..Assalamualaikum..
1- Pernahkah anda berasa sakit perut, memulas yang amat sangat ( nak berak ) ketika berada dalam dewan peperiksaan ?
2- Pernahkah anda melihat pengawas peperiksaan tidur ketika sedang menunggu anda menjawab peperiksaan ? Dua jam setengah beb ! Meleleh air luir :)
3- Pernahkah anda rasa tangan anda terketar-ketar ketika menjawab peperiksaan ? Semua yang dihafal, satu pun tak masuk :(
4- Pernahkah anda mendengar rakan di hadapan anda melepaskan gas ( kentut ) ketika dalam dewan peperiksaan ?
5- Pernahkah anda berniat untuk meniru dan memberi tiru ketika peperiksaan ?
6- Pernahkah nama anda diambil akibat kesalahan meniru dan memberi tiru ?
7- Pernahkah anda diganggu oleh bunyi bising ketika menduduki peperiksaan seperti mendengar budak sekolah rendah menyanyi....
8- Pernahkah kapal terbang melalui ruang udara ketika anda menjawab peperiksaan ?Bergegar habis !
9- Pernahkah anda membawa masuk nota dan meletakkannya di dalam kasut ?
10- Pernahkah anda menyimpan nota di dalam tandas ?
11- Pernahkah anda terpaku tatkala melihat pengawas peperiksaan yang kacak ?
12- Pernahkah anda berasa lapar ketika dalam dewan peperiksaan ? Terus teringatkan nasi berlauk daging di dalam beg.. Habis je exam, nasi berterabur di makan dek kucing.. Frust menonggeng :)
13- Pernahkah anda tertidur dalam dewan peperiksaan ? Bangun jer terus mengigau.. ( Mok nok nasik )
14- Pernahkah anda berulang alik ke tandas semata-mata nak pergi tengok nota yang diletakkan dalam tandas ?
15- Pernahkah anda memanjangkan leher anda kerana ingin melihat jawapan rakan di sebelah dan di belakang ?
Berapa banyak pernahkah yang anda pernah ?
Anda terasa ? hehe :)
#Cerita berdasarkan pengalaman :)
1, 2, 3, 4, 5, 7, 8,
ReplyDeletetu je pernahh.. :)
Nice one..
@KamKim : Oh haha, thanks
ReplyDelete