27 August 2014

Koodler

Assalamualaikum.

Hey guys. So, do you miss me ? Ehem. Hari ni nak share dengan awak2 semua satu aplikasi yang memang cun habis. Aplikasi yang diberi nama Koodler.

Koodler application punya rupa lebih kurang macam gambar kat bawah ni. 


Bagi mereka yang suka doodling, painting, drawing etc, boleh lah download kat Playstore. Applestore I don't know 'cause I'm android user. Hehee. Maybe ada je kot.

Istimewanya aplikasi ni sebab free dan ada juga yang kena purchase. Kalau uolls nak lagi banyak effect yang cantik2 kena lah 'buy'. Tapi Iz guna yang free pun dah cun sangat dah. Memang puas hati guna apps ni.


Ni Iz buat sendiri tau guna Koodler apps ni. Simple je. Sebab I tak kreatif sangat. Sobs.


Yang ni pun sama. Najihah tu my friend. Hehe. Saje buat kasi kat kawan and she was so excited !


Yang ni takda apa sangat. Simple one. Kan lagu Rude tengah famous sekarang ni. Hoho. Kalau yang kreatif2 tu mesti boleh create yang lagi cantik. So, jangan lupa try aplikasi ni tau.

Yang Iz buat ni biasa2 je. Korang boleh google imej cantik2 yang dihasilkan melalui apps ni.
Entri pendek je. Tapi sejam kot menaip sebab demam takleh nak fikir ayat2 yang bernas. Hahaha. Oke lah. Sampai sini dulu. Sekian.


25 August 2014

Gift from Sarawak

Assalamualaikum.

Hey guys. Segala urusan nak sambung belajar dah selesai. Alhamdulillah. Pening kepala I tau. Part borang2 je yang dah selesai. Barang2 semua belum lagi. Malas betul. Tak sampai seminggu pun lagi ada kat rumah ni. OH NO !

Bak kata Nabil, watlek watlek watpis. Hehe. Lepas ni InshaAllah Iz akan terus aktif blogging. Tapi minggu pertama dah masuk U nanti taktau la. Mesti sibuk dengan orientasi.

So whatever lah semua tu. Nak kongsi cenderahati dari Sarawak yang cantik sangat.


Tadaa ! Gelang Sarawak. Sebenarnya kawan Iz yang bagi. Cantik sangat. Ada lapan sempena persahabatan kami lapan orang sejak dari sekolah menengah sampai sekarang. Sweet kan ?


Antara muka2 sahabat yang excited dapat gelang dari Sarawak. Hehehe.


Muka sama je. Haha. Sebab Iz takda time ni. Ni pun ihsan dari group whatsapp.


Cantik sangat. Macam kek lapis Sarawak.



Once again.

Yang bagi gift ni nama dia Aqilah. Iz rapat dengan dia masa form 2 and 3. Then, form 4,5 dia pindah MRSM Tumpat. Tapi sampai sekarang kitaorang kawan. Tak tau lah cemana kami berlapan boleh jadi kawan. Secara tak langsung je. Hahaa.

Oke. Sampai sini je. Malas menaip. Sekian.





23 August 2014

Segalanya Mungkin

Assalamualaikum and Hi !

Mula2 nak cakap sorry sebab nak guna ganti diri aku dalam entri ni.

Masa aku tengah taip entri ni, aku tengah badmood gila. Seriously, aku tengah sakit hati. Sebab ? Banyak sangat sebab.

Aku nak mintak maaf sebab tak sempat nak followback, tak sempat nak komen2 blog abang2 kakak2 adik2, tak sempat nak blogwalking.

Aku stress sangat fikir masalah nak sambung belajar. Sampai hari ni tak settle2 lagi.

Aku baru je lepas format balik laptop dan aku lupa nak back up segala bagai file2 dokumen2 penting. So, semua hilang. Hilang ! Termasuk header blog sekali. So, nampaknya aku guna header freebies raya tu sehingga tak tahu bila.

Nak buat header baru memang makan masa. Plus, photoscape photoshop semua HILANG !

Dan, biasanya aku prepare apa2 yang nak dijadikan bahan nak update entri. Ada banyak benda nak kongsi. Tapi semua dah HILANG. Bak kata kawan aku 'nasi dah jadi glucose.'

Sebab tu lah malam ni aku meroyan taip entri cenggini. Hmm. Faham tak perasaan aku cemana ? 

Sedih sangat.


16 August 2014

Applied Science

Assalamualaikum and Hi !

Hai uolls. Oke, as you know tak lama lagi Iz dah nak sambung belajar. Bakal bergelar degree student. Cuti yang 5 bulan berbaki 2 minggu lagi. Hmm, 5 bulan cuti Iz goyang kaki kat rumah je. Hahaha. Gila tak gila. Kawan2 lain ada lah jugak kerja. Well, I memang malas. Hihihi.

