28 September 2014

Cara Nak Tukar URL Blog.

Assalamualaikum.

Hey guys. Semenjak dah tukar url blog ni, pageviews menurun gila2. Hahaha. Dari 600++ sehari, kini 12 pageviews only. Hah ?!!! Terkejut aku tahuu. Tapi takpa. Watlek watlek watpis.

So, semalam ada yang tanya macam mana nak tukar url blog ni. Sebenarnya senang je. Nak dijadikan cerita, sebelum ni aku pun tak tahu cara nak tukar url blog ni. Sampaikan dulu masa first2 ada blog, masa tu aku dah ada 73 followers. Aku nak tukar url baru dan aku tak tahu. Ingatkan tak boleh tukar, lepas tu aku padam lah blog lama tu then buat yang baru. Lepas dah buat new blog, baru tahu url boleh tukar. HAHAHA. Sia2 aku delete blog.

So, ni dah kali ke-3 aku tukar url blog. Harap ini yang terakhir. Tukar pun sebab ada masalah dengan bloglist. Masalah betul.



So caranya mudah je. Blogger > Dashboard > Settings > Basic > Publishing > Blog adress. Then klik edit. Lepas tu tukar lah dan siap ! 

Sampai sini. Takda modal nak story banyak2. Jumpa lagi.



22 September 2014

Still I Fly

Assalamualaikum.

Hey guys. Kalau korang perasaan aku punya entri selalu je tak update kat bloglist walaupun sebenarnya aku dah update entri baru. Lulz. Tapi takpa lah. Memang macam tu. Malas nak ambil tahu. Nanti2 oke balik.




Actually entri kali ni nak kongsi satu lagu tajuknya Still I Fly. Salah satu lagu favourite sebab lirik lagunya yang sangat best. Lagu ni nyanyian Spencer Lee. Kalau tak salah, lagu ni sebenarnya sound track untuk satu movie. Movie Planes Fire and Rescue ? Maybe. Tak pernah tengok.

Lirik dia kalau yang aku faham, lebih kurang hidup kita ni tak selalunya kat bawah. Ada masa kita kat atas tapi mungkin kita tak sedar kita kat atas. So, kita jangan mudah give up. Kita kena capai impian kita sebab orang lain tak tahu, kita je yang tahu. Kalau bukan kita yang usahakan semua tu, siapa lagi ? Never letting go, gotta learn to grow, watch me as I touch the sky.




Yang first tu original song. Yang second cover by Macy Kate and Austin Percario. Oke, hidup kadang2 perlukan hiburan, nak berhibur boleh tapi jangan sampai lagha. Peace.

Be brave enough to let go of those who keep weighing you down. Sekian.


20 September 2014

10:09PM Saturday. 20 Sept.

Assalamualaikum.

Sedih. Perasaan aku ketika menaip. Nak balik rumah woi ! Seriously. Dah homesick. Arghh. Lagi 2 minggu nak cuti. Tak sabarnya. Sobs. Em em, sebelum tu nak mintak izin, hahaa, mintak izin nak guna ganti diri aku. Macam dulu2. Oke.

So, kehidupan sebagai seorang pelajar ijazah tahun 1 ni sememangnya bukanlah seperti yang dijangkakan. Haa, tudiaa. Tough. Ya memang tough. Aku study pure physics kot. And you know aku minat Fizik ni sikit je. Tapi kita semua tahu, yang kita nak tak semestinya kita dapat. Yang kita suka, tak semestinya terbaik untuk diri kita.



Kononnya aku nak blogging setiap hari. Hahaa. Tapi tu lah, internet pun speed tak berapa nak oke sangat. So faham2 lah yer. Untuk part 1 ni, setakat ni belajar oke lagi kecuali bila ada experiment. Seriously susah sangat ! Sebab lecturer just bagi tajuk dan kau sendiri yang kena cari procedure. Kena taip semua and bla bla bla. 6 jam kot buat experiment. Dalam 6 jam, 2 experiment. Lepas tu kena present dll.

Yang tak bestnya bila dapat groupmate yang tak membantu sangat. Ermm. Tu je nak cakap sebenarnya. Huahua.

Luahan hati seseorang yang teringin sangat nak balik rumah. Sekian.




15 September 2014

Liebster Award.

Assalamualaikum.

