1 April 2013

Indahnya Syurga Anak Soleh

..Assalamualaikum..



Dear readers, cantikkan gambar kat atas ? Ku ambil dari satu page kat facebook.. Arghh lupa lah page apa.. -_-




"Indahnya Syurga Anak Soleh, Dasyatnya Neraka Anak Derhaka" Demikianlah tajuk sebuah buku yang baru habis aku baca semalam.. Best la buku ni, ada nilai2 baik yang patut dicontohi dan nilai2 buruk yang mesti dijauhi.. Dijauhi.. Lebih tepat jangan buat langsung..

Aku suka baca buku.. Tapi aku tak suka baca novel.. Novel pun buku jugak.. Haha.. Maksud aku novel tu kan macam jiwang2 gitu.. Err, jiwang ke ? Pape lah tapi aku tak suka baca.. Sekarang ni tak payah sibuk nak baca novel dah sebab drama2 Melayu sekarang ni kebanyakannya diadaptasi dari novel.. Ye idok ? :p 

Aku suka je baca novel kalau novel tu berbahasa Inggeris.. Amboii, kelasss gittew :p Ye lah kan, bila kita baca buku bahasa omputeh ni, dapat tingkatkan lagi vocab kita.. *baca komik lagii best :p

So, jangan lupa beli buku ni erk.. Murah je tak sampai pun sepuluh hingget.. Novel yang entah pape tu lagi mahal kot.. *ayat mintak kena bash para peminat novel tegar.. Hiks ^_^

Sedikit moral dari buku yang aku baca :

"Tanpa ibu dan ayah, tidak berada kita di dunia ini. Tanpa belai kasih dan didikan sayang mereka, pudar warna2 keceriaan hidup ini. Dan apabila nanti ketika usia mereka beranjak tua, hargailah dan ingatilah ketika mana kita semasa kecil, kita menangis keseorangan, ketakutan atau kesakitan. Siapakah yang akan memeluk, membelai dan memujuk kita dengan penuh kasih sayang, kalau bukan ibu bapa kita. Maka, berbuat baiklah kepada mereka. Lihatlah syurga yang indah terbuka untuk anak yang soleh dan ingatlah, dasyatnya neraka tanpa sepinya seksaan menunggu anak yang derhaka."

"Redha Allah terletak pada redha ibu dan ayah" 

..SEKIAN..








6 comments:

  1. gembirakan mereka selagi mereka ada di sisi kita :)

    ReplyDelete
  2. betul tuh..hargailah orang tua kita.. :)

    ReplyDelete
  3. sy layan smua jnis bku. .hehe. .dr bku ilmiah, novel, komik n mcm2 lg. . :D

    ReplyDelete
  4. salam
    Salam kenal dari uncle tirana aduka.
    Laju looding blog ni..

    ReplyDelete
  5. tepat ! hargai mak ayah slagi dorang masih hidup . berbaktilah sebaek mungkin :)

    ReplyDelete
  6. muni suka novel tapi jarang sangay beli . . acana tuh ? bhahahaha !!

    sayangi ibu bapa yang sejak kecil membesarkan kita . hargai pengorbanan mereka sampai kita boleh sampai tahap sekarang :)

    ReplyDelete

Drop your comments :)