blur jap macam mana nak attach picture.


Tak sempat nak mengedit gambarnya. Upload je terus. Hew.


Paling belakang tu saya. Heheh. 


My classmates! Tak semua yang datang. Dapat sijil penyertaan dan kupon aktiviti. Yay!

Oke. Nak pi buat assignment sat. See you!

Sekian.



12 September 2015

Novel Review: Chi-Chii the Cat, Xinmei Yu

Assalamualaikum and Hi.

Hey guys. Novel review again. Wohoot! As for today review, it is just a simple story book with doodlings.


Here is the cover of the novel. Such a really cute pocket size novel. The price of the novel is RM19.90. I just can't stand to see the cuteness of the novel. Hehe.

This novel (or more likely a comic) is a true story about how her (the author) first pet entered her life when she was 9.


Doodle pages inside! Such a really nice story. Heeya I added one more novel to my book collections. Don't forget to grab yours too.

Peace.



8 September 2015

Peperiksaan Online Separa Perubatan

Assalamualaikum.

Hey guys. Semalam check emel lepas tu aku dapat emel daripada SPA.


Cerita dia, aku mohon SPA ni masa zaman lepas SPM dulu 2013. Sekarang baru dapat. Rasa macam apa je. Haha. Aku dah halfway degree kot. Sekarang dah sem 3, lagi 3 sem complete. Yer memang SPA ni masa depan terjamin. Maksudnya lepas belajar memang confirm dapat kerja. Kalau dari dulu aku dapat, before masuk asasi ke, tengah asasi ke, sanggup lagi nak quit time tu. Kalau sekarang ni, pikir banyak kali juga.

Apa-apa pun tak sure pun lagi aku dapat ke tak. Ini terpilih untuk peperiksaan online sahaja. Exam pula pada 14 Sept. Hari Isnin, confirm aku ada kelas. So aku buat keputusan, kalau masa timetable free, aku akan jawab exam ni. Kalau tak free maka aku let go kan saja.

Sampai sini dulu. Sekian.





4 September 2015

SEGMEN:BLOGLIST KEKAL THEYANAONLY


GIVEAWAY


(blog anda akan diletakkan di dalam bloglist saya disidebar secara kekal)
TAMAT PADA 10 SEPTEMBER 2015, JAM 11:59PM

segmen theyanaonly ni bukan sekadar blogwalking tapi giveaway juga, ada hadiah bagi 2 orang yang bertuah. Macam mana nak join mudah sahaja baca bawah ni apa yang perlu anda lakukan
  1. buat "SEGMEN:BLOGLIST KEKAL THEYANAONLY" (jangan lupa linkkan)
  2. follow blog saya "i follow" (make sure jujur)
  3. follow twiter saya "i follow" (kalau ada twitter wajib)
  4. berapa kerap anda post cerita di blog anda ? (contoh dibawah pilih salah satu)
SETIAP HARI / SETIAP MINGGU / SETIAP 2 MINGGU 
dua orang yang bertuah dipilih dengan cara random.org akan dapat hadiah special

MUDAH KAN JUST COPY CODING DALAM BOX BAWAH NI AND PASTE DEKAT POST KORANG SEMUA TELAH SIAP DI LINK KAN.

TAMAT 10 SEPTEMBER 2015, JAM 11:59PM


JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK ENRTY ANDA


3 September 2015

Memori Sekolah Rendah

Assalamualaikum.

Hey guys. Pejam celik pejam celik aku dah nak habis cuti. Sobs. Tak ready lagi nak hadapi semester 3. Tapi apa pun kehidupan mesti diteruskan. :)

Semalam sempat kemas bilik sikit. Tengah duk kemas laci tu tetiba aku jumpa barang2 lama. Antaranya anak patung kecik, keychain yang bersepah, pen-pen yang kehabisan dakwat etc. Bukan main lagi, banyak sangat barang-barang yang dah tak digunakan. Dan ada terselit 2 buah medal kat bawah kertas. (betul ke medal guna 'buah') *confused.


Bronze medal. Hehe. Yang ni aku dapat masa sekolah rendah pada tahun 2007. Aku darjah 6 masa tu, nak ambil UPSR. Heheh. Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka. Sekolah ni dekat je dengan rumah aku. Dulu selalu pergi sekolah naik basikal. 15 minit biasanya. Pukul 7 dah bertolak dari rumah. Kadang-kadang kat tengah jalan tu jumpa kawan sekelas. Lepas tu kayuh basikal sama-sama. Rindunya.


Kalau tak silap, ada acara olahraga kat sekolah. So, aku join la lari berganti dengan lompat jauh. Lompat jauh aku kalah rasanya. Hahaha. Aku dulu masa sekolah rendah pendek kecik je. Macam mana lah boleh terpilih lompat jauh. Hahaha. Yang ni dulu peringkat rumah sukan sekolah je. Rumah sukan biru. Aku still ingat. Tetibe rindu kawan-kawan lama. Medal ni plastik je lol. Hahaha. Tapi rasa bermakna gila. Memori kot. Mana boleh dicari ganti. Selepas tu aku dah tak aktif dah. Sekolah rendah la pertama dan terakhir. Hehe.

Sampai sini dulu memori zaman silam.

Sekian.



2 September 2015

Giveaway 1.0 by ENA

Assalamualaikum.


Jom ramai-ramai join Giveaway!



1st GiveAway by Ciktaman





Assalamualaikum dan hai :)


Sepanjang bulan September ni, cktmn nak buat satu segmen untuk korang semua..


1st GiveAway by Ciktaman




Ok syarat penyertaan senang je!


1. Mesti follow @ like


* Blog - ciktaman + nuff click 
* Instagram - ctctraudhah | molekgilo


2. Buat satu entri [copy coding yang diberi] dan komen



pasal blog ciktaman tak lebih 15 patah perkataan..




3. Tinggalkan URL entry korang pada post ini sahaja. *link pada chatbox tak dikira







4. Tempoh GA adalah bermula 1 September sehingga 30 September 2015''













** Untuk lihat senarai peserta kat SINI



*** Untuk lihat senarai hadiah kat SINI



***Pemenang akan dipilih sepenuhnya daripada cktmn





Komen untuk blog Ciktaman:
Blog yang sangat kemas. Warna pink pastel yang cantik. Warna font yang digunakan, kalau warna hitam lagi mudah untuk dibaca. :)



--------------------------------------------------------------------------------------------------