21 April 2013

Gangnam Style, Harlem Shake, Gwiyomi ?

..Assalamualaikum..

Halo everybody ! Baru je balik dari sekolah ni, pergi terima anugerah kecemerlangan pelajar. Dapat la jugak duit saku buat belanja. Hee. Sampai rumah terus buka blog. Tapi hari ni bukan nak cakap pasal cemerlang ke apa. Nampak tak tajuk atas tu....

"Gangnam Style","Harlem Shake" dan "Gwiyomi".

Aku sure benda2 ni semua orang tahu, maybe kalau yang tak ambil tahu isu semasa, dia mungkin tidak tahu menahu. PRU13 pun aku tahu :p. Isu semasa kena ambil tahu walaupun orang cakap tak cukup umur lagi nak mengundi. Hew :p Politik tetibe.

Aku just nak bagi tahu semalam bosan, online facebook. Scroll up and down. Then, terbaca satu post ni, kawan aku yang share. Cam menarik jugak lah. Aku pun terus print screen. Cerita pasal Gangnam Style etc ni la. 




Dah siap baca ke belum ?  Apa pendapat korang ? Bagi aku la, aku setuju sangat yang kawan aku cakap tu "Dunia makin maju, manusia makin bodoh". Amekaw pedass ayat. Zass gittew. Aku tak tertarik langsung dengan semua ni. Planking tu aku tak berapa tahu sangat. Maybe masa tu aku jarang online. So, tak berapa tahu sangat pasal tu.

Gangnam Style tu sememangnya aku tahu. Orang cakap tarian si PSY tu bagus. Aku sikit pun tak tertarik. Penting ke benda ni semua ? Hebat sangat ke sampai semua orang pakat sibuk duk ikut2 benda macam ni. Tarian and nyanyian je pun. Biasa. Sampai kan anak sedara aku pun duk ter-kinja2, kononnya menari. "Oppp Oppa Gangnam Style." Ha Ha Ha. *Gelak jahat. Aku tak suka.

Pas tu Harlem Shake. Aku tak pernah usha nak tengok video ni. Tak pernah sekali pun buka youtube taip "Harlem Shake" kat search box. Aku langsung tak berminat. Aku tahu pun terbaca kat twitter and facebook je. Ada la sekali tu aku tengok "MeleTOP" kat astro Ria. Ria ke Prima ? Tak penting. Lepas tu ada satu segmen apa entah, lupa. Ada la dia tunjuk video si Daphne Iking kalau tak silap, dia and family dia buat tarian Harlem Shake ni. Tu la first time aku tengok. Malam tu boleh pulak tarian Harlem Shake ni masuk mimpi aku. Cam lawak. Sumpah tak minat, tak tertarik walaupun sikit.

Dan sekarang ni yang gempak lagi hangat gittew. Gwiyomi. Menatang apa tu ? Mula2 aku memang blur habis. Korea ke ? Aku bukan k-popper. Aku tak ambil tahu sangat. Lepas tu teringin juga nak tahu, aku dengar2 macam video yang paling cute lah. Cute sangat ke ? Aku tak pernah tengok. Walaupun ramai yang share video tu kat Facebook, tak terdetik pun di hati ni nak klik "play".

Macam statement kat atas tu, benda2 macam ni mudah jadi trend dan diikuti ramai. Tapi sorry lah bukan aku. Bukan nak berlagak ke apa. Kita ada otak, ada akal Allah bagi. Fikir lah baik2. Takkan benda macam ni pun nak digilai ramai. 

Sorry la kepada yang tak sependapat dengan aku tu. Aku just cakap apa yang aku fikir. Dan itulah aku. Cehh. Baik fikir cara2 nak masak macam mane. Cara2 nak jadi isteri solehah lagi mithali ke. Benda2 yang ntah pape ni semua just buang masa. 


Pendapat korang macam mane ?

..SEKIAN.. 

6 comments:

  1. gwiyomi tu banyak buat lambang freemason. bodoh orang Islam yang tiru. serius bodoh.

    harlem shake pun gila gak. tengok zizan buat haritu. euwww tak mengaku pernah minat dia. XD

    ReplyDelete
  2. kalau nak buat sbb nak berhibur ngan adik beradik ke, family ke, akak rasa okey aje.. tapi kalau sampai upload video tu mcm tak properla.. tambah2 perempuan Islam :/

    ReplyDelete
  3. @Miera Violet : Kan2. Memang bodoh. Eh2, Zizan pon buat ke ? Zizan yang awk syg tu. haha

    ReplyDelete
  4. @Kak hana : Yela kak, kalau setakat hv fun tu oke kot.. tapi utk budak2 better tengok video ABC yg phonic tu. Best ape. Hehe

    ReplyDelete
  5. semua kita benci..LOL..trauma tgk..huhu.. sakitkan mata..

    ReplyDelete
  6. @Nana Liena : Yep ! Good ! Tak payah nak suka sgt benda ni semua

    ReplyDelete

Drop your comments :)