21 January 2012

Resepi Kejayaan

..Assalamualaikum..

  BAHAN-BAHAN :

 250gm daya usaha
 100gm kesabaran
 100gm keimanan
 190gm keinsafan
 150gm pengorbanan
 150gm campuran akhlak mulia
  ( carilah di kedai adab sopan )
 8 sudu teh rasa tanggungjawab
 Senyuman secukup rasa


CARA MEMBUAT :

 Pukul semangat sehingga kental
 Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati
 Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit
 Biarkan adunan menjadi lembut
 Selepas itu, campur keimanan, rasa tanggungjawab,
dan campuran serbuk akhlak mulia
 Kemudian. bungkus dengan rasa ingin tahu
dan ingin mencuba
 Masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk
timbang rasa dan tolak ansur
 Hiaskan dengan senyuman dan biarkanlah
dengan api semangat yang membara.



..Untuk menghasilkan kek kejayaan yang enak dan cantik..  Jauhkan ia daripada air mata putus asa walaupun setitik..





1 comment:

  1. adun sebati sampai naik lemak.. ngeh ngeh..okay la resepi ni..kalau sesiapa sabar..mesti dapat result 'sedap' ^^

    N.L

    ReplyDelete

Drop your comments :)