Hey guys. Hari ni I takda kelas. Bahagianya. Hehehe. Suka sangat takda kelas. So, Iz perasan ramai yang tag Iz, Liebster Award and Versatile Blogger Award. Hari ni berkesempatan nak menjawab soalan2 yang diajukan.

*Header baru, tapi malas nak tukar lagi. Hehee.

Mulakan dengan Liebster Award ditag oleh Kak Nadya dan Budak.

Soalan2 daripada Kak Nadya.

1- 5 Fakta tentang diri anda?
  • Anak bongsu.
  • Dah tunang.
  • Degree student part 1.
  • 19 tahun.
  • Garang.

2- Pandai masak tak? Suka masak apa?
  • Takda lah pandai masak sangat tapi boleh la sikit2. Suka masak tomyam dengan sup. Hahaha.

3- Tempat yang paling anda ingin lawati/ kunjungi suatu hari kelak? dan kenapa?
  • Ada dua tempat sebenarnya. Dan biarlah rahsia. Hehe.

4- Da kawen belom? target kawen?
  • Tak kahwin lagi. Target 25.

5- 3 Blogger yang wajib korang follow? *kira inspirasi laa*
  • WanHazel
  • Zyraroxx
  • ShawnRazaleigh

6- 5 orang yang anda percaya dan sayang. selain ibuayah dan adik beradik.
  • Syafiqah Najihah and the gang.
  • Tunang saya
  • Farah Diyanah
  • Fadlan
  • Geng B2-02-01

7- Hadiah paling best paling sweet anda pernah terima?
  • Paling sweet, teddy bear kot. Sebab Iz memang suka patung.

8- Favourite quote ?
  • "Careful and Colorless Life."

9- Kisah yang paling sedih dan buat anda down sangat sangat ?
  • Rahsia.

10-Ayat cepumas ni! Korang sayang aku tak?jeng jeng jeng
  • Sayang sangat. Kak Nadya peramah sangat.

11- Pernah tak rasa menyampah dengan penulisan aku ? *jujur ok. hehe*
  • Tak pernah.

Seterusnya, soalan daripada Budak.

1. Pasukan bola sepak pilihan anda.
  • Tak tengok bola. Hehe

2. Lagu patriotik kesukaan anda.
  • Negaraku.

3. Berikan nama negeri yang anda sedang duduki dan berapa buah daerah yang terdapat di dalam negeri tersebut.
  • Pahang. Tak tahu ada berapa daerah. Bhahaha.

4. Asam pedas berasal dari negeri mana? 
  • Melaka.

5. Dalam banyak-banyak pantun, pantun apa yang paling anda sukai?
  • Pantun Adam punya. Korang tak kenal Adam. K.

6. Kalau celup stoking putih dalam air yang berwarna merah, stoking jadi apa?
  • Stokin jadi basah.

7. Apa yang anda faham tentang "buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan".
  • Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

8. Dalam banyak-banyak negara, negara mana yang mempunyai banyak artis KPOP?
  • Korea.

9. Siapakah yang mencipta blogger.com?
  • Emm. Tak tahu. Bhahaha.

10. Pertahankan blog anda dengan mengatakan bahawa blog anda sangat best dan sebab kenapa ia dianggap best.
  • Blog ni best sebab baru je melancarkan bisnes tudung online terbaru. Hehehe. Jemput singgah lah ye.

11. Apa perasaan anda semasa menjawab soalan-soalan diatas?
  • Perasaan, biasa2 je kot. Hehe

12. Berikan sebarang komen tentang budak yang memberikan soalan diatas. 
  • Soalan oke2 je. Nak komen lain boleh je kan ? Nak komen, Iz ingatkan Budak ni lelaki. Rupanya perempuan. Hahaha.

13. Adakah anda menggunakan google.com untuk menjawab soalan diatas?
  • Tidak.

Fuhhh. Penat gak menaip. Hahaha. Oke. Versatile Blogger Award, next entry. Dah penat. Iz bukan rajin sangat nak menaip panjang2. Hehee. Sampai sini dulu. Akhir kata, Iz taknak tag sape2. Boleh je kan ? Hee.

Sekian.





14 September 2014

tudung4you | Bawal, Shawl, Wide Shawl, Satin dll.

Assalamualaikum.

