31 August 2015

Sehati Sejiwa Merdeka 58

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

31 Ogos 2015. Genap 58 tahun negara Malaysia mencapai keerdekaan. Semoga keamanan yang dicapai berkekalan. Bertemakan slogan Sehati Sejiwa. Semoga kita semua memahami maksud tema kemerdekaan pada tahun ini. Let us all unite. Shall we ?


A simple sketch from me.



Here lyrics video for our theme song ! Happy holiday guys. Enjoy.

27 August 2015

Novel Review: At First Sight, Nicholas Sparks

Assalamualaikum.

Hey guys. Hari ni aku nak review english novel yang baru je habis dibaca. Novel yang berjudul seperti tajuk di atas. Sebenarnya novel ni dah lama dipublishkan. Tapi aku siput sikit sebab membaca ni merupakan hobi baru.

So here the novel.


The cover was so pretty. Nicholas Sparks merupakan salah satu penulis kegemaran aku. Semua novel2 beliau berkisarkan cinta dan plot pun memang terbaik.


At First Sight

There were a few things Jeremy Marsh was sure he'd never do: He'd never leave New York City, never give his heart away after barely surviving one failed marriage, and never become a parent.

Now Jeremy is living in the tiny town of Boone Creek, North Carolina, engaged to the love of his life, Lexie Darnell, and anticipating the start of their family. But just as everything seems to be settling into a blissful pattern, a mysterious e-mail sets off a chain of events that will test the strength of Jeremy and Lexie's love. And as they cope with the doubts, fears, and romance of the newly wed, Jeremy will discover an extraordinary truth: The emotion that can break your heart is sometimes the very one that heals it...


Aku baru je habis baca novel ni pagi tadi. Ending dia sedih gila. Sampai menangis dibuatnya. Hehe. Tapi still satu ending yang memuaskan. So aku recommend siapa yang tak baca lagi tu, sila lah baca. Peace.

Sekian.




25 August 2015

Tutorial Plain Template and Background

Assalamualaikum.

Hey guys. Beberapa hari ni aku tak sihat. Asyik muntah non-stop. Sampai badan dah lemah gila. Alhamdulillah hari ni dah recover balik.

So entri hari ni, sebenarnya bukan lah tutorial sangat pun. Hehe. Tapi kawan request suruh buat tutorial template and background plain. Just like my blog.


Request yang ditinggalkan di chatbox. Eikin cakap blog kita cantik. Hikhik. *malu*. Sebenarnya template yang aku gunakan adalah simple template je. Dari dulu memang guna template ni sebab senang nak edit.

Dashboard > Template > Simple. Pilih yang 2nd. So automatic background akan plain white.


Bila dah publish memang template ni buruk je sebenarnya. Haha. Lepas tu boleh la refer mana2 tutorial. Google je, banyak tutorial blog akan keluar. Untuk sidebar title macam blog aku ni, aku refer tutorial blog Budak Vanilla. *Hai bivichan*.

Segala yang tak sepatutnya boleh diremove. Aku memang selalu google je. Contoh, search..

"tutorial centerkan header"
"tutorial kemaskan sidebar"
"tutorial remove navigation bar"

Segalanya dihujung jari. Eceh. Tapi biasanya untuk tutorial, aku selalu refer blog Lyssa Faizureen. Sebab macam2 ada. Lengkap. Pilih je nak mana. Hehe. Ikut je tutorial tu confirm menjadi.

Ataupun kalau sayang template yang dah ada, just nak jadikan background putih, boleh ikut step ni:

Dashboard > Template > Customise > Advanced > Backgrounds. Then set kan background dengan warna putih. That's all.



So Eizz harap entri ni dapat bantu Eikin. Kalau tak faham nanti boleh explain balik.

Sekian.



20 August 2015

DIY Washi Tape Bookmark

Assalamualaikum.

Hey guys. Cuti ada lagi dua minggu. Maybe lepas ni dah susah nak tengok blog ni terupdate. Sibuk belajar lagi la lepas ni. Sobs. Hehe. Bosan sangat cuti ni tak tahu nak buat apa.

So semalam before tidur, aku sempat google cari idea nak memasak. Hahaha. Kononnya lah. Lepas tu memasak entah kemana, lain pula yang jadinya.

Aku merupakan salah seorang penggemar washi tape. Atau dengan nama lain masking tape, deco tape etc. Seronok main dengan tape ni. Macam2 boleh buat. Bila google search je 'diy washi tape', macam2 idea DIY yang keluar.  So, aku try buat bookmark dengan menggunakan paperclip dan washi tape.


Antara koleksi washi tape yang aku beli. Selalu beli online je sebab kat sini susah nak dapat. Range harga macam2 bergantung kepada brand tape tu sendiri. Ada murah ada mahal. Selalu beli time ada less je. Hehehe. Harga biasa 1 roll dalam RM8 macam yang kat atas tu. Tapi aku beli murah je after 50% less. Heheh.


So inilah hasilnya. Senang je buat ni. Lekatkan washi tape bersama clip. Lepas tu potong hujung ala2 flag style. Nanti boleh lah masuk dalam notebook ke novel ke. Nak tulis atas tape tu pun boleh.

Sampai sini dulu entri hari ni. Penat baru balik dari belajar drive kereta terus update blog. Nak tidur.

Sekian.



18 August 2015

Change Desktop Icon to Cute Icon

Assalamualaikum.

Hey guys. Today I nak share cara-cara nak tukar desktop icon kepada icon yang kawaii.

First step, click control panel > appearance and personalization > change the theme > change desktop icons. Lepas tu keluar macam gambar kat bawah ni.


Step 2, contoh klik 'This PC' > change icon > browse. Pilih icon yang anda mahukan dan klik OK.



Step 3, jangan lupa klik 'Apply'. Then you are done.


Tengok icon sebelah kiri. Now dah bertukar jadi icon yang comel. Desktop icon tu I download dari Googly Gooeys. Ada banyak freebies icon yang comel2. You may try it out!

Sekian.


12 August 2015

Candy Corner Idea

Assalamualaikum.

Hey guys. Semalam dah kongsi photobooth idea. So today nak kongsi candy corner idea. Candy corner ni sesuai untuk birthday party or gathering party.

Sambungan kepada entri semalam. Candy corner ni merupakan idea kami untuk dinner persatuan. Sesuai dengan tema Fairytale. So, kami lengkapkan dengan candy corner.


First of all, nak share gambar cupcake. Kami buat sendiri. Cupcake ni senior yang buat dan part topping, kami buat ramai2. Such a great memories.


Our cake. I don't know who was in charge but I rasa kek ni tempah kat kedai. 


Tadaa ! Kerja aku tengok2 kan candy corner ni. Kalau habis gula2 snek semua tu, kena tolong tambah. So, ini lah idea kami. Bakul2 ni semua boleh cari kat rumah kalau nak jimat kos. Mesti ada punya, especially yang baru lepas kawin. Heheh. Beli je gula2 yang murah2 dan hias dengan cantik kat atas meja.


Cupcake yang kami sediakan letak atas cupcake stand.


Zoom out. Lepas tu boleh la letak sign candy corner kat atas meja. Simple tapi menarik. It is so easy. Just go crazy with your own idea !

Sekian.



11 August 2015

Photobooth Idea

Assalamualaikum.

Zaman sekarang ni kalau nak buat event apa2 je mesti akan ada photobooth. Orang kata wajib ada, kalau tak, tak lengkap lah majlis. Contohnya wedding, dinner, birthday party - semua nak ada photobooth.

December tahun lepas, aku and the geng ditugaskan untuk handle dinner persatuan. So, aku ditugaskan untuk buat photobooth. Mula2 tu kering idea juga sebab ni event besar. Tapi berkat kerjasama, masing2 bagi idea. Maka terhasil lah satu photobooth yang awesome gila. Hihi.



Zoom in. Macam ni lah rupa photobooth kami. Kami hanya menggunakan kertas warna dan benang. Bebas nak buat corak apa pun. Idea asal nak buat ala2 polkadot. Tapi last2 macam2 rupa keluar.

 
Zoom out. Sebenarnya benang ni susah nak handle. Kalau ada tali lagi elok mungkin. Touch up sikit, letak belon dan lampu kecil2 kat bawah tu, aku lupa nama benda tu. Hehe.


Bila dah ada photobooth, tak lengkap tanpa photoprops. Photoprops semua kami buat sendiri. Mudah je. Google gambar dan print atas kertas yang tebal. Lepas tu potong dan lekatkan pada stik.


The other side. Simple dan menarik sesuai dengan tema dinner kami iaitu Fairytale. Tak beli pun semua ni. Semua ada orang sponsor dan kasi pinjam. Yang beli mungkin kertas dan belon sahaja.


You may try out our idea !


Belanja satu gambar. Ni semua ex-palamian. Geng2 asasi dulu. Now kami semua kat Jengka. Spot me !


Past Illusions
Masquerade masks
Pale white faces hidden underneath
Silken fans breeze by
Time fades away
What's left behind
Old memories.

Sekian.


10 August 2015

Kolej Kediaman UiTM Pahang

Assalamualaikum.

Hey guys. Entri kali ni aku nak kongsi serba sedikit mengenai kolej kediaman UiTM Jengka, Pahang. Memandangkan keputusan UPU akan diumumkan pada 11 Ogos 2015, (Kalau tak silap) so mesti ada yang akan cari maklumat tentang universiti masing2.

Di UiTM Pahang, pelajar ijazah ada satu kolej je. Kolej Mat Kilau. Terdiri dari 3 blok. 2 blok perempuan dan satu blok lelaki. Blok 4 tingkat sahaja. Satu bilik 6 orang.

Pengalaman aku masa mula2 dapat masuk sini, sedih. Hahaha. Sebab semua orang tahu Jengka tu kelapa sawit. Tapi lama2 dapat juga biasakan diri. Nak belajar ni hati kena ikhlas. Betul tak ? Kemudahan cukup lengkap, jangan risau. Nak keluar masuk pergi bandar Jengka ada van. Bayar RM1 je. Kalau nak up sikit boleh pergi Star Mall atau East Coast Mall. Yang tu pandai2 sendiri la nak sewa kereta ke nak naik kereta sendiri ke. Terpulang.

Kat sini aku share beberapa gambar bilik yang sempat diambil sebelum habis final hari tu.


Satu bilik 6 orang. Katil double decker. Abaikan je lah muka roomate aku tu. Sebab hari tu lepas habis last paper terus balik. Tu yang semua busy kemas barang.


Meja study kat hujung tu untuk mereka yang dapat katil nombor 6.


Meja belajar satu setiap orang. Tak kecik tak besar. Sederhana.


Locker. Agak kecil. Kadang2 aku nak kemas baju pun tak muat. Hahaha.


Tak dinafikan, bilik agak sempit. Tapi oke lah untuk 6 orang. Aku berharap blok baru cepat siap dan boleh pindah duduk sana. Hihihi.

Dinasihatkan juga bawa kelengkapan secukupnya. Iron, iron board, heater semua tu silalah bawa. Dan yang paling penting bawa kipas. Hahaha. Sebab dalam bilik ni panas. Aku pun tak tahu kenapa. Patut dalam hutan ni sejuk lah kan. Tapi to be honest aku jarang rasa sejuk. Bangun pagi pun kadang2 berpeluh. Mostly setiap orang mesti akan ada kipas extra.

Kalau nak tanya apa2, boleh lah tinggalkan di ruangan komen.

Sekian.



9 August 2015

Banana Spring Roll

Assalamualaikum.

Hey guys. Lately keseronokan blogging dah berkurang sebab rasa macam syok sendiri. Tak ada orang baca. Hahaha. Rindu abang2 dan kakak2 yang aktif blogging selalu singgah blog aku yang tak seberapa ni. "Kau bukan retis, so mereput la sorang2."- Cakap kat diri sendiri. Lulz.

Tapi dah banyak blogger yang aku kenal dah tak aktif. Menyepi lama. Sobs Sobs. Rindu. Tapi takpe. Pageviews masih tinggi. Hihi.

So today, aku nak share cara2 masak banana spring roll. Ini merupakan masakan orang malas2 seperti aku. Ianya mudah dan senang.

Bahan2 yang anda perlukan: Kulit popia, pisang, kuning telur dan minyak untuk menggoreng.


Kuning telur berperanan sebagai gam. Heheh. Nak lekatkan hujung roll tu.


Dah siap gulung bolehlah goreng. Tadaa. Kalau ada coklat lagi sedap. Cairkan coklat untuk dimakan bersama banana roll. Maaflah gambar tangkap muat je. Malas nak mengedit.

Cuba jangan tak cuba. Dijamin enak dan puas hati.

Sekian.


6 August 2015

Koleksi Novel

Assalamualaikum.

Hey guys. Banyak benda nak update. Dah siap buat senarai. Hihi. Tapi malas betul nak menaip. Tak tahu lah kenapa. Cuti semester ni jiwa nak tengok movie je. Lepas tu gaming, lepas tu baca novel.

Cuti berbaki lagi sebulan sebelum melangkah ke tahun kedua sebagai seorang pelajar ijazah. Sekejap je masa berlalu rasa macam baru semalam jejak kaki ke universiti. Hehe.

Entri kali ni aku nak kongsi koleksi novel yang aku beli. Sebenarnya aku ni bukan jenis yang suka baca buku. Tak pernah2 aku beli novel. Mula tahun 2013 aku ber-jinak2 beli buku ala2 puisi. Tapi bila dah baca rasa enjoy tapi jiwa tak ke arah tu. Hahaha.

Pada tahun 2014, aku mula beli novel english. Niat pada mulanya aku nak tingkatkan kemahiran bahasa Inggeris. Lepas tu terus rasa enjoy membaca ni. Alhamdulillah juga aku dah ada keyakinan nak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.




Sepanjang 2 tahun ni. Tak banyak sangat pun. Tak sempat nak baca. Yang ada pun tak habis baca lagi. Ada yang dah di review. Ada yang belum. Sekarang ni tengah baca At First Sight by Nicholas Spark. Best sangat. Hihi. Lagi sikit nak habis.

Sampai sini dulu lah yer. Rasa skema gila menaip hari ni. Hahaha.

Sekian.