1 January 2019

Happy New Year!

Assalamualaikum and hi!


Dah lama rasanya aku tak ber-blogging. Seriously, rindu nak update blog setiap minggu tapi kekangan kerja dan masa buat aku tak sempat. Sempena tahun baru ni, aku nak ambil peluang untuk mengimbau kembali what did I went through for the whole year of 2018, setakat yang aku ingat je lah and the new things that I'm going to change for a better me, maybe.

So, a few things that I achieved in 2018:-

1) I finally published two journals related to the solar cell. I'm so proud of myself heeyaa! I did it, guys! Thanks a lot to those who have been helping me through my journey. I swear this research journey is not easy at all and sometimes I do regret choosing to further study LOL.

2) Sepanjang tahun 2018, aku dah berjaya hiking ke tiga tempat yang berbeza; Bukit Batu Putih Port Dickson, Gunung Datuk Rembau dan Bukit Keluang Besut. Tapi yang Gunung Datuk tu halfway je sebab member tak larat, hehehe. Aku pun tak percaya aku berjaya hiking sebab aku memang malas buat aktiviti luar ni, but I did it anyway.

3) Aku ada ceburi hobi baru iaitu join any kind of fun walk or run. Tahun 2018, aku berjaya join satu fun walk dan satu fun run. Aku rasa motivated gila bila join aktiviti macam ni. Tak tahu la kenapa, maybe I get to know new people, new experience and I have another one this upcoming April 2019. Kebiasaannya aktiviti macam ni banyak je parti yang anjurkan dan kita hanya perlu register, bayar dan hadir pada hari kejadian. Mungkin yang menarik minat aku sebab dapat tshirt aktiviti, medal, sijil etc so why not. Oh, yang aku dah join 3km Fun Walk Hari Sukan Negara di Stadium Bukit Jalil dan 5km Fun Run Supermeow di Putrajaya.

Itu je lah kot yang aku proudly achieved in 2018. Last october, aku ada bercuti ke Penang. My goals every year at least pergi ke satu tempat yang aku tak pernah pergi. Aku ada berniat nak share pengalaman bercuti ke Penang tapi belum kesampaian, tunggu lah next entri. Dan tak lupa juga aku dah berjaya experience one thing that I never tried before iaitu naik top gun. Aku dah lama kot teringin nak naik top gun tapi tak kesampaian. Luckily hari tu ada Fun Fair Kajang, aku try lah naik dan aku menyesal hahahaha, sumpah weh scary gila. Aku baru sedar yang aku ni tak ada lah kuat mana. Last December, for the first time in my life, aku berjaya ke Melaka Wonderland. Kali pertama ke taman tema air macam ni, so jakun right hehe. Pergi pun sebab ada tiket half price so daripada membazir, elok la pergi. Ada banyak benda baru yang aku dah lalui sepanjang 2018, I will keep them to myself.

So, for this new year, I hope I can finish my study, graduate, get a job and travel! 

Terima kasih sudi baca kisah hidup aku yang so-so ni, wishing you all a happy new year! May all your wishes and dreams come true.

Till we meet again.
❤️ Eizz


2 comments:

  1. Happy new year too. May this year bring us happiness, joy and laughter 😊

    Syaza | www.syazaraihanah.com

    ReplyDelete

Drop your comments :)