Hello, guys.
Post sebelum ni aku ada berkongsi menegenai bercuti di
Pulau Perhentian. Kali ni aku nak kongsi serba sedikit pengalaman bercuti di AVANI Sepang Gold Coast yang terletak di Bagan Lalang Selangor. AVANI ni merupakan hotel yang dibina di atas air. Macam dalam gambar kat bawah ni.
Cantik kan. Macam pokok bentuk rekaannya sesuai dengan nama yang diberi iaitu Gold Coast Palm Tree Hotel Resort. Selama 3 hari 2 malam aku berada kat sini memang best lah. Tempat ni besar dan banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Dari pandangan atas nampak sama tapi sebenarnya ada 4 jenis bilik yang berbeza harga kategori Superior, Family Villa, Two Bedroom Villa, dan Three Bedroom Villa. Bilik yang aku sewa yang paling murah Superior (RM 400). Kalau nak tahu harga yang lain, korang boleh tengok website AVANI sendiri.
Apa yang menarik kat sini ? Pastinya ada swimming pool, spa, gym, golf, wifi, cafe dan banyak lagi. Berbaloi la dengan harga yang ditawarkan. Di sekitar pantai pun banyak aktiviti yang disediakan seperti kayak, giant ball, go-kart etc. Lain-lain yang menarik boleh tengok sunset dan sunrise, serious memang cantik sangat. Gigih aku cycling pagi-pagi semata-mata nak tengok sunrise. Kat sini korang boleh cycling secara percuma. Ada basikal yang disediakan, kalau tengok basikal tu tak berkunci, boleh la ambil dan boleh juga sewa basikal kalau taknak berebut. Hotel resort ni macam satu kampung, so jauh kalau nak balik bilik, jangan risau sebab ade buggy car. Nanti pekerja akan escort kita.
|
Enjoy the view. |
|
Yang suka bergambar tu inilah tempat yang digemari. Hehe |
|
Perahu bar dibuka pada waktu malam sahaja. |
|
Semua gambar adalah original dan tidak di edit. Gambar ni tepi pantai Bagan Lalang. Nampak AVANI Hotel dari sini. |
|
View sunrise dari balkoni bilik. |
|
Swimming pool. |
|
Bilik yang paling kanan tu gym. Memang best lah, gym pun transparent, so dapat lah tengok view yang cantik sambil exercise. |
|
Sunrise. Lokasi ni memang cantik sangat tengok sunrise and bila pandang tepi nampak bulan, pandang kiri nampak matahari. |
|
Picture of mine and lovely kiddo. |
Kepada mereka yang nak bercuti bersama family, boleh la datang sini. Till we meet again ya.
*aku sangat malas nak edit gambar kasi lagi lawa. Itu semua original dari handphone. Berharap ada kamera yang lagi cantik. Heheh
Sekian.