24 February 2017

Travel Journal: Bercuti di AVANI Sepang Gold Coast

Hello, guys.

Post sebelum ni aku ada berkongsi menegenai bercuti di Pulau Perhentian. Kali ni aku nak kongsi serba sedikit pengalaman bercuti di AVANI Sepang Gold Coast yang terletak di Bagan Lalang Selangor. AVANI ni merupakan hotel yang dibina di atas air. Macam dalam gambar kat bawah ni.

Gambar dari website Luxury Escape

Cantik kan. Macam pokok bentuk rekaannya sesuai dengan nama yang diberi iaitu Gold Coast Palm Tree Hotel Resort. Selama 3 hari 2 malam aku berada kat sini memang best lah. Tempat ni besar dan banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Dari pandangan atas nampak sama tapi sebenarnya ada 4 jenis bilik yang berbeza harga kategori Superior, Family Villa, Two Bedroom Villa, dan Three Bedroom Villa. Bilik yang aku sewa yang paling murah Superior (RM 400). Kalau nak tahu harga yang lain, korang boleh tengok website AVANI sendiri. 

Apa yang menarik kat sini ? Pastinya ada swimming pool, spa, gym, golf, wifi, cafe dan banyak lagi. Berbaloi la dengan harga yang ditawarkan. Di sekitar pantai pun banyak aktiviti yang disediakan seperti kayak, giant ball, go-kart etc. Lain-lain yang menarik boleh tengok sunset dan sunrise, serious memang cantik sangat. Gigih aku cycling pagi-pagi semata-mata nak tengok sunrise. Kat sini korang boleh cycling secara percuma. Ada basikal yang disediakan, kalau tengok basikal tu tak berkunci, boleh la ambil dan boleh juga sewa basikal kalau taknak berebut. Hotel resort ni macam satu kampung, so jauh kalau nak balik bilik, jangan risau sebab ade buggy car. Nanti pekerja akan escort kita.

Enjoy the view.

Yang suka bergambar tu inilah tempat yang digemari. Hehe

Perahu bar dibuka pada waktu malam sahaja.

Semua gambar adalah original dan tidak di edit. Gambar ni tepi pantai Bagan Lalang. Nampak AVANI Hotel dari sini.

View sunrise dari balkoni bilik.

Swimming pool.

Bilik yang paling kanan tu gym. Memang best lah, gym pun transparent, so dapat lah tengok view yang cantik sambil exercise. 

Sunrise. Lokasi ni memang cantik sangat tengok sunrise and bila pandang tepi nampak bulan, pandang kiri nampak matahari.

Picture of mine and lovely kiddo.

Kepada mereka yang nak bercuti bersama family, boleh la datang sini. Till we meet again ya.

*aku sangat malas nak edit gambar kasi lagi lawa. Itu semua original dari handphone. Berharap ada kamera yang lagi cantik. Heheh

Sekian.



11 comments:

  1. Bestnyaa cycling pagi2 sambil menikmati sunrise. Tak lupa sambil photoshoot. :)

    ReplyDelete
  2. sayang,cantiknya view! ingatkan dekat dubai wooo...... gilalah. cantik sangat! omg.. tak boleh la tengok tempat best macam ni..
    eh gambar semua cantik ja,angel pun lawa. booking utk masa depan! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Masuk list cepat nanti boleh terus pergi :)

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa, cantik betul sunrise tu, teringin jugak nak cycling sambil tengok pemandangan macam nie :)

    ReplyDelete
  5. Bestnyaaaaa kalau dapat pi sini. tempat dan view dia sangat cantik! aihhhh boleh masuk dalam list ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat. Yang dah pergi pun rasa nak pergi lagi sekali. Masuk list cepat :)

      Delete
  6. as salam admin..maaf tumpang iklan, utk sahabat2 yg ingin bercuti di avani resort sepang, 2 bedroom villa rm600, 0122208140

    ReplyDelete
  7. as salam admin..maaf tumpang iklan, utk sahabat2 yg ingin bercuti di avani resort sepang, 2 bedroom villa rm600, 0122208140

    ReplyDelete

Drop your comments :)