22 February 2015

KASUTKACA15 GA: CHIFFON SHAWL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




SAYA SEORANG YANG KURUS, TINGGI DAN PERAMAH.


21 February 2015

Fruit Cocktail

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hey guys. Beberapa hari ni aku tak sihat. Hari ni pun tak berapa sihat lagi tapi masih jua gagahkan diri nak update blog. Hehe. Nak dipendekkan cerita, aku pengsan kat pasar. Hahahaha. Kelakar jugak sebenarnya. Headache and low blood pressure.

Sebelum cuti tiba ke penghujungnya, aku nak makan puas2 sebab nanti dah balik kolej susah nak dapat makanan sedap2. Sebab teringin sangat nak makan koktail buah-buahan, so campak saja satu tin fruit cocktail, satu tin susu cair dan ais. Siap!





Kat rumah ni takda orang so aku sorang je yang habiskan semua. Hehehe. Fruit cocktail ni lagi sedap kalau guna buah-buahan sebenar. Buah yang fresh contohnya tembikai dan epal. Rasa dia 100 kali lagi sedap dari cocktail yang kat dalam tin. Masa dinner persatuan sem lepas, my classmate ada buat fruit cocktail dengan buah sebenar. Memang terbaik lah. Best sangat.

My friends kalau buat cocktail, dia tambah susu pekat. Tapi disebabkan aku tak suka manis, so simple je lah stepnya. Hee.

Sekian.



15 February 2015

KitKat Ice Cream

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Menghitung hari cuti yang kian tiba di penghujungnya. Not ready yet nak start sem 2. Cuti panjang, makan pun banyak. Hee. Tapi masih kurus seperti dulu jua.




Teddy ajak uolls makan ais krim. Hiks.



Sedapnya ais krim. Sebenarnya aku takde idea pun nak update blog. Hahaha. Suka hati je nak tulis apa. So sekarang ni nak makan ais krim kitkat sambil tengok kdrama.

RM10 satu.

Sekian.




14 February 2015

Birthday Giveaway by Farahana Ramlan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama bookmark blog adik Farahana Ramlan ni. Nak join GA dia. Tengok2 hari ni dah last date. Tapi sempat lagi sebelum pukul 11 malam nanti. Jom join ramai2.




Ucapan untuk adik Farahana Ramlan:





Hampir sejam nak siapkan kad ucapan ni. T_T Harap aku lah pemenangnya. Hahahaha. Kalau tak menang pun takpa. Nanti adik boleh save gambar ni. Simpan buat kenang kenangan. Ikhlas tau.

Tag:


Sekian.

13 February 2015

Kerabu Timun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Resepi kerabu timun ini merupakan resepi turun temurun dari ibu saya. Resepi yang sangat simple dan sedap dimakan bersama nasi ataupun dimakan begitu sahaja.

Saya kongsikan resepi kerabu timun. Kalau nak gantikan timun dengan mangga pun boleh or korang boleh mix.




Bahan-bahan:

  • Timun/mangga -diparut
  • Santan
  • Kelapa parut -digoreng dan ditumbuk
  • Ikan -direbus/dipanggang dan ditumbuk
  • Bawang merah -ditumbuk
  • Lada hitam -ditumbuk
  • Cili merah dan hijau -dipotong kecil
  • Bawang besar- dipotong kecil
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara memasak:

Tumbuk bawang merah, isi ikan yang direbus dan lada hitam bersama. Masukkan santan bersama timun/mangga yang telah diparut. Kemudian masukkan bahan2 yang telah ditumbuk sebentar tadi. Masukkan juga kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul bersama dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Selepas itu, masukkan bawang besar dan cili yang telah dipotong.

Tips: 
  • Kalau guna mangga, rendam mangga yang diparut dengan air garam terlebih dahulu.
  • Kelapa goreng tak perlu tumbuk sampai pecah minyak.

Sedia untuk dihidang. Sekian.

5 February 2015

Ais Krim Balang

Assalamualaikum.

Hey guys. Selalu dengar ais krim pasu je kan. Famous sangat sekarang ni. Tapi I tak pernah makan pun lagi. Hee

Haa apa kata kita makan ais krim balang buatan sendiri.

Tadaa !



Oke. Nampak menyelerakan tak ? K dah. Sekian.