Hey guys. Sorry sangat tak selalu update blog dan blogwalking. InshaAllah lepas ni Iz akan blogging hari2. Sejam sehari pun oke lah. Tambah2 tengah busy sekarang ni. Buat bisnes la katakan. Fuh ~

So, Iz ada buat bisnes tudung online. Bawal, shawl, wide shawl, satin square, shawl satin, bawal 3D semua ada. Kalau berminat boleh whatsapp 0183995060 / 0179174982. Sebenarnya bukan Iz yang handle semua2 ni. Tolong sikit2 je.


Yang atas ni BAWAL SATIN. RM20 setiap satu include postage.


WIDE BAWAL. RM20 setiap satu include postage.


BAWAL 3D. RM20 setiap satu include postage.


SHAWL CORAK HITAM. RM20 setiap satu include postage.


SHAWL SATIN. RM20 setiap satu include postage.


CRUMPLE WIDE SHAWL. RM20 setiap satu include postage.


WIDE SHAWL. RM20 setiap satu include postage.

Kalau korang berminat, berkenan, nak beli untuk diri sendiri, untuk kawan, untuk mak kakak adik, girlfriend, haa boleh la whatsapp 0183995060 / 0179174982.

Sangat berbaloi. Semua tudung harga RM20 include postage. Kalau beli banyak, boleh dapat free postage, boleh kurangkan harga.

Boleh juga follow instagram kitaorang. tudung4you. Boleh cari hashtag #tudung4you di instagram. Tapi instagram masih dalam proses. So, tak banyak sangat gambar yang diupload.

Kalau nak promote, sangat dialu-alukan. Oke. Sampai sini dulu. Sekian.

9 September 2014

Hidup Baru. Kawan Baru.

Assalamualaikum.

Hey guys. Rindu saya tak ? Hee. Sekarang ni Iz dah start belajar balik. Hari ni takda kelas lagi. Esok baru start kelas. Setakat ni, jadual oke oke je. Ada la masa nak blogging. Hehe. Masalah rajin malas je.

So far, Jengka ni oke la. Selesa. Fakulti pun tak jauh sangat dengan kolej. Tak perlu naik bas. Jalan kaki je. Tapi tapi tapi tetap rindu UiTM Puncak Alam. Paling best kot kat sana walaupun setahun je kat Puncak Alam.

Roomates semua baik2 cantik2 belaka. Satu bilik 6 orang. Iz berempat memang dah plan nak sebilik. So, dapat lah. Walaupun tak kenal. Sebelum ni contact melalui whatsapp je. Hehe.



Roomates kesayangan. Dari kiri, Pika, Solehah, Iz, Aireen, Sherah and Eha. Semua lawa2.



Yang ni masa hari last MDS hari tu. Memang best sangat lah.



Time kembara kampus sempat lagi bergambar. Peace !

Haa. Takda apa pun nak citer. Bilik pun best lah. Tapi tapi.... Bilik air je yang jauh. Hahaa. Paling jauh la. Sebab register awal so dapat bilik nombor 1. Rupanya bilik yang paling jauh dengan toilet. Nasib ler. Tapi takda lah jauh sangat. Oke oke je.

Sampai sini dulu la yer. Nak pi makan sat ! Sekian.


5 September 2014

Malaysia Merdeka 57

Assalamualaikum and Hi !

Hey guys. Ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 57 dah lepas dah. Tapi takpa la kan. Nak update jugak. Sebenarnya malam merdeka dah taip entri ni, lepas tu ada kawan call. On the phone lama sangat. Lepas tu terus tak jadi nak update blog. Esoknya tak sempat sebab Iz dah nak register U. So, hari ni baru free. Orientasi dah habis.

Takda apa sangat nak kongsi. Just nak ucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-57 buat seluruh rakyat Malaysia.


Saja share gambar ni. Gambar ni Iz yang jadi photographer. Cehh. Photographer kau. Haha. Peace2 tu tangan kawan2 Iz. Tapi yang edit gambar ni, kawan Iz. Cantik kan ?


Gambar ni kawan Iz jugak yang buat. Kawan semua kreatif2. Senang kerja nak update entri, guna kawan punya je. Hehe.


Yang ni Google je. Oke. Sampai sini dulu. Next entri nanti nak update pasal UiTM Jengka. Sekian.