19 August 2017

Kolej Kediaman UiTM Jengka Pahang (Kolej Tok Gajah)

Hey guys.

So untuk adik-adik yang berjaya sambung belajar, aku ucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Post kali ini aku akan kongsikan kolej kediaman di UiTM Jengka Pahang. Sebelum ni dah ada post menegenai Kolej Mat Kilau, boleh klik link bawah untuk baca.


So, kali ni Kolej Tok Gajah pula. Kolej Tok Gajah merupakan kolej baru. Baru je siap tahun lepas kalau tak silap. Aku sempat merasa stay kolej ni masa semester akhir. Untuk pelajar-pelajar baru kebiasaannya akan dapat Kolej Tok Gajah.

Kolej Tok Gajah ada 4 blok (A,B,C,D). Setiap blok ada 10 level. Aku kongsikan sedikit gambar.



Gambar diambil ketika aku tengah rushing nak balik. Hehe. So, gambar kat atas ni kawasan sekitar Blok A. Satu aras aku lupa ada berapa bilik/rumah (?). Dalam satu rumah, ada 4 bilik. Setiap bilik ada 2 katil. Maksudnya satu bilik 2 orang. Dalam setiap rumah ada disediakan pantri, bilik air, ruang tamu, tempat ampaian. Tempat ampaian ni sederhana besar je so aku galakkan korang bawa ampaian sendiri letak di ruang tamu. Jangan la jemur baju basah pula yer di ruang tamu. Ada dobi di setiap blok level paling bawah. Ada 5 washing machine dan 2 dryer untuk setiap blok. Washing machine RM 2.50, dryer RM 2.50. Kebiasaanya aku tak guna dryer, lepas basuh aku jemur di ruang tamu rumah. Kejap je esok dah kering. Tapi kalau korang ada duit lebih, guna je la dryer lagi cepat kan. Hehe.




Susunan katil dan meja belajar untuk 3 bilik adalah sama macam gambar di atas. Ada satu bilik je susunan lain sikit. Sangat selesa, dan bilik pun tak sempit. Kerusi study tu, aku tak suka. Hahaa. Sebab kerusi tu buat aku sakit belakang. So, ada member beli cushion letak kat kerusi tu. Korang boleh la beli cushion sebab kerusi tu kalau nak duduk lama memang azab.



Ini pula almari pakaian setiap orang. Besar dan muat lah nak letak segala macam.


Ini pula bahagian pantri. Ada sinki, ada kabinet kat bawah.


Ada 3 bilik air. 2 shower + toilet, 1 shower sahaja. Ada cermin besar bersama sinki sekali, tak sempat ambil gambar.

Kalau ada apa-apa nak tanya, drop your comment oke. Sekian.


17 August 2017

PART 2: Bercuti di Pulau Pangkor, Perak

Hey guys.



Seperti yang dijanjikan, here it is, Part 2 of my short vacay. Yeay! Di entri kali ini aku akan berkongsi pengalaman dan aktiviti yang dilakukan pada hari pertama di Pulau Pangkor. Aku (bersama 3 rakan) menaiki bas dari stesen bas Kuala Besut 11 Ogos 2017 pada pukul 9 PM. Dalam pukul 530 AM, kami tiba di stesen bas Manjung. Untuk pengetahuan, korang boleh turun di stesen bas Lumut, boleh terus jalan kaki ke jeti Lumut untuk ke Pangkor. Memandangkan kawan aku yang dah stay Manjung tu datang pick up, so kami turun di stesen Majung yang mana lebih dekat dengan rumah.



Dalam pukul 830 AM, kami breakfast di kedai mamak terletak di bandar Manjung. Menu breakfast, roti canai + tea O panas. Lepas tu kami singgah Giant jap beli makanan ringan. Dalam pukul 11 AM, kami bertolak menuju ke Jeti Lumut. Nak pergi Pangkor, boleh naik Feri di Jeti Marina juga. Pukul 1130 AM kami menaiki Feri, masa ni tak ramai pun orang. Perjalanan mengambil masa selama setengah jam. Pukul 12 PM tiba di jeti Lumut dan kami terus call tour guide. Encik tu dah tunggu siap-siap kat jeti.

Kami terus menaiki teksi ke penginapan Flora Beach Resort. Perjalanan mengambil masa 10 minit dari jeti. Dah sampai tu rehat kejap lepas tu pukul 230 PM terus ke aktiviti snorkeling di Pulau Giam dan island hopping. Kami diberi masa selama 2 jam untuk snorkeling. Pada mulanya, aku ingat kan ada banyak spot snorkeling, rupanya dia campak je kat Pulau Giam. Hahahaa. Ramai gila orang tapi pedulikan je lah. I can tell tak best sangat pun snorkeling (Jujur). Punca, aku pernah pergi Pulau Perhentian, kalau nak compare pantai di Pulau Perhentian lagi crystal clear and snorkeling banyak point nampak hidupan laut jelas. Tapi apa-apa pun bila dapat enjoy dengan kawan-kawan, seronok je!