19 tahun. Still young and kadang2 bodoh juga. Yeah. That's me. Sebelum tu nak promote asasi. Yang dah lepas SPM, kalau ada rezeki masuk lah Asasi Sains UiTM Puncak Alam. Setahun je belajar. Jimat masa. Tapi kena belajar rajin2 lah. Jangan jadi macam Iz, kadang2 malas. Hehe.

So, untuk degree ni Iz masih lagi jadi pelajar UiTM. Kali ni dapat kampus Jengka.


Hmm. Dapat course Sains Fizik. Mula2 tu sedih sebab ni bukan first choice Iz. Iz tak dapat yang first, dapat yang second. Tapi memang dah bersedia sebab sebelum tu dah sempat mimpi. Mimpi jadi realiti. Hahaha. Sesuai lah dengan pointer 3.33 je. Huarghh. Menyesal gak sebab result sem 1 rendah. Sem 2 belajar sampai tak tidur. Tinggi lah sikit pointer. Dapat back up balik. Bila dah total, tu ler hasilnya. 3.33. Alhamdulillah.

Oke whatever. Belajar memang susah. 1 Sept ni dah daftar. Nak kongsi cerita sikit. Dulu masa sekolah menengah, Iz tak pandai sangat addmath dengan fizik. Memang blur sangat lah. Sampai result SPM pun terbabas 2 subjek tu. Bila kat asasi, math dengan fizik tetibe boleh bawak. Biologi kimia kelaut. Hahaha. End up ambik course yang ada kaitan dengan fizik.

Suka tak suka. Yang penting belajar dulu. Oke. Sampai sini dulu. Jumpa lagi.



15 August 2014

Kad Raya

Assalamualaikum and Hi !

Hey guys. Iz baru je sampai rumah pagi tadi. Weehuu. Actually dah seminggu kat Seremban. Saje jalan2. Sampai je rumah, mak cakap ada surat. Cepat2 tengok dan ada kad raya dalam envelope tu. Hihihi

Sebenarnya memang dah tahu ada sorang akak cantik tu nak hantar kad raya. Tapi kad raya tu dah dibuka. Dah ada orang baca. Tak lain tak bukan, mestilah ayah dengan abang yang baca. Haha. Tak kesah pun.


Oke. Ni dia kad raya daripada Kak Nana Liena. Saje tunjuk address tu. Kot2 ada orang lain nak hantar gift ke. Hehehe. Iz dah lama kenal Kak Nana. Lama tak lama tahun 2013. Tapi rasa dah lama sangat. Masa tu blog ni takda apa pun lagi. Dengan kata lain, takda readers. Syok sendiri. Hahaha. Kak Nana ni la selalu komen2 entri Iz. Komen dia semua panjang2 dan semestinya sangat supportive.

So, korang boleh la kenal2 Kak Nana sekali. Jom singgah blog Kak Nana. Kak Nana ni famous jugak sebenarnya. Dulu dia ada blog lain. Dah beribu followers dia. Lepas tu Kak Nana menyepi. Then, muncul kembali dengan blog baru. Katanya blog lama tu ada something yang orang lain takleh baca. Eh, ke cemana entah. Hihi.



So, ini lah kad raya nya.Cantik sangat. Maaf. Isi kandungan takleh tayang sebab Kak Nana cakap tulisan dia bulat2. Hahaha. Kelakar. Di kesempatan ini, Iz nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada Kak Nana. Even tak pernah jumpa, sudi jugak akak hantar kad raya ni. Sayang akak sangat2 lah !

Kat dalam tu ada satu hashtag, #TAKLAMALAGINAKSTUDYSTUDYBETULBETULYABUDAK
Cenggitu panjangnya. Hahaha. Oke sis ! For sure, Iz akan belajar rajin2.

Sampai sini dulu. Nanti next entry nak story2 sambung belajar pula. Sekian.



12 August 2014

Sepi Sementara Waktu

Assalamualaikum and Hi !



Hey guys. Dah 3 minggu rasanya tak update blog. Sobs. Readers please jangan lari. Hehe. Bajet ramai readers. Sorry sangat tak dapat update blog sejak raya hari tu. Well. Raya seminggu dah busy. Ceh. Lama betul beraya. Lepas tu minggu kedua sibuk dengan saudara mara kahwin kenduri semua. Dan sekarang, lagi sibuk.

Lagi sibuk sebab hari ni kan keputusan UPU. So, dah tahu sambung degree mana. Nak tahu dapat mana, tunggu next entry. Tapi, next entry tu tak tahu bila. Plus sekarang memang sangat busy nak uruskan segala macam hal. Borang borang borang semua. Arghh. Seriously part borang2 ni lah yang paling malas.

Di kesempatan ini, nak promote twitter jap. Hee. Kalau ada yang nak follow, follow lah. Nanti boleh mention2 and baca tweet merapu. Sebab Iz memang aktif kat twitter. Hehehe. @_nrhzm. Nanti Iz follow balik. Kalau rindu, boleh follow Instagram. Haha. nrhzm.

Oke. Sehingga berjumpa lagi.