..Assalamualaikum..
Kalau kau tak suka, jangan baca. :)
Salam sayang buat semua pembaca setia blog sederhana milik si kecil comel yang tak berapa nak perasan sangat. Semenjak bermenjak menjak ni, aku tak dapat nak update blog. Tak dapat nak blogwalking. Tak dapat nak follow balik. Mohon maaf yang teramat sangat sebab aku betul2 tak ada masa. Ni pun aku curi2 update, walaupun bila pandang tepi, kerja masih banyak yang tak siap.
Ada je yang unfollow aku, maybe sebab aku lambat follow, or mereka memang tak suka blog aku. Lantak mereka la kan. Aku tak kisah ! :p Sekarang ni aku just nak bagi tau yang belajar ni memang susah. Susah oii. Bukan macam belajar abc zaman 1999. Masa tu aku masih tadika mungkin. Kadang2 aku rasa lemah, rasa tak kuat, rasa give up. Seriously !
Bila aku tengok housemate aku semua rajin2, study je memanjang. Aku pun punya perasaan. Of coz la aku jealous bila tengok semua orang study hard. Tapi aku tak mampu nak jadi macam tu. First, aku memang malas. Kena ikut mood. Time aku nak belajar, aku belajar la. Sesedap manggis je kan.
Setakat ni, aku tak berapa nak oke sangat belajar math, physics, chemist. Yang bab kira2, aku memang out. Tapi tak de lah aku blur 360 darjah. Aku masih lagi faham tapi otak aku ni lambat tangkap. Kalau nak kira2 tu, aku ambil masa lama. Nak2 kalau soalan tu high level. Kat sini semua students pandai2. SPM gempak2. Aku ni kira bernasib baik je.
Aku lemah ? Tak ! Aku tak lemah. Aku hanya malas. Ya, aku malas. Aku bukan tak pandai tapi aku malas. Perasaan tu yang buat aku jadi lemah. Arghh, berbelit pula ayat. :p
Entri kali ni hanya sekadar luahan hatiku. Hei, kalau kau tak suka, jangan baca. Kbye, nak sambung study balik. RAJIN !
Always Love,