Nasib baik kawan aku ni ada action camera, dapat la ambil gambar angle luas sikit. Hehehe. Kat Pulau Giam ni ada orang jual burger, boleh la beli kalau lapar. Pada jam 5 PM, diteruskan dengan aktiviti banana boat (I really hate riding on banana boat). Sebab tak suka bila part dijatuhkan dalam laut air masin masuk hidung masuk telinga ughh. Tapi kawan-kawan semua excited je. Sebenarnya boleh je request taknak jatuh dalam air tapi nanti tak feel la. Hehe.

Lepas dah habis aktiviti banana boat, kami bebas melakukan apa-apa aktiviti sendiri. So, encik tour guide tunjuk lokasi best tengok sunset. Kami decide nak tunggu sampai matahari terbenam sambil bergambar. Tapi malangnya, awan tebal petang tu macam nak hujan, jadi tak dapat lah nak tengok sunset. But still, the view is so so cantik dan tenang. Dalam pukul 715 PM, kami pulang ke tempat penginapan, jalan kaki je sebab dekat dengan pantai. Lepas tu kami bersihkan diri rehat-rehat kejap. Pukul 8 PM, kami bersiap untuk dinner di salah satu kedai makan. Lupa nama kedai tu sebab semua ni dah termasuk dalam pakej. Malam tu kami dihidangkan dengan nasi, ikan bakar, tom yam telur dadar dan tea O ais. Overall, makanan best dan mencukupi. Selepas makan, kami jalan-jalan cari souvenir. Sepanjang jalan tu ada orang jual-jual macam night market la. Aku sempat beli fridge magnet dan keychain (typical barang yang dibeli bila bercuti LOL).




Sebelum pulang ke bilik, kami lepak kejap tepi pantai. Dah balik bilik macam biasa sembang-sembang lepas tu makan maggi sama-sama. Then, tidur. Oh ya, bilik kami tak besar mana pun tapi selesa, bersih, fully air-conditioned dan ada wifi.



Maka berakhir lah hari pertama kami di Pulau Pangkor. Comment down below if you happen to ask me questions.

Yang belum baca PART 1 of my vacation. Click the link below
PART 1: Trip to Pangkor Island

Part 3 coming soon. See ya!

*too lazy to edit the picture (original picture)


10 August 2017

PART 1: Trip to Pangkor Island

Hey guys,

Kali ni aku nak berkongsi mengenai percutian ke Pulau Pangkor, Perak. Untuk Part 1 ni aku belum menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor pun, hehe tapi aku akan berkongsi mengenai persiapan, pakej dan yang sewaktu dengannya.

Trip kali ni aku dah rancang bulan lepas bersama-sama 3 lagi kawan sekolah menengah dulu. Untuk pengetahuan, kitaorang memang dah janji nak travel sama-sama sebelum kahwin. Hahaha. Sebelum ni, kitaorang ke Pulau Perhentian. Kalau korang berminat nak baca boleh tekan link bawah ni


Kali ni kami akan ke Pangkor, second trip lah untuk kitaorang satu geng tapi mana yang free je lah ikut. Yang dah kerja, dah kahwin tak ikut. So, segala pakej kawan aku yang settlekan memandangkan dia kerja di Manjung, Perak. Pakej yang kitaorang pilih RM168 per person 2 hari 1 malam (Pakej student). Antara aktiviti yang disediakan:

  • to and fro ferry transfer
  • to and fro van taxi transfer
  • 1-night accommodation
  • 1 dinner
  • 1 island hopping
  • snorkeling
  • fish feeding
  • 1 banana boat
  • 1-hour canoe
  • tour guide

So overall sangat berbaloi (for me la, share with me kalau korang pernah dapat pakej lagi best) selepas kitaorang dah bandingkan dengan beberapa pakej lain. Snorkeling tu without goggle, so kitaorang sewa RM10 sorang.

For this trip, actually I spent a lot. Since aku beli banyak barang baru. Beli backpack, team t-shirt, travel kit and etc. Tapi apa yang dibeli tu memang personally aku belum ada, so I don't think I waste my money. Yehee.

As for this trip, aku decided nak hasilkan satu jurnal travel. Haha. I found it funny at first, but it is okay la, writing for myself. Aku ada beli satu small notebook cost around RM1. Dalam buku ni nanti aku akan tulis dan catat semua event dan memori yang berlaku sepanjang di Pangkor nanti. Macam diari but specific masa di Pangkor sahaja. As you know or you don't know, I love to collect stickers, cute things etc. So, aku macam suka la nak decorate my jurnal nanti. Sneak peek of my journal, hehe.


Dan aku beli backpack dengan harga RM19.95. Serious murah gila for 40L backpack. Beli di Shopee apps. Kualiti bag pun okay je sumpah rasa macam berbaloi gila beli. Free postage pulak tu. I will show the bag in the next entry. Aku tak sempat packing pun lagi, kejap lagi baru nak pack.

I think that is all for this post. Will update about my trip to Pangkor Island soon. See ya!

The post that you may like: