15 August 2013

Test 1 Result !

..Assalamualaikum..

*lupa dah nak intro macam mana* hehe. Hai korang ! I'm sorry sebab tak dapat nak blogwalking and balas komen. Nak ucap terima kasih kepada akak2 dan abang yang selalu jenguk blog aku ni. Rasanya yang selalu komen, mereka2 yang lebih tua dan sebaya, Adik2 tak da. :p

Entry kali ni aku just nak share something. Sesuatu yang sangat penting. Penting la kot. Penting bagi diri aku and my future. Korang semua already know yang aku tengah study asasi sains @ UiTM Puncak Alam. Nampak gaya aku menaip macam ramai readers. HAHA.

Sebelum raya, aku dah selesai Test 1. Test ni penting sebab markah akan dibawa sampai akhir sem. Carry mark. Keputusan aku tak da lah membanggakan sangat. Kecewa sedih bahagia semua ada. First nak bagitahu aku failed. GAGAL. Tapi satu paper je. Physics. Sedih sangat2 kot. Sebab aku dah study tapi still tak dapat. Physics aku just dapat 9/25. Terukk ! Chemistry, aku dapat 20.5/30. Oke la kan ? Mathematics 26.5/30. :) Agak membanggakan. Biology 26.5/40. 



Tu je kemampuan diri aku. Tapi lepas ni janji nak buat yang lebih baik. Tak nak gagal lagi. Share dekat blog ni lagi beri aku semangat nak belajar. Nak semua orang tahu yang aku pernah gagal. Nak semua orang tahu yang aku takkan gagal lagi. :)

Doakan saya berjaya :)

Always love <3


7 August 2013

Salam Aidilfitri

..Assalamualaikum..




Maka berakhirlah Ramadhan yang mulia pada tahun ni. Mesti semua busy dengan persiapan raya. Ada yang buat ketupat, rendang dan sebagainya. Aku ? Masih sempat mengupdate blog. Ngeh ngeh.

Biasanya malam raya, aku selalu main bunga api dengan anak saudara kesayangan. Tapi tahun ni, raya tak fun sangat sebab akak aku yang sulung tak balik raya kat kampung. Dia balik raya belah husband dia. Raya tetap raya. Aku bersyukur masih ada mak dan ayah. So, every year beraya sama2. :)

Untuk persiapan raya esok, mak aku masak soto ayam, tapai, satay ayam dan daging. Tu je kot. Biskut raya tu of course la ada. :p *Jemput la datang rumah ;)

Esok jangan lupa bangun pagi, mandi sunat hari raya dan semestinya solat sunat hari raya aidilfitri. Lepas tu bolehlah melantak sepuasnya. Hehe. Oh ya, jangan lupa iron baju awal2. Tahun ni, baju raya warna purple-brown :) My family every year masing2 pakai baju colour lain2. Ikut citarasa masing2. Tak da tema. Itulah kelainannya. Haha :p

Harapan aku untuk raya tahun ni, semoga dapat duit raya yang melimpah ruah. Haha. Aku tak da duit nak balik Puncak Alam ni oii. Raya ke-3 aku dah terpaksa meninggalkan kampung halaman. Kuala Besut, I'll miss you. :p Dan selama hampir seminggu bercuti ni, aku nak buat satu pengakuan. Sebenarnya, aku tak buka langsung buku. Dasar pemalas. Kawan aku cakap, "relax la. Cuti tu cuti je lah." Hehe. Bukan selalu pun. Setahun sekali je. Kan kan ? :p

Di kesempatan ini juga, aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua yang beragama Islam, yang berpuasa di bulan Ramadhan. Mohon ampun dan maaf andai selama perkenalan di alam maya ini, andai pernah menyakitkan hati, tersalah cakap dan kesalahan2 yang sengaja mahupun tidak sengaja. Maaf dipinta setulus hati. Maaf zahir dan batin.

Always love <3


Dia Sahabatku, Selamat Ulang Tahun

This entry special to my friend... Limited Edition.. Ngeh ngeh

..Assalamualaikum..




Selamat ulang tahun ke-18 buat sahabatku, Mimi ! I love you muahh muahh muahh. Haha. Minta penampor :p Kau tetap sahabatku, dahulu, sekarang dan akan datang. Selamanya tetap kawan. Walau ada jarak pemisah antara kita, ku tetap mengingatimu. Kah2. :p

Di kesempatan ini, aku nak doakan semoga kau panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam bidang yang diceburi. Aku takkan lupakan kau. No one can replace you in my heart... As a friend. Haha. Jangan duk pikir pelik2.

Sempena nak raya ni, nak ucap juga lah selamat hari raya aidilfitri. Mohon maaf andai selama perkenalan kita, ada tersalah cakap, terguris hati, tercubit lengan, tertampar kat muka, terpijak kasut, terambil pemadam dan sewaktu dengannya.

Rindu tahun 2012. Dalam kelas.... duduk sebelah2.... belajar sama2.... gelak sama2.... makan sama2.... Please bring me back the memories ! :'(



I love you. Bestie love forever :)

Always love...



5 August 2013

Kad Raya dari hanasays.com

..Assalamualaikum..

Kehadapan kepada semua pembaca blog saya, terima kasih kerana menyokong saya dari dulu sampai sekarang. Haha. Nak tergelak pula. Dah lama sangat tak update blog. Nak intro pun dah tak pandai.

Walaupun dah lama tak update, terharu sangat sebab masih ada yang singgah blog simple ni. Tak tahu nak cakap macam mana, tapi memang betul2 terharu. :')

Di kesempatan ini. saya nak ucap jutaan terima kasih kepada Kak Hana kerana telah memberi kad hari raya. Cantik sangat. Terima kasih akak ! Ingat lagi kat adik ni. Ngeh2.



Hee. Cantik kan ? Jangan jealous k. Haha :p .Gembira amat sangat ni, dah bertahun tahun tak dapat kad raya. Kesiann.

Saya sayang Kak Hana :) 

Always Love <3