22 October 2015

#88LOVELIFE by Diana Rikasari

Assalamualaikum.


Hey guys. Dah lama nak update pasal buku #88lovelife ni. Tapi tak berkesempatan pula. Hehe. Finally, it becomes my entry for today. Yay.

#88lovelife. This book or novel is more likely about everyday quotes. There are 88 thoughts on love and life. Aku tak beli pun novel ni. Kawan bagi masa birthday hari tu. Rasanya novel ni tak ada kat kedai-kedai buku. Kalau kat instagram ada banyak jual beberapa bulan lepas. Sekarang not sure ada lagi ke tak.

Yea. Such a beautiful novel. Colourful pages inside with illustrations. Dan yang paling special ada 2 pages full of stickers. Comel-comel lagi.


Kawan cakap dia beli masa pergi book fair kat KL. Thanks my beloved friend. Sampai sini dulu, short entry for today. I nak pergi perjumpaan kolej. See you!

Sekian.


18 October 2015

Cara Menghilangkan Sakit Senggugut

Assalamualaikum.

Para wanita kebiasaanya akan mengalami masalah sakit senggugut ataupun period pain ketika kedatangan haid. Tahap kesakitan setiap orang itu berbeza. Ada yang sakit sederhana, ada yang sakit gila-gila dan ada yang tidak pernah alami pun rasa sakit senggugut.

Berdasarkan pengalaman sendiri, aku pun turut mengalami period pain ni. Setiap bulan memang akan alami derita tu. Para wanita je yang memahami situasi ni. Biasanya aku akan ambil ubat tahan sakit. Kadang-kadang minum air bergas. Memang berkesan tapi mungkin akan ada kesan sampingan.

So, baru-baru ni aku menggunakan Air-activated Heat Patch. Macam dalam gambar kat bawah ni.


Aku jumpa ni kat Watsons. Saja je beli nak try dan memang betul-betul berkesan. Memang boleh hilangkan rasa sakit tu. Satu kotak harga lebih kurang RM11 kalau tak silap dan dalam dia ada 2 patches. Satu patch boleh tahan sampai 8 jam.

Yang tak cuba lagi, boleh cuba sebab ni bukan ubat yang perlu dimakan. Hanya perlu buka dan tampal kat perut. Seriously, benda ni berkesan bila aku guna. Sebab masa pakai patch tu langsung tak rasa sakit. You should try this out girls!

Or maybe you may share your tips down there. Sekian.



17 October 2015

Islamic Art Museum Malaysia

Assalamualaikum.

Hey guys. So that-so-busy-person is here. Dah lama tak update blog. Alasan busy malas minggu test nak kena study bagai. Hew.

Minggu lepas bertarikh 11 October 2015, Persatuan Fizik UiTM Pahang ada buat lawatan ke Islamic Art Museum. Yehuu. This is my first time going there. Kami bertolak dari pukul 6.45 pagi dari kolej. Rombongan sebanyak 2 buah bas.

Kami tiba di muzium tersebut pada pukul 11.30 pagi. Sebelum masuk, setiap seorang kena beli tiket terlebih dahulu. Tiket berharga RM7 dan lepas tu boleh la pusing-pusing satu muzium.

Here I share the pictures.
 

A complete set of a songket bridegroom outfit / Pakaian songket lengkap pengantin lelaki dan perempuan. (1958)


Ukiran 99 nama Allah.


Close up picture.


Traditional healing / Perubatan tradisional. (abad ke 19M/13H)


Left: Coin tree of Sultan Mansur Shah / Pokok pitis Sultan Mansur Shah. (1896M/1314H)
Right: Coin tree of Sultan Muhammad IV / Pokok Pitis Sultan Muhammad IV. (1903M/1321H)


Al-Quran Terengganu.




Dan banyak lagi. Serba sedikit yang dapat saya kongsikan.


Ada juga tempat cantik-cantik boleh ambil gambar bersama-sama. Ala-ala family punya gambar. Hehe. It's me the second one from the left.

Sebenarnya kami nak pergi Planetarium Negara sempena Angkasa Talk 2015. Sebelum pergi sana singgah sini dulu. Hehe. Sampai sini dulu perkongsian hari ini. Sekian.



3 October 2015

Quote of the Day

Assalamualaikum and Hi.


Page 48 of #88LOVELIFE. My favourite book.

Lately asyik busy. Yes seriously. Class, assignment, lab report, quiz, study, tambah lagi tanggungjawab sebagai setiausaha persatuan. Macam-macam lah. Blog asyik terabai. Kalau dulu jadual pack masa belajar asasi. Ingatkan bila dah degree boleh rilek-rilek. Yeah, I'm so jealous dengan kawan-kawan yang lain. Aku punya credit hours 23 satu semester. Kawan 16 credit hours je. Jealous sangat. Aku tak tahu lah kenapa aku punya course ni 3 tahun je. So, bertabah lah hati. Setiap sem terpaksa ambil maximum credit hours.

P/s: Yang dah follow, aku akan followback kemudian. Don't worry. Me support blogger-blogger tempatan. Yang nak exchange link, dialu-alukan.

Sampai sini dulu. Nak siapkan lab report. Sekian dan selamat